Thursday, January 10, 2013

Always Leave Office on Time

Azam baru aku

1. Ini tahun ke-4 aku di UiTM Melaka. Maknanya, dah lebih kurang 3 tahun aku korbankan keseronokan hidup tinggal di bandaraya besar di kawasan Lembah Kelang. Di sini, lebih banyak masa aku diperuntukan dengan berkawan bersama lembu-lembu yang banyak berkeliaran di kawasan Lendu, Alor Gajah. Sekali sekala aku juga makan cucur udang di pekan Alor Gajah yang langsung takde udang walaupun sesungutnya. Walaubagaimanapun, aku tetap memuji kesedapan cendol di pekan Alor Gajah tu ...kedainya di tepi jalan betul-betul sebelum simpang 4D ToTo (saja aku bagi landmark tu, korang mesti kenal ToTo ekekekkeeeE)

2. Boleh dikatakan sangat kerap ...sejak 2009 lalu, aku bekerja stay up sampai malam (ayat ni bukan nak up diri sendiri) tetapi macam nak rak aku stay untuk menyiapkan kerja-kerja office yang betul-betul tak pernah surut. Apa yang aku dapat?

3. Aku dapati diri aku sudah tidak hidup dalam keadaan normal lagi. Kawan-kawan pun aku perasan dah lama tak hiraukan aku sebab asyik menolak pelawaan mereka utk sama-sama menonton wayang, main futsal, makan malam bersama dan sebagainya, feeling-feeling pulak aku. Malam ni pun ada jemputan main futsal di Klebang, aku tak dapat join, nak siapkan research yang tak siap yang aku patutnya dah antar Oktober lepas. Aku betul-betul risau terserempak atau terjumpa Dr.R takut die mintak laporan research aku tu. Dah hampir 3 bulan aku lari-lari ...terer betul aku.

4. Bermula semester ini, boleh dikatakan bebanan aku sedikit berkurangan. Walau sangat sedikit, tp aku rasa itu cukup buat aku relief. Boleh aku tumpukan perhatian pada kelab basikal aku yang tinggal 2 orang sahaja ahlinya, korporat dan macam-macam lagi urusan. Oleh yang demikian, aku berazam untuk membuat segala yang tertulis di atas (rujuk gambar). Aku nak balance antara urusan kerja dan kehidupan. Kawan-kawan pls doakan ya.

Cerita banyak pun tak guna ... Mission failed kerana sekarang 1926hrs/ masih juga berada di KPP3 office




Akmal Adanan, Photographer
 +6013.779.3993
official website | http://www.akmaladanan.com/
facebook | http://www.facebook.com/akmaladanan
email address | akmaladanan@gmail.com
YM I akmaladanan@yahoo.com
ex-blog I http://akmaladanan.fotopages.com/ ________________________________________________________________________________________

2 comments:

shahrul hairy said...

SETUJU!!
siapa balik lambat tu mmg "bodoh" tak reti nak manage time dgn sempurna! hahahaha~

AKMAL PHOTOGRAPHY said...

HHAhahahaaaa Shahrul cayalah !!!!!