Showing posts with label Event. Show all posts
Showing posts with label Event. Show all posts

Monday, August 26, 2013

Kembara Mahkota Johor 2013

Sebagai anak Johor, aku memang sangat bertuah mempunyai Sultan yang mesra rakyat ..suka bertemu rakyat dan bermesra dengan rakyat jelata.

Aku ada juga secara langsung merakamkan potret Kembara Mahkota Johor ini jika berkesempatan. Setiap kali aku shoot Sultan Ibrahim atau anak nya Tunku Ismail, aku sentiasa happy...KMJ2007 KMJ 2010

JDT versus Pilihan Kluang Foto: Salludin Ismail. JDT FC - The Photoshooterz (Facebook)
Sfaiq Rahim memperkenalkan barisan pemain JDT kepada
Sultan Ibrahim sebelum perlawanan bermula

Foto: Salludin Ismail. JDT FC - The Photoshooterz (Facebook)






DYMM Sultan Johor mencemar duli turun ke padang untuk sesi bersalaman dengan para pemain JDT dan Pilihan Kluang sebelum perlawanan bermula.
Secara spontan DYMM Tuanku Sultan bertanyakan sesuatu kepada Safiq Rahim:

DYMM Sultan Johor : Awak kenalkan lah saya nama pemain-pemain awak.
SR : Ampun Tuanku..
DYMM Sultan Johor : Ni sapa pulak ni? [ merujuk pada TMJ ]
SR : Ampun Tuanku, ini pemain import baru Tuanku..

Suasana panas petang semalam di sambut gelak tawa DYMM Sultan Johor dan para pemain lain.


Story& Photos: The Photoshooterz
 
Foto: Salludin Ismail. JDT FC - The Photoshooterz (Facebook)
 

Foto: Kesultanan Johor (Facebook)

Dribbling like a boss
Foto: Salludin Ismail. JDT FC - The Photoshooterz (Facebook)

Meeting the fans of JohorFoto: Salludin Ismail. JDT FC - The Photoshooterz (Facebook)

Sekarang ini KMJ sedang berjalan, dan apa yang aku dapat lakukan hanya melihat gambar dari komputer. Bosan sungguh bila kita tidak dapat melakukan apa yang kita suka lakukan secara semulajadi. Itulah yang selalu berlaku.. kita tidak akan dapat lakukan segala perkara yang kita inginkan ...

All the best Kembara Mahkota Johor 2013

23-25 August 2013 at MITS MATTA Fair 2013

Akmal Adanan, Photographer
+6013.779.3993

Thursday, January 24, 2013

Rakan bekerja Fire X Ride 2012

1. Penganjuran Fire X Ride 2012 (FXR'12) telah pun berjaya ...dan alhamdulillah segalanya berjalan lancar. Planning selama berbulan-bulan ...meeting pelbagai, buat track, potong kayu, cari pisang, pasang jambatan, tak tidur malam cari sponsor, 2-3 pagi menunggu di rumah CM, cari volunteer, uruskan pendaftaran, track pembayaran peserta, beratus-ratus pertanyaan, persiapan beribu goodies bag, MPAG lokasi event, jemputan TYT/ CM, upacara flag off, menyiapkan cenderamata buatan tangan, dan lain-lain tugas ...

.... akhirnya semua itu menunjukkan hasil.



Status Mohd Alif Rahmat, Otai Cycle X, basikal paling kilat

2. Secara jujurnya, aku rasa sungguh berbangga dapat berkenalan dengan geng Cycle X Alor Gajah. Sebuah team yang kecil tetapi sangat profesional dalam melakukan aktiviti sukan basikal. Bekerja berdasarkan apa yang kita suka memang sangat besar kesannya. Dalam Crew Team Cycle X ...pendapat kita didengari, tanggungjawab dan tugasan kita dihormati & yang paling penting segala keringat kita sentiasa diingati dan dihargai.

3. Good job boss! Your good leadership has created a good follower too ....

4. Boss yang tak pernah bezakan siapa boss siapa kuli ... selalu menunjukkan contoh yang baik "Leadership by Example" ...sama-sama angkat kotak, sama-sama potong kayu, sama-sama kena marah, dan sama-sama dalam kesulitan. Tidak hanya pandai memberi arahan ...

5. Special thanks to all FXR'12 (2 Series) crew yang bertungkus lumus melaksanakan tugas masing-masing. Kamu semua tulang belakang event ini. Aku mohon maaf banyak perkara aku tak dapat follow dalam arrangement event kali ini sebab terlalu sibuk dengan tugas hakiki. Apa pun, aku harap tugas aku dalam biro Photography & Media dapat aku laksanakan ....

Seronok dapat bekerja dengan kamu semua!

Thank you ...
Refer




Akmal Adanan, Photographer
+6013.779.3993
official website | http://www.akmaladanan.com/
facebook | http://www.facebook.com/akmaladanan
email address | akmaladanan@gmail.com
YM I akmaladanan@yahoo.com my ex-blog I http://akmaladanan.fotopages.com/ ________________________________________________________________________________________

Wednesday, January 23, 2013

FXR'2012 APPEARANCE IN RODA PANTAS ISSUE15 Jan'13

Pictures :)

1. Akhirnya selepas bersusah payah mengharungi pelbagai meeting, perancangan, meredah lumpur, habuk dan sebagainya ... gambar-gambar yang aku shoot semasa kayuhan Fire X Ride 2012 (Siri ke-2) telah membuahkan hasil. Dapat juga aku sumbangkan gambar-gambar ini ke majalah basikal Roda Pantas dan diterbitkan bulan Januari 2013. Walau sibuk walau penat menghadapi pelbagai cabaran, bila apa yang kita buat membuahkan hasil, kepuasannya memang tidak terkata. Alhamdulillah .....

2. Terima kasih kepada Lizam, writer/ owner majalah yang selalu berhubung dengan aku. U are the man bro! Tak dilupakan kpd Presiden Cycle X, Farid dan ahli kelab yang tak jemu-jemu dan percaya kepada aku dalam menguruskan photography event kayuhan lasak ini.

3. Jumpa lagi pada masa yang lain ....


Front page Roda Pantas Issue 15
Lain lain gambar,
Event photos click HERE,
Behind the scene Click HERE,
The story click HERE


*on the way to Segamat for LI visit this morning ...

Akmal Adanan, Photographer
+6013.779.3993
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
________________________________________________________________________________________

Tuesday, December 25, 2012

BBW'12 MIECC to Georgetown, Penang 0.5

1. Seharian kami memilih buku di BBW'12 MIECC ...0830-1530hrs. Kaki terasa sangat penat berdiri, duduk, baring dan sebagainya. Semuanya sangat menarik utk dilihat dan dipilih ...

2. Petang itu juga, kami terus drive ke Utara ...(Penang). Baru 40mins drive dah singgah RnR tidoq ....sepanjang perjalanan 4-5 kali stop utk tidur dan hilangkan mengantuk.

3. Sampai di Georgtown, Penang lebih kurang 1240am ....sebagai sesi pengenalan, kami terus mencari nasi kandar yg hot malam2 di sini iaitu nasi kandar beratoq di Kapitan Keling ....

On the way ..using Karak Highway
Sampai di Georgetown
Dua set Garmin GPS digunakan untuk sampai di sini
Pemandangan biasa di Kapitan Keling, Penang
Kedai itu yang dimaksudkan
Senyuman setelah memilih nasi kandar & lauk yang diperlukan
Inilah rupa nasi kandar beratur Kapitan Keling
Kami kami ...
Jee in the queue

4. Sampai jer bukan main ramai manusia beratur ...curiosity terus meningkat. Park ketre terus berlari masuk q ...45minit jugak diperlukan utk aku sampai ke tempat pilih lauk nasi kandar ..pheuwwww Xsanggup kawan ..nasib baik X berapa lapar ..

5. Rasa nasi kandar beratoq not bad ...just aku ada preference tempat yg lbh power dgn selera aku ...(Nak tau nt aku bg GPS code) .....

*Selesai makan, 2am ++ ronda cari hotel nak tidur .....eheheeeE

* Photo credit, Jee



Akmal Adanan
Day3- At Hotel/ Penang Road
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Big Bad Wolf 2012/ Vol.2.0

1. The largest book fair in the world BBW'12 has come to the end ...it was one of the best fair I have attended so far ...my wife & I spent more or less 7hrs to select thousand of books in the hall ..let me share u all the pictures taken in the hall ... :)

Kami kami at Johor Premium Outlet just before departed to BBW'12, The Mines


***


Buku utk dipilih
Nafsu memuncak tgk buku tebal2, cuba RM10-RM15 jer
I like the sugn very much ...
Our responsibility
Cari buku sampai anak tertinggal ...
View from the top
Bersama buku yang last telah dipilih ...
Di atas book fair ini ada tempat makan menarik ....Pizza Hut
Ice cream pon ada
U shud try this also ..
Wife with her favourite masak-masak book

2. Overall, we were enjoyed and overwhelmed ...the books are unbelievably cheap!!!

3. We do think the organizer have done a very good job ...everything was in order. The book fair, the surrounding, facilities, food court, signage, and especially the customer service was super great!!! ....they always greet the customers, giving warm smiles, enthusiastic and very helpfull.

4. Can't wait for another BBW next year!!!

Merry Christmas buddy!!



*JHB (JPO) - KUL (Mines) - PNG (Georgetown)

Akmal Adanan
Penang Street, Penang
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, December 23, 2012

Big Bad Wolf 2012 vs Our Christmas Holiday

1. Minggu ni start dah cuti Christmas di seluruh pelusuk Malaysia. Demi kehidupan, kali ni aku amek peluang utk berehat dari kerja2 yg sentiasa tidak abes, dan pelbagai urusan-urusan lain.

2. Kali ni aku amek peluang honeymoon buat kali pertama sejak kawen bulan Jan'12 lalu. Orang lain semua honeymoon ke luar negara, aku pulak yang tak mampu ni jalan2 peninsular sudah ....uhuk uhukk ...

We were finally arrived, for the 2nd time
Entrance MIECC, masih lengang pada pukul 08:00 hrs
Kami kami depan Lamborghini 
Masih lengang ketika ini
Lamborghini untuk dimiliki
Miss Zaity in the house ... !!!
Old and new Lamborghinies

The surrounding ..
View from the cashier

3. Kami bertolak dari JB petang 22/12, sampai Melaka 11pm. Bangun awal subuh, siap2 terus ke The World's Biggest Book Sale in The Mines International Exhibition & Convention Center. Hari ni hari terakhir open 60hrs non-stop. Kalau kamu semua sedang baca post ni, cepat2 lah ke sini ....buku beratus ribu, dan murah serendah RM3 - RM30 sahaja!!!

Okay, aku baru je rest pilih berpuluh buku + baru siap makan dgn wife ...lepas ni nak sambung cari lagi sebelum jalan-jalan seterusnya ...

*Terjumpa Mdm Zaity at the hall ...7.5mths




All the best !!
Me&Jee @Food court atas BBW'12
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, December 22, 2012

FIRE X RIDE 2012, Alor Gajah, Melaka

Helmet and walkie talkie on!!

Salam kawan2 blogger sekalian,

Jahanam!!! itulah perkataan pertama yg sesuai aku sebutkan utk blog aku yg usang ni.

Gila lama Xmenulis kat sini ....sampai aku pening nak menulis SKT sbb tak ada reference dalam rekod kehidupan sendiri. Nasib baik aku ade upload sikit2 aktiviti dalam fb ....boleh laa recall semula hasil kerja sepanjang 2012.

Seriously, kehidupan alam pekerjaan tidak seindah yg kita mimpikan masa belajar degree atau master dulu. Aku pun Xpasti, seakan hidup aku ini dikawal oleh keadaan semasa dan jadual kerja aku yg sangat padat ...

Just to share, awal bulan lalu, walau sibuk dengan kelas, aktiviti2 fakulti, unversiti dsbnya, aku sempat melapangkan diri menghadiri beberapa mesyuarat Cycle X, dan seterusnya mengetuai Biro Media dan Jurugambar FXR'12 di Alor Gajah Melaka.

Kereta yang banyak berjasa
Ami dengan rider terkenal
Antara gambar yang siap dicuci, ready for distribution

TYT Melaka + CM Melaka dtg meraikan kira2 1400++ riders join jamboree siri ke-2 ini (46+km). Aku dan team seramai 10org photographers berjaya juga kiranya shoot gambar2 event ini. Merempuh jalan yg tidak rata, lecah, kolam, batu, kebun semua aku redah naik moto ....mmg best!!

Secara keseluruhannya event ini sangat berjaya. Walaupun aku rugi sbb byk gambar tidak terjual. Mesin Aunty kedai gambar rosak laa pulak, jd kami terpaksa ke masjid tanah yg jauh ....gambar sampai lambat jd X ramai org beli. Tak ape lah. Yg penting budak2 aku happy dan amanah terlaksana ...



Akmal Adanan,
Atas katil @JB
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, February 20, 2011

Pelancaran Kerja Pembinaan UiTM Jasin

Najib menyampaikan ucapan sempena Pelancaran Kerja Pembinaan UiTM Jasin
pada 19 Februari 2011
/ akmaladanan

1. Aku bertugas sebagai jurugambar rasmi utk event kali ni. Jurugambar punyalah ramai sebab UiTM ade ramai jurugambar (students photography dan juga masscomm). Tak kurang juga, rata-rata manusia di Malaysia di muka bumi ni juga mempunyai sebuah atau dua buah kamera. Kesian juga aku kat diri aku sendiri dan press phoographer tak dapat bekerja dengan efficient. Kena halang/ tolak dengan security perkara biasa, nak berebut tempat yg sememangnya sempit satu hal lain. ekekek ape pun aku gagal dapatkan moment semasa DS Najib sain plak pelancaran tu. Abes bos aku marah.

2. Aku up dulu seketul gambar DS Najib bagi ucapan, kemudian ade masa aku upload gambar-gambar yg lain pulak. Dua hari yang lepas merupakan hari yg paling memenatkan dalam hidup aku. Pagi 630 pagi aku dah turn up untuk cover event ni. Balik lewat petang. Malam aku siapkan album, edit buku etc. Ahad juga sama, aku in charge lawatan Dato VC UiTM. Seronok bila sibuk ni ...tp aku sedih masa terlalu cepat berlalu ...

p/s: Malam tadi aku mimpi jadi polis, lepas tu ada sebuah rompakkan. Perompak tu sempat salam aku mintak maaf then tembak kawan aku (kawan baik aku masa sekolah dulu) sampai mati. Berpeluh2 aku berlari kejar perompak tu ...cilaka betul. Then aku bangun aku rasa panas. Pasal aku tertidur tanpa mandi ... ekekee




Akmal Adanan
0127655165

Thursday, February 17, 2011

BANJIR 2011


Misi menyelamat mangsa banjir Sri Medan 2011/ akmaladanan

1. Aku dah tak nak mintak maaf lagi sebab lambat update blog, ataupun sbb lama menyepi ataupun kerana aku sibuk bekerja dan sebagainya. Kalau aku asik mintak maaf jer, bermakna aku je yang salah. Kadang-kadang perlu jugak aku salahkan keadaan yang kucar kacir kebelakangan ni. Ok ...buat ke sekelian kalinya... hari ni aku share gambar sekitar kejadian banjir di Johor. Lepas lepas ni, aku ade gambao orang kawen dan pelbagai gambo lagi ...stay tune!!

2. Salah satu cabang fotografi yg aku suka adalah 'photojournalism'. Kadang-kadang malu jugak aku nak mengaku aku minat photojournalism ni, sebab gambar-gambar aku memang tak berapa menarik sangat. Susah cabang photojournalism ni. Nak melaporkan sesuatu melalui gambar bukan satu kerja yang mudah. Takpe, sebelum kamu semua nak berkata apa-apa ...tengoklah dulu gambar-gambar yg aku kongsikan kat sini. Kalau bagus, alhamdulillah, kalau kurang bagus sila komen mana yg perlu aku tingkatkan.

3. Berbalik kepada cerita yang aku nak sampaikan. Beberapa minggu yang lepas, atau lebih tepat pada lagi 03.02.2011 ..semasa korang semua cuti Tahun Baru Cina, Aku dan Rahmat bekerja lebih masa. Cari gambar banjir ..



4. Untuk pengetahuan ..beberapa kawasan di Sri Medan terputus hubungan dan memerlukan bantuan. Lepas lapor diri kat Balai Polis dan bilik gerakan kami pun mulakan tugas. Kebetulan Dato' Noraini Ahmad, Ahli Parlimen Bhgn. Pt. Sulong ada sama. Abg Rahmat pun tanpa segan silu offer diri sendiri utk join operasi menyelamat dan menyalurkan bantuan banjir. Terima kasih Dato' dan tak lupa ATM menumpangkan kami ke semua kawasan pemindahan banjir.

5. Sedih aku tengok keadaan banjir di sini. Pada mereka yang bernasib baik, bersyukurlah kita dan banyakkan berdoa utk kebaikan mereka. Semoga sentiasa tabah dan bersemangat mengharungi cabaran ini ...


Full pictures boleh view di SINI.
* Sorry intro ade sikit kontroversi ..saje je :)





Akmal Adanan
0127655165