Tuesday, May 22, 2012

LIM12: Jelajah MDAB Preparation

Banner Rasmi Jelajah Destini Anak Bangsa (JDAB)
1. Khamis ini, 24hb Mei 2012 akan diadakan program Jelajah (Mengubah) Destini Anak Bangsa (MDAB) UiTM seluruh Malaysia. Pada pandangan aku, program yang baik ini sepatutnya mendapat perhatian oleh semua masyarakat di Malaysia. Pelajar-pelajar yang mendapat keputusan yang sederhana, keluarga susah berpendapatan kecil sepatutnya ditolong, diberi peluang untuk belajar di universiti.

2. Sama juga seperti aku ...alhamdulillah, dari seorang pelajar yg selalu gagal dalam pelajaran matematik tambahan, akhirnya berpeluang masuk belajar di UiTM dan skrg dapat bekerja dengan aman di bumi Malaysia.

Aku dan Zam ..


Kereta sukan yang sedia beraksi


Sticker siap dipasang di Unit Kenderaan UiTM Melaka
3. Hari ni kami membuat persiapan konvoi JDAB dari japerun ke japerun untuk jelajah ke seluruh negeri Melaka menyampaikan surat tawaran belajar ke UiTM. Adik-adik di luar yang saya hormati, ingat ...zaman sekarang bukan lagi zaman beradu kekuatan. Sapa yang kuat boleh jadi Panglima, jadi Pahlawan ...boleh kahwin wanita yang cantik2... tp zaman ini adalah zaman intelektual ...sapa yang lebih pandai akan diangkat & dijulang tinggi, mendapat pekerjaan yg baik, seterusnya Insyaallah mendapat kehidupan yang lebih baik.

Itu cerita di atas kertas ...sebab aku selalu ingat, bahagia itu bukan semata2 datangnya dari pekerjaan yang baik. Tp ia mungkin salah satu faktornya ...


4. Esok ade 10 biji kereta staff, 3 biji bas, beberapa MPV Unit Kenderaan, Storm dan sebagainya ...Yang akan follow tentunya CM Melaka, Dato' Ali Rustam, VC UiTM  Malaysia, Dato' Sahol, & Rektor UiTM Melaka, Dato' Mizan serta semua staff yang terlibat ....jumpa anda nanti!!!

Info tentang MDAB: Click SINI




Akmal Adanan
0137793993

No comments: