Thursday, July 28, 2011

MALAYSIA vs SINGAPORE | Aggr. 4-6


Aku tengok, kawan-kawan seronok kondem Team Malaysia (Harimau Malaya) bila pasukan ini kalah ...Memanglah diakui, ada silapnya permainan pemain kita pada malam ini, tp apa nak buat, kalau boleh mereka juga nak menang ...tp kalau dah memang tidak ade rezeki :) ....Sabarlah kawan, insyaallah kalau kita berdoa bersama-sama, kita boleh maju ke depan.
Buat pemain Spore pula, kalau bermain dgn suka melengahkan masa, aku tak rasa kamu boleh sampai ke piala dunia. Tp, itu juga bukan salah mereka, kalau Malaysia di depan, mungkin begitu juga tindakan kita.

Harapan aku ..jgnlah kita cukup mudah utk menyalahkan orang lain. Kita kata pemain lembik laa, tiada tumpuan, dan tiada arah etc. Sesekali, cuba cermin semula diri kita, adakah kita bekerja dengan baik dan sepenuh hati setiap hari? Tidak pernahkah anda keluar pejabat utk minum pagi? Keluar makan tengah hari? Pergi ke bank? Keluar sebentar service kereta? hantar anak sekolah? etc ....

Apa pula komen anda tentang perkara ini?





* Sampai dr Perak (selepas 2 minggu/ 16-28 July 2011) pukul 645pm td. Malam ini kemas2 beg utk trip esok 28-31 July 2011. Khamis depan ke Kuching, Sarawak.


Akmal Adanan
Alor Gajah, MELAKA
Baru sampai dari Kg. Gajah, Perak

Thursday, July 21, 2011

Selamat Hari Lahir

1. Alhamdulillah, terima kasih dan bersyukur kpd Allah kerana masih diberikan kesempatan utk merasai kenikmatan dunia. Diberikan kesihatan, keluarga, kawan, pekerjaan dan hidup yang baik.

2. Hari ini, 21 Julai 2011 sampai hari jadi aku sekali lagi dan kali ini jatuh pada hari Khamis sama seperti hari aku lahir beberapa tahun yang lalu. Terima kasih aku ucapkan kpd orang yang aku sgt sayang Mak + Arwah Abah juga Jee dan adik-adik.

3. Induksi kali ni agak unik, aku berada di Pusat Latihan UiTM Kg. Gajah, Perak 16-28 Julai 2011. Pagi ni selepas perhimpunan pagi kawan-kawan nyanyikan lagu "Happy Birthday" utk aku, Zahari + Ayu. (3 orang sambut birthday hari ni).

4. Terima kasih pada semua kawan-kawan yg mengucapkan happy birthday menggunakan fb atau sms, mms dan pelbagai medium ...sangat istimewa rasanya hari ini.




Akmal Adanan
21 July 2011
Slot Wawasan 2020
0828 Kg. Gajah, Perak
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, July 19, 2011

Setahun sudah berlalu

Di Wad kecemasan Batu Pahat, Johor

Setahun lepas, 19 Julai 2010, 4.30 pagi; aku bersama mak dan adik-beradik berada di dalam CCU Hospital Muar menghadap Abah sebelum Abah pergi selama-lamanya. Blood pressure Abah terus turun sehingga abah pergi selamanya pada 8.15 minit pagi. Ya Allah, sungguh besar kuasaMu menghidupkan dan memanggil makhlukMu kembali.

Terlalu cepat masa berlalu, dah setahun Abah tinggalkan Mal. Semuanya tak sama seperti dulu. Kehidupan kita adik beradik dan Mak terasa kosong.. Mal tak ada tempat utk merujuk, bertanya pendapat dan berkongsi dari Abah. Sesekali Mal ada datang melawat Abah di kubur. Sedih sbb tak dapat salam dan cium tangan Abah macam selalu. Apa nak buat dah itu suratanNya. Mal harap Abah sentiasa aman di sana.

Betul kata orang, kita akan lebih menghargai sesorang itu apabila kita kehilangannya ..


Semoga Abah bahagia di sana.. Amin



Akmal Adanan
Kg. Gajah, Perak
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, July 6, 2011

Kuasa

video

Aku tengok makin berteriak mereka-mereka ini berkata tentang kerajaan yang kejam, korup, dan menindas. Ada sesetengah perkara aku setuju dengan mereka... akan tetapi, dalam sesetengah perkara yang lain aku juga tidak bersetuju. Lebih 50 tahun kita dipimpin, adakah Malaysia semakin teruk? Ramai mengatakan rakyat kita semakin susah, nilai duit kita semakin kecil ... mungkin ya dan mungkin juga tidak.

Yang paling sedih sekarang kenapa kita orang Melayu suka bergaduh ...sibuk mengejar kuasa, nak ke Putrajaya, hendak menjadi Perdana Menteri? Harapan aku satu jer ...apa pun terjadi, BANGSA & AGAMA harap kita pertahankan ..amin.

Jom nyanyi sama-sama

Lirik Warisan (Anak Kecil Main Api)

Anak kecil main api
Terbakar hatinya yang sepi
Air mata darah bercampur keringat
Bumi dipijak milik orang

Nenek moyang kaya-raya
Tergadai seluruh harta benda
Akibat sengketa di antara kita
Cinta lenyap di arus zaman

Indahnya bumi kita
Warisan berkurun lamanya
Hasil mengalir ke tangan yang lain
Kita kan merintih sendiri

Jangan buang waktu lagi
Majulah raih sebuah mimpi
Hapuskan sengketa
Teruskan usaha
Kita kan gagah di nusantara

Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di nusantara
Kita kan gagah di pentas dunia





Akmal Adanan
0137793993

Tuesday, July 5, 2011

Diploma 2001-2004

Hari terakhir aku di UiTM Melaka pada tahun 2004 dulu betul-betul menyedihkan. Hidup bersama kawan-kawan di kampus selama 3 tahun berakhir hari itu. Seronoknya hidup di kampus: Kena induction senior sampai 4-5 pagi, terketar-ketar buat presentation di kelas, makan nasi lemak 2 bungkus setiap hari, pengalaman cinta tak berbalas, berdiri di luar kelas, belajar bersama girlfriend-girlfriend di cafetaria dan macam-macam lagi. Semua tu mengajar aku tentang indahnya belajar di universiti.

Aku tak malu mengaku aku antara orang yang menangis menyanyikan lagu uitm dihatiku semasa konvokesyen diploma aku dulu. Aku masih ingat aku tak dapat call mak abah sbb hp dikuarantin, kepala aku dibotakkan, setiap hari kena marah pasal terlelap semasa dengar taklimat, ramai yang sujud dan tak bangun semasa solat qiamullail, dipaksa hafal lagu uitm, dan macam-macam lagi. Timb.Pengarah HEA di Minggu Wawasan Siswa, Pn.Zaleha marah kawan aku Fendi kerana suka hati tukar lirik lagu keramat ni.

Aku akan ingat saat itu ... seminggu yang paling perit dalam hidup aku. Hari ni aku sedar, kerana seminggu itulah dan kerana 3 tahun itulah aku menjadi manusia hari ini. Terima kasih UiTM. Terima kasih kawan-kawan blok G + Blok P + blok N. (Banyak betul blok aku pindah ..ekeke)

Daftar kata kesalahan rumah 605 blok 3 sec7 Shah Alam
Juara adalah Man, ade 5 page lagi aku akan share kemudian

Selepas itu aku sambung degree di Shah Alam... pengalaman 2 tahun tinggal bersama kawan-kawan di no.605 rumah flat seksyen 7 shah alam memang betul-betul menyeronokkan. ahahahahaaa .... saksikanlah ..

Kalau lah aku dapat putar masa tu kembali ...





Akmal Adanan
0137793993
At CB103 listening to uitm song