Wednesday, June 23, 2010

#2 Research, and a lot of Courses to attend

School girls passing by the signboards located at Bandar Hilir, Melaka.

1. Hari ni cuaca di Alor Gajah sangant memberangsangkan. Hujan di pagi hari membuatkan aku bangun lewat, seterusnya lambat sampai ke pejabat. Ini adalah sesuatu yang tidak baik bagi seorang staff yang rajin seperti aku. Aku perlu attend i-learn course seawal 8.00 pagi. Secara praktikalnya aku lambat sampai ke makmal komputer. Perasaan malu sedikit menular dalam hatiku, tapi aku terus je masuk dan duduk sambil jari telunjuk ku tekan di butang on. Alhamdulillah masih sempat aku catch-up the content of the course. Good!!!

2. Setelah aku attend banyak course di UiTM ni, aku dapat rasankan aku semakin menjadi insan yang lebih baik. Macam kata PakLah dulu, membangunkan modal insan, aku laahh salah sorang daripadanya tu. Kalau semalam aku attend 2 kursus serentak, hari nie aku attend satu meeting di iLQaM dan satu bengkel komputer. Meeting hari ni adalah untuk menerima lawatan a group of Portuguese representatives to Melaka, scheduled this coming September. Dateline utk tugasan yang diberikan 5 Julai ini. Satu lagi tanggungjawab. Alhamdulillah.

3. Selepas menghadiri bengkel Writing a Winning Research Proposal semalam, aku bersengkang mata amend some of the area needed. Siap lebih kurang 1200am. Aku terpaksa menggadaikan perasaan menonton world cup dan membiarkan salah satu lagi team yg aku suka terkeluar. Nampaknya aku perlu cari satu lagi team kegemaran selepas Korea Utara & South Africa. Satu persatu team yg aku minat terkeluar. Sedih. Sekrang dah pukul 2 petang. Aku sedang siapkan budget proposal untuk research buat kali ke berapa pun aku tak pasti. Doakan aku kuat menghadapi semua ini okey!!

4. Ok jangan kacau aku nak buat kerja ...






Akmal Adanan
0127655165

Tuesday, June 22, 2010

#1 Self Project

A collection of rainbow slippers sell at the Jonker Street, Melaka, Malaysia. Picture taken on June 6, 2010.

1. Hari ni aku rasa sangat efektif. Sejak bangun pagi tadi, aku siapkan banyak perkara yang aku tangguhkan dulu. Alhamdulillah bagus laaa kan. Malam nie aku layan je kepala kat bilik baru aku kat belakang nie. Sebab bilik aku yang tengah tu panas sangat, ventilation sangat teruk. Dalam nak buat kerja cari-cari gambar lama tu aku terfikir satu lagi idea yang pada pandangan aku sangat bernas. Idea aku memang laa selalunya bernas. ekekekee ....cuma aku ni kadang-kadang terlalu banyak idea end up satu pun aku tak dapat accomplish dan tersangkut di tengah jalan.

2. Ada satu cara, adalah dengan share dengan kamu semua dalam blog ni. target aku, aku akan cuba share at least sekeping gambar dalam 2 hari. Itu adalah target aku masa tak berapa busy nie. Tengoklah, kalau aku busy nanti, ingat-ingatkan laa aku balik k.

3. Sebenarnya lama dah aku terfikir, aku rindu masa-masa aku jadi full time photographer dulu. Semalam yus ym, die pon ajak aku aktif balik. Betul juga kan, bila aku kenang kembali masa dulu... sangat seronok, travel sana sini, semua ditanggung, aku dapat pengalaman, jumpa ramai kawan baru, dan yang paling best dari segi financial agak stable. Aku boleh beli apa yang aku mahu. Tapi sekarang aku terpaksa slow sikit sesi photography yang aku dapat. Maybe aku hanya akan terima few job yang betul-betul aku boleh commit sahaja. Insyaallah, Aku yakin aku boleh lakukannya.

4. Okey, masa untuk tidur... aku ada series and series of bengkel need to attend tomorrow. Percaya atau tidak, esok aku akan attend 2 bengkel pada hari dan masa yang sama. Kata koordinator aku, nanti aku boleh lari ke bengkel yang satu nie, then lari ke bengkel lagi satu pulak. Aku cuba memahami kedua-dua bengkel nie esok. Kalau aku rasa pening kepala nak fahamkan, aku minta maaf kepada kamu semua, aku hanya manusia biasa ... =(

* Aku sangat berduka cita, pasukan yang aku harapkan bersinar dalam world cup 2010 ni, dihantar pulang oleh Portugal dengan 7-0. Sungguh aku tak sangka, malam ni bukan malam untuk Korea Utara. Apa pun aku sangat berbangga, negara yang tertutup ini boleh masuk ke top 32, dan memberi saingan. Tahniahh!!!






Akmal Adanan,
0127655165

Sunday, June 20, 2010

SUKMA XIII (intro)

'Tuah', the official mascot of SUKMA XIII and the athletes from Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur posed to the camera in the Perasmian Perkampungan Sukan UiTM, Alor Gajah, Melaka.

1. Alhamdulillah, selesai sudah SUKMA MELAKA kali ke-13 baru-baru ini. Agak malang, apa yang aku plan selama ini, untuk shoot a few acara yang bagus seperti renang, olahraga, tinju dan golf tidak kesampaian. Aku terlalu sibuk dengan aktiviti-aktiviti kerja yang tidak mengenal masa. Bengang jugak kadang-kadang kita terhalang untuk melakukan apa yang kita suka... walaupun benda tu ada di depan mata.

2. Tapi dalam bz macam tu aku sempat juga laa shoot a few events yang berkaitan dengan SUKMA ni. Aku tetap berfikiran positif dalam apa jua keadaan. Macam mana pun kita mesti dahulukan mana yang penting. Aku percaya peluang untuk aku pada masa akan datang pasti ada. Aku sempat shoot Perasmian Perkampungan Sukan SUKMA ke-13, (walaupun aku terpaksa lambat datang meeting) dan cover semasa acara penutup SUKMA di Stadium Hang Jebat (19.06.2010), tu pun sebagai penonton biasa, tiada access ke tampat-tempat penting di sana.

3. Aku try cari masa untuk edit dan share gambar-gambar tu di sini. Buat masa nie aku jugak sibuk dengan kerja lain. Esok dah Isnin aku kena persiapkan diri dengan tugasan lain pulak. Huhhhh penat sungguh hidup ini kan ...terasa jeles aku baca status org-org kat fb yg katanya bosan. Kenapa aku Xsempat bosan ...




Akmal Adanan
0127655165

Friday, June 18, 2010

Hari ini 18.06.2010

Dekstop wallpaper, picture of extreme BMX games in Shah Alam. Captured by me.

1. Sekejap je rasanya dah nak abes bulan June 2010. Rasanya baru semalam aku merayakan sambutan tahun baru 2010. Tiba-tiba sekarang dah pertengahan tahun. Ape pun sekarang bila busy masa terasa sangat pantas. Kerja tak pernah surut.. tp still boleh manage. Aku baru siap research proposal FRGS aku. Thanks to tania, and Dr. Rozman for all the helps and guide. Aku cukup berterima kasih atas segala kerjasama dalam kumpulan.

2. Pada 16-17 hb June lepas aku attend OBE-SLT course at KBM Melaka. Dua hari yang penuh dengan info dan aktiviti membuatkan aku pening. Pack!! Yang best, kumpulan FPHP menang dalam Lesson Plan aktiviti! terbaik laaaa, tak sia-sia aku bangun jam 3pagi siapkan power point etc.

18 Jun, FRIDAY (match today)
Germany vs. Serbia (7:30pm Kuala Lumpur)
Slovenia vs. United States (10:00pm Kuala Lumpur)
England vs. Algeria (2:30am Kuala Lumpur)

3. World cup sekarang nie masih dalam perlawanan peringkat kumpulan. Timing games sgt baik sebab taklaaa terlau lewat. Ada pukul 1930, 2200, dan 0230. Aku berterima kasih kat kedai makan 1corner kat simpang lendu nie sbb aku selalu tgk bola kat situ. Tempat aku btol-btol depan tv. Kalau nak mengharapkan tv kat rumah aku, aku pun tak tahu... lama-lama aku tengok bola tu ade dua biji. Adakah tv aku nie 3D? ahaahaa nanti aku cari laa spec 3D satu... ok laaa esok aku nak ke seremban to attend a friend's wedding.

Saturday, June 12, 2010

Hari ini 12.06.2010

Seorang penjual gambar-gambar sejarah Negeri Melaka sedang memotong kuku kakinya, 6.6.2010 Studhys, Melaka

1. Kehidupan aku sekarang kembali sibuk. Aku jangkakan cuti semester memberikan aku masa untuk bernafas, relax-relax, dan bersuka ria. Tetapi jangkaan aku jauh meleset dan hampir terpeleset. Hari nie salah sorang kawan baik aku masa belajar dulu, Uzie berkahwin. Maaf sangat-sangat aku tidak dapat menghadirkan diri. Juga kepada Jai (Burut)... yang berkahwin pada 5hb June lepas. Kalau majlis kawan-kawan aku tak dapat hadir, sapalah pulak akan hadir majlis aku nanti kan.

2. Semalam dari pagi aku sibuk menyiapkan proposal for RMI dan FRGS di UiTM. Terima kasih pada Dr. Rozman, Dr. Ariffin, Tn. Hj. Din, Ustaz, dan Tn. Hj Ismal sebab memberi tunjuk ajar. Bagi budak baru macam aku nie, memang ilmu itu sangat berharga. Hari nie awal pagi aku masuk office sambung kerja. Alhamdulillah petang tadi siap atas bantuan Tania. Malam nie aku nak ke kedai tengok KOREA vs GREECE. Rumah aku tak de astro.. sedih bukan?? Esok pagi satu lagi tugas yang mencabar.. awal pagi aku ke office siapkan final draft, kemudian bergegas pulang ke kampung utk assist adik aku dalam tugasan wedding nya yang pertama.

3. Thanks Fuad, Ateng & Am sudi lawat aku kat sini. Hilang rindu aku nak ber TT macam zaman-zaman kat shah alam dulu. Dieorg pon baru je balik Shah Alam tadi. Masih aku ingat aku duduk TT dari jam 530ptg sampai 4pagi. Apelaaaa sengal. Malam nie juga ada satu peristiwa penting - Perasmian SUKMA Melaka, sayangnya aku tak larat nak join. Penat kepala otak nie boleh menyebabkan satu badan lesu. Okey... sorry lama Xupdate. Aku ada banyak gambar event nak kongsi.. tp tak sempat nak edit and upload sini. Kalau ada masa aku akan share kemudian okeyy!!!




Akmal Adanan,
01276557165

Sunday, June 6, 2010

Kayuhan 2 Negara MALAYSIA & INDONESIA

1. Awal pagi ini (text ditulis pada hari ahad), aku ada satu appointment dengan seorang tour guide di Melaka, untuk satu assignment pelancongan dalam bulan Jun ini. Selesai bersarapan di Tengkera CLICK SINI, aku pun bergegas ke Dutch Square sebagai meeting point/ tempat perjumpaan. Tidak lama selepas aku sampai, aku dikejutkan dengan sekumpulan peserta Kayuhan Dua Negara, Malaysia Indonesia yang tiba di kawasan yang sama. Kapasiti mereka sangatlah ramai. Dalam firasat aku lebih kurang 150-200 buah basikal datang dari kedua negara Malaysia & Indonesia. Macam-macam uniform dapat disaksikan. Ada yang berpakaian Jepun, British, Askar, P. Ramli, Aziz Satar, Pakaian Klasik dan pelbagai lagi.

2. Berbekalkan sebuah lens yang ada di tangan, aku pun tidak membuang masa, terus melihat ke dalam viewfinder dan snap sekeping dua gambar. Agak cepat masa berlalu. Aku hanya ada kira-kira 15minit untuk rekod segalanya di Dutch Square area. Sebenarnya, aku berasa agak kurang puas juga shoot dalam keadaan tergesa-gesa. Akan tetapi, aku agak bersyukur kerana sempat shoot seorang gadis dari seberang. Tetapi sayang, belum sempat aku nak berkenalan, dia telah pergi meninggalkan aku yang sedang tercari-cari business card yang ntah aku letak kat mana... Oklah won't talk much, let me share u the pictures.


3. Ok, harap apa yang aku snap nie dapat bagi sedikit overview tentang apa yang berlaku tengah hari tadi. Selain daripada shoot this event, aku juga shoot candid pictures in the Melaka heritage trail. Do leave comment if you have time to do so. Ada masa nanti aku share all the candid shots in the jonker street area. Panas sungguh cuaca tadi, habis black muka, tangan, kaki dan segalanya. Nasihat aku pada yang nak datang and buat street candid, bawak air banyak, kalau tidak kita jumpa di katil wad hospital... dehydrated!!! Click HERE to view the photo album.

Friday, June 4, 2010

A Walkie Talkie

My new Kenwood Walkie Talkie set, bought June 2nd, 2010

1. Lama dah aku teringin untuk memiliki satu set Walkie Talkie. Aku ada 1set walkie talkie before this, tapi distance range agak limited. Walau pun dikira cukup bagus, aku perlukan yang lebih extensive. So, aku bertekad untuk mencari distance range yang lebih jauh. Alhamdulillah setelah puas mencari, akhirnya aku dapat 1set walkie talkie yang agak bagus, sesuai dengan kehendak aku. So far aku dah try and sangat berpuas hati.

2. Untuk apa aku beli nie? 1st, aku memang suka sangat 2way radio ni. Rasa sangat cool lahh benda ni. Dulu masa sekolah cikgu selalu tanya nak jadi apa, aku selalunya memang tak ada jawapan yang tetap. Tapi kalau 10 org cikgu tanya, kira 7 kali laa aku jawab aku nak jadi polis. Sebab polis pegang pistol/ senapang. Polis juga bergaya bersama walkie talkie. Kebetulan, hobi photography ni, kita pegang equipment mcm sniper, kira okey lahh. Then, ada pulak sistem komunikasi berkesan, lagilahh bergaya kan.

3. Sorry aku bergurau je tadi. Ok, antara tujuan aku beli device ni ialah untuk membantu aku bila involve dalam big event photography assignments, contohnya golf tournament, di mana komunikasi antara photographer penting. Jadi, alat ni sangatlah membantu. Lain-lain kelebihan dari pengalaman lepas. Banyak kali device ni membantu bila aku memandu 2-3 buah kereta ke destinasi. Kita boleh beritahu bila nak berhenti, minta pendapat mana nak makan, untuk maybe bagi info tentang apa yang menarik di sekeliling jalan, dan yang paling penting menghilangkan rasa bosan dan mengantuk.

Itu sahaja untuk kali ni...





Akmal Adanan,
0127655165


Tuesday, June 1, 2010

Pementasan Theater Imam Al-Bukhari




1. Alhamdulillah, pertama kali aku ingin mengucapkan terima kasih pada cikgu aku, Ezreen kerana sudi menjemput aku untuk shoot theater Imam Al-Bukhari, Perawi Hadith Soheh, dan juga kawan-kawan media yang lain Aizec, Hisyam dan Din. Jugak diserikan dengan dua orang wakil media mana ntah Mas & Jee. Pengalaman shoot theater malam tu adalah sangat tidak ternilai.

2. Theater ini mengisahkan perjuangan seorang perawi hadith Nabi Muhammad s.a.w, di mana banyak tentangan dari orang-orang kampung itu sendiri, juga daripada raja dan pemerintah. Walaupun diseksa dan terpaksa menempuh cabaran yang sangat besar, namun beliau tetap istiqomah memperjuangkan dan mempertahankan hadith-hadith tersebut. Malangnya, Bukhari tidak sempat menghabiskan keseluruhan hadith-hadith soheh tersebut. Di penghujung hayatnya, beliau menyerahkan semua hadith kepada rakan baiknya yang sangat dipercayai, Muslim agar dapat disebarkan kepada semua umat manusia. Dari situlah kita berpeluang mengetahui sunnah & hadith Rasullullah dari usaha Al-Bukhari & Muslim.

3. Pengalaman shoot theater ni adalah antara yang pertama kali bagi aku. Lama nak masuk Istana budaya dulu, tapi maih belum berkesempatan. Mungkin lepas ni aku akan join mana-mana media, photography team yang akan shoot theater sebab memang menyeronokkan!! Okey, mari lihat beberapa keping gambar yang sempat aku shoot tempoh hari.




4. Setelah puas shoot, makan kuih, makan mee rebus Johor, dan pelbagai lagi aktiviti, kami sambung TT di kedai TNB, betul-betul depan Persada Johor. Transfer semua gambar-gambar utk delivery kepada crew pementasan etc. Aku pun tak tahu, tangok si ezreen makan aku naik selera. Malam tu aku makan nasi putih lauk kicap jer, yang bestnya ...ade petai and beberapa cili padi yang mengancam keselamatan! memang berapi dan menyelerakan.

Koleksi Theater Imam Al-Bukhari ada aku sediakan di SINI.





Akmal Adanan,
0127655165