Tuesday, January 1, 2013

Selamat Tahun Baru 2013 !!!

Buat-buat sibuk ..

"Ucapan kepada diri aku sendiri sempena tahun baru 2013, 3 series ..."

1. Hari ni adalah hari Selasa, 1 Januari 2013. Memang betul kata orang-orang bijak pandai. Masa tidak akan menunggu kita dalam semua perkara ...Jika kita lambat, leka dan lalai, masa akan berlalu begitu sahaja, dan tanpa kita sedari kita telah pun tua, dan tidak mempunyai apa-apa.

2. Dari segi kerjaya ..ini tahun ke-4 aku di UiTM. Maknanya 3 tahun telah berlalu. Apa yg aku capai sepanjang 3 tahun ini ada yang membanggakan, ada yang just okay ....Alhamdulillah, akhirnya, berkat usaha aku dan pertolongan rakan seperjuangan, aku berjaya sahkan jawatan in time. Lain-lain perkara, semuanya perkara rutin shj. Seperti biasa, kerja byk tak siap, dan sentiasa sibuk. Just a good news, aku berjaya kurangkan 'sedikit' beban as WF effective by Dec 31st 2012.

3. Hajat aku pada tahun 2012 utk aktif dalam fotografi juga belum tertunai. Tak tahu lah dah berapa tahun tertangguh ...gear aku pun ada yg dah fungus. Duit lagi nak service. Seriously, rindu aku utk pegang kamera (dan pegang duit extra) mmg ada ...macam mana aku nak mulakannya? Aku pun tak pasti ....

4. Tahun 2012 kali ini pada aku merupakan tahun yang menggembirakan utk aku dan family. Aku bersama Jee pada 21.01.12. Adik aku nina selamat juga berkahwin dengan suaminya fairus. Pikah score hampir 3.8+ dalam study-nya, Ami tamat belajar insyaallah dengan selempang merah di dada. Lia dapat 8A PMR ...berkat doa mak dan semua, alhamdulillah sekali lagi semuanya dipermudahkan.

5. Akan tetapi cerita tentang kehidupan aku masih lagi seperti puzzle yg perlu aku susun dan selesaikan. Terlalu banyak perkara bermain di fikiran ...rumah, further study, part time job, career, social life, family semuanya aku perlu selaraskan mana yang perlu didahulukan/ dikemudiankan etc. Mohon dipermudahkan hendaknya.

6. Tq to Jee ... my lovely wife who always give support and advice ...

7. Nasihat utk diri aku sendiri ...aku mesti plan kehidupan dan perjalanan kerjaya sendiri. Jika gagal berbuat demikian, aku hanya akan menjadi follower yang tiada arah ...hidup mengikut flow seperti hampster yg berlari di atas gelung di dalam sangkar. Penghujungnya, keletihan ...dan tiada pencapaian.
Buat kawan-kawan, doakan yang terbaik utk aku ...insyaallah.

*To fetch T at S




Akmal Adanan
At PS/Toi

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: