Tuesday, March 8, 2011

LAWATAN DATO' VC KE UITM MELAKA

Antara gambar-gambar sekitar Lawatan Datuk VC ke UiTM Kampus Bandar & Kampus Alor Gajah, Melaka/ akmaladanan

1. Lawatan Dato' Sahol ke UiTM Melaka ini dibuat pada petang Sabtu dan sehari selepas Datuk Seri Najib melancarkan pembinaan UiTM Jasin. Dua hari aku bergasak dengan press + students. Seronok juga ... Apa pun, terima kasih diucapkan atas lawatan Dato'. Semoga kita dapat bersua lagi di masa hadapan.

2. Terima kasih, UiTM Dihatiku ...





Akmal Adanan
0127655165

Tuesday, March 1, 2011

Pelancaran Kerja Pembinaan UiTM Jasin

Gambar-gambar sekitar Majlis Pelancaran Kerja Pembinaan UiTM Jasin oleh YAB Dato' Seri Najib Tun Abd Razak, 20hb Februari 2011/ akmaladanan

1. Seperti yang aku janjikan, aku up sikit gambar-gambar sekitar pelancaran kerja pembinaan UiTM Jasin. Pertama sekali, terima kasih aku ucapkan kepada Pengarah UiTM Melaka, Datuk Prof Madya Dr. Mizan Bin Hitam dan En. Ariff Ali, Koordinator Korporat UiTM Melaka kerana memberi aku kepercayaan untuk cover majlis bersejarah ini. Kami warga UiTM Melaka sangat berbangga mempunyai kampus UiTM ke tiga di Negeri Melaka ini.

2. Dalam masa 36 bulan, insyaAllah, siaplah UiTM Jasin ini. UITM Jasin ini dibina di atas tanah milik Yayasan Melaka dengan keluasan kira-kira 87.2 hektar. Terletak di Seri Mendapat, kawasan sekeliling pasti akan mendapat limpahan rezeki dengan adanya UiTM ini. Terima kasih kepada YBhg Dato Hj Zainal Abidin Bin Sakom, Pengerusi YBK dan Dato' Seri Mohd Ali Rustam, Ketua Menteri Melaka yang bekerja keras untuk ini.

Terima kasih.






* Seperti biasa, saya tak berminat cerita-cerita politik di sini. TQ

Akmal Adanan
0127655165