Tuesday, September 28, 2010

MELAKA Guidebook: READY TO BE DISTRIBUTED ...

All the hardwork finally become reality

1. Seawal 6 pagi lagi aku dah bersiap utk satu perjalanan yang jauh... hari ni aku diamanahkan utk mengambil buku-buku yang selama ini menjadi mimpi ngeri ku sepanjang malam. Kerja-kerja design adalah sebuah kerja yang amat sukar (pada novice) mcm aku. Boleh dikatakan sepanjang bulan puasa, inilah kerja aku setiap malam. Hatta masa tidur, aku tetap bermimpi sedang design buku ni.

2. Jam 0645 hrs, aku bergegas memandu moto sukan aku ...bertolak ke unit kenderaan UiTM, Melaka. Seorang pemandu dah pun standby utk menghantar ku ke FSSR Shah Alam. Gila hebat aku ada pemandu!!! Teringin nak duduk di tempat duduk belakang sambil pegang surat kabar dan hisap curut. Nasib aku teringat, aku naik kereta Wira je. Hasrat aku tu aku simpan kemas, langsung aku duduk di depan...

3. Aku sampai Shah Alam sekitar jam 10 pagi. Rindu betul kehidupan di Shah Alam. Aku terus berjumpa dengan Manager Percetakan UiTM Saaludin, Shaarin & Khairul. Terima kasih sebab sudi terima job aku yang last minit ni. Dengan hari raya dan pelbagai cuti di negara Malaysia ni, sempat juga siap buku Guide Book. Ahaaaaa best!!!

Terima kasih pada team member... Tania, En. Hasrul, DTM Students, and all Lecturers yang sama-sama berkerja keras utk ini.

Ready to be distributed!!!
(text ditulis awal. Baru hari ni siap nak post... sorry)




Akmal Adanan
0127655165

Monday, September 27, 2010

Pre-Wed JOSHUA & NESA


1. Sebulan dah sebenarnya usia gambar-gambar photoshhot JOSHUA & NESA nie aku amek. Tp minta maaf banyak-banyak, oleh kerana banyak urusan rakyat yang lain, aku terpaksa dulu kan mana yang perlu. Joshua & Nesa ni sgt bagus orangnye.. selalu tersenyum. Terasa sangat aku ni di Malaysia (1 Malaysia). Kami buat Photoshoot ni di Sepang dan keesokkan harinya di Melaka. Tapi oleh kerana faktor cuaca dan masa yg sangat suntuk, mmg Xdapat explore dan apply semua idea2 yang ada. Take a look ...







2. Hari ni hari Isnin ..hari yg bagi kebanyakan pekerja ...mereka akan rasa pelik untuk datang awal dan bersemangat utk bekerja ..Aku hanya insan yang biasa. Insan yang lemah. Setelah 2 hari buat full Penang tour dan duduk semalaman di dalam bas, terasa juga kekejangan bahagian otot punggung ni... Kami sampai lebih kurang pukul 4.30 pagi tadi. Fuhhhhh, mmg mengantuk sangat2, sampai la ni cek Xdpt tidoq norr.... keekeke. Hari ni Xdapat tulis banyak sebab idea kurang.

3. To Joshua & Nesa, thank you very much for trusting me to capture ur big day ...from My side, I am very happy to work with all of the incoming events. Enjoy!!!






Akmal Adanan,
0127655165

Friday, September 24, 2010

OUTSTATION - PENANG Sept.2010

Joshua & Nesa, Pre-wedding photoshoot Sepang/ MELAKA

1. Aku bangun tidur lewat hari ni. Tiba-tiba aku tersedar aku sudah mula berpeluh.. panas, jam menunjukkan pukul 930pagi. Semua gara-gara pomen bengkel moto aku datang tengah malam buta nak repair tukar tiub tayar aku yang bocor seabad yang lalu. Terkejut aku dikejutkan dari mimpi, ingatkan hal penting ...tp Xpe laa at least Xpayah la aku naik kete pergi keje yang dekat sepelaung je hari ni.

2. Di satu sudut, laptop aku masih terpasang dan tak pernah aku matikan sejak berbulan yang lalu. Kononnya kerja banyak.. sayang nak matikan nanti lambat nak sambung kerja. ahaaaaa..... aku pun bergegas ke opis sebab beberapa appointment hampir terlepas.

3. Hampir tengah hari, iaitu tepat jam 1115pagi, aku bergegas lagi sekali ke open house di Paya Rumput. Banyak gegasan aku buat hari ni nampaknya. Siap je semua, solat jumaat... gegas sekali lagi. Petang ini jam 3petang, aku sibuk siapkan gambar-gambar Joshua & Nesa utk di frame kan sebelu reception mereka awal oktober nanti. Kerja asasi aku, masih terbengkalai ...aduhhhh..

4. Untuk pengetahuan, aku terpaksa menangguhkan kerja-kerja aku sekali lagi... petang nanti atau masa antarabangsanya 1730 hrs aku bertolak ke Pulau Pinang untuk 2 hari atas urusan kerja.. Lepas ni setiap minggu aku penuh dengan trip. Pada girlfriend2 yang mungkin bercita-cita nak ajak aku tengok wayang atau makan seafood, aku mintak maaf banyak2 ...kerja lebih penting ketika dan saat entry ini ditulis...

Sampai jumpa lagi ..apa2 aku Update dari Utara nanti okeyy!!! see u =)





Akmal Adanan
0127655165

Monday, September 20, 2010

Selamat Hari Raya 2010... Tamat


Picture of Me.. taken at Permas Jaya J.B. on the Sep 14/2010

1. Pada satu malam yang sunyi... sambil aku duduk di atas kerusi IKEA putih yang empuk, menghadap laptop aku yang telah usang, aku terus berfikir. Mula-mula secara separa sedar.. dan tidak lama selepas itu... aku mula berimaginasi. Aku teringat zaman aku kanak-kanak dulu. Seronoknya bermain bunga api dengan ubat nyamuk cap FUMAKILA. Seronoknya memandu basikal ke kampung-kampung mengumpulkan duit raya sambil berhenti sekali dua untuk betulkan rantai beskal aku yg longgar dan selalu terlepas.. abes hitam tangan aku...Seronoknya dapat RM0.50 bila raya rumah orang kaya! walhal selalunya aku cuma dapat RM0.20 jer ...

2. Setengah jam kemudian.. aku teruskan fikiran tadi dengan lebih kritis dan saksama (macam tak berkaita je). Disusuli dengan cara berfikir lebih mendalam yang agak panjang. Sangat serious aku memikirkan perkara ni. Lama sungguh aku berfikir, sehinggkan air kopi yang aku bancuh tadi menjadi sejuk, televisyen pun dah tidak mempunyai siaran-siaran waktu perdana seperti Roda-Roda Kuala Lumpur atau Gerak Khas ...juga tidak lagi kedengaran suara kucing-kucing yang suka berak sembarangan berkeliaran depan rumah aku. Tegang... itulah yang aku cuba bayangkan...











Fikir punya fikir... Lama juga aku terfikir... dan aku terus teringat.. ESOK AKU KERJA !!!





Akmal Adanan,
0127655165

Wednesday, September 15, 2010

MALAM REUNION SMKDS SPM '82

1. Hari Raya Aidilfitri tahun ini agak suram, tp pada masa yang sama aku agak sibuk dengan aktiviti-aktiviti photography dan pelbagai tugasan lain. Pada hari raya yang ke-empat lalu aku mendapat panggilan untuk coverage satu assignment yang pada aku sangat unik. Ada beberapa perkara yang membuatkan event ini sangat spesial atau dalam bahasa latinnya 'special' ... Malam Reunion SPM '82 SMKDS (Sekolah Menengah Dato' Sulaiman). Dalam banyak-banyak reunion event aku cover, this one agak berlainan ..dan meninggalkan kesan.


2. Pertama sekali, sekolah SMKDS ini adalah sekolah Ibu yang membesarkan aku. Kedua, sekolah ini juga yang mematangkan aku dari seorang budak kepada seorang remaja. Ketiga, kesemua pakcik-pakcik dan makcik aku juga bersekolah disini. Nenek aku pulak, aku tak brapa pasti sebab dalam sejarah hidup aku, belum terfikir nak bertanya tentang perkara ini.. mungkin aku boleh menimbang cara untuk bertanyakan soalan ini nanti.
3. Ok, berbalik kepada cerita entry ini... Reunion Night ini adalah initiative beberapa orang kuat student batch '78-'82 ...antaranya Zailani Mansor, Nazlan, Abu Bakar, Hasan dan beberapa lagi (sila update saya kemudian).. Majlis dirasmikan oleh Pengetua SMKDS, En. Misli Rosbadi yang sangat bersemangat!! semua berasa bangga.. Macam-macam acara ada pada malam tu... adalah lebih baik untuk gambar-gambar yang bercerita ...sila lahhh



4. Seronok betul aku tengok muka-muka semua yang hadir ...bayangkan last sekali mereka bersama adalah bila umur mereka 17 tahun... sekarang umur mereka adalah 45 tahun.. Setelah 28 tahun berpisah semua mereka berjumpa bersama suami/ isteri dan anak masing-masing. Pada malam yang sama, cikgu-cikgu veteran yang mengajar mereka dulu juga hadir memeriahkan suasana. Antaranya Cikgu Nengseh, Cikgu Othman, Cikgu Katirah & mak Aku Cikgu Tusiah... Fuhhhh!!! aku pun teringin untuk buat macam ni.. ok kawan-kawan batch 2000 jom kita buat utk kita pulak...

5. Tahniah kepada organizer yang berjaya melangsungkan event yang sangat bermakna.. Tahniah juga bagi semua pelajar SPM '82. Ada yang menjadi guru, leftenan tentera, DSP polis, pensyarah, businessman, arkitek dsbnya sudi meluangkan masa utk datang walau tinggal di KL, Perak, Labuan malah Hong Kong sudi turun utk bersama. Berpeluh juga aku shoot event malam ni sebab dah lama tak beraksi. All in all harap semua happy dan sentiasa mengingati masa-masa indah ini. Selamat Hari Raya!!! Maaf Zahir & Batin.

Lain-lain gambar, sila click SINI.






Akmal Adanan,
0127655165

Tuesday, September 14, 2010

Pagi Hari Raya Aidilfitri 1431H

Adik-adik aku di pusara Abah, pada pagi Aidilfitri 9hb September 2010

1. Pagi yang indah itu, aku melalui pengalaman yang baru meraikan Hari Raya Aidilfitri. Di kala semua (kebanyakan) keluarga bergembira merayakan kemenangan menunaikan ibadah dalam bulan Ramadhan, aku dan keluarga diselubungi kesedihan.. Arwah Abah keseorangan di bawah sana.. Tiada lagi jasad utk kami salam, memohon keampunan, utk dipeluk etc. Terasa kekosongan yang tak dapat digambarkan. Hanya anak yatim tahu perasaan ini. Aku terus teringat saat arwah Abah menangis masa aku minta maaf pada pagi hari raya yang lepas.. mungkin tahu itu adalah hari raya terakhir buatnya ...LINK

2. Aku selalu terfikir, kadang-kadang kita terlalu menumpukan kepada persiapan dan keseronokkan hari raya. Sedang kita sibuk membeli baju baru, bertukar kepada kereta baru, sofa yang termahal, high heels yang cute dan sebagainya... tiba-tiba aku teringat akan keadaan di hospital. Pada satu sudut yang lain, ada kawan-kawan kita yang sibuk bertarung dengan maut.. cuba bertahan supaya terus hidup. Sukar bernafas, menangis menahan kesakitan, terpaksa melupakan keinginan beraya di luar, dan berdoa agar Allah meringankan beban yang ditanggung ...ianya tidak semudah yang dijangka. Semoga kita sedar dan selalu bersyukur atas semua kenikmatan yang masih sempat dikecapi.

3. Pada kesempatan ini, aku ucapkan jutaan terima kasih pada semua yang mengucapkan Selamat Hari Raya, & memohon maaf pada yang aku tidak sempat balas. Besar kemungkinan ia disebabkan oleh kealpaan atau perkhidmatan telekomunikasi yang agak bercelaru kebelakangan ini.. Al-Fatihah kepada Arwah Abah, Arwah Wak Miah, Abang Johan yang pergi meninggalkan keluarga kami baru-baru ini. Juga kepada semua muslimin dan muslimat yang telah pergi buat selamanya ...

4. Aku dengan rendah diri juga ingin memhon keampunan atas segala salah dan silap, terkasar bahasa, termakan dan terminum pada semua yang mengenali. Harap sudilah kiranya dimaafkan.




Akmal Adanan,
0127655165

Tuesday, September 7, 2010

KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2010

1. Pada awal bulan kemerdekaan tahun 2010 ini, atau lebih tepat lagi bulan lapan ...aku berkesempatan utk turun ke Muar utk satu coverage big event yang melibatkan Sultan Johor, DYAM Sultan Ibrahim Ismail dan rombongan Istana serta team bermotosikal bekuasa besar TMJ. Untuk pengetahuan, aku sgt gemar utk involve event-event seperti ini. Banyak tatacara & protokol yang dapat dipelajari daripada pengalaman sebegini.

2. Tuanku adalah seorang yang sangat mesra rakyat ...masih ingat lagi semasa Tuanku bersalaman dengan kakitangan Majlis Bandaran Pontian, Tuanku sempat berseloroh secara mesra berpesan, "Haa kerja rajin-rajin ....jangan malas-malas... buat yang paling baik"

3. Event kali ni sangat mencabar... kerana kami terpaksa bekerja dalam keadaan hujan yang lebat. Segala layout planning yang telah ditetapkan immediately berubah. Pening kepala aku, sebab flow event yang telah dijangkakan diubah pada masa itu juga... Apa pun, kerja tetap jalan, jom lihat gambar-gambar sekitar majlis ini berlangsung.

4. Habis basah kamera aku.. beraksi kononnya macam pakai weather proof body and lenses.. walhal bukan. Penat sungguh tak terkira, terkejar-kejar event yang kita tak berapa pasti flow nya bagaimana, harus juga mematuhi protokol dan sebagainya. Tetapi seronok tetap seronok.

5. Akhir sekali, terima kasih kepada official team photographer Izam (Leader), Fitri, Wan, & Along.. yang sudi menjemput Aku untuk secara langsung merakamkan Majlis Pelancaran Kembara Mahkota Johor 2010 di Majlis Bandaran Pontian, Johor. Jemputan kamu ke majlis tersebut sangat dihargai. Terima kasih. The hotel, food and everything was fantastic. Lain kali boleh jemput lagi...

Lain-lain gambar, click SINI





Akmal Adanan
0127655165