Saturday, July 17, 2010

Abah 3rd day in ICU

Pikah di hadapan Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Fatimah, Muar, Johor

Semalam (16.07.2010) abah dah sedar di ICU. Bila mal masuk dengan Ami abah terus menangis. Masa tu aku betul-betul tersentuh ...dengan tiub-tiub dan wayar yang berserabut, abah cuba bercakap walaupun tersekat. Aku cuba kuatkan semangat. Aku tak nak menangis depan abah. Aku terus bagi abah kata-kata semangat pada Abah. Alhamdulillah, abah faham dan mengangguk. Tapi, abah dapat juga gerakkan bibir dia. Abah kata "sakit..." itu yang aku dapat faham. Dia sangat tidak selesa dengan keadaan itu agaknya. Sabar Abah ...

Semalam dan hari sebelumnya, ramai kawan-kawan abah dan jiran-jiran datang melawat. Mesti abah seronok kan ramai yang datang melawat memberi semangat. Ramai orang sayang Abah. Jadi abah kena kuatkan semangat!! Ramai juga yang keluar dengan linangan air mata... dulu abah kuat, cergas dan sihat, tapi tak sangka abah boleh seteruk ini. Atuk saudara aku dari kampung datang ..aku minta dia bagi kata-kata semangat untuk abah.. atuk aku kata "Nan, apa kabar? banyakkan bersabar Nan, ini semua cubaan dari Allah, kenapa aku di sini Ya Allah? Kenapa sungguh berat cubaanMu Ya Allah? apa salahku Ya Allah? maafkan semua salah silapku Ya Allah.. banyakkan beristifar, ingat kepada Allah... insyaallah semuanya selamat" abah mengangguk ...

Abah,

Dah 3 hari abah tak minum sebarang minuman melalui mulut. Mal tanya "Abah haus bah?" abah mengangguk, "Abah nak minum?" Abah mengangguk lagi. Minuman nurse masukkan air melalui tiub sahaja. Mungkin sebab itu tekak abah haus teramat. Abah minta Mal air... mal tanya nurse di situ, tapi mereka tak benarkan... tiub dalam mulut itu terus ke paru-paru, takut air masuk sana ..then keadaan akan bertambah teruk. Minta maaf Abah. Abah sabar banyak-banyak, untuk kebaikan Abah.

4. Melihat keadaan abah ...Mal juga terfikir, apa nasib aku nanti. Adakah nasib aku esok lebih baik atau lebih teruk? tak siapa pun tahu.. kalau perimeter manusia menjalani hidup yang sihat 50tahun, aku ada 23tahun sahaja lagi menjalani hidup yang sihat. Hidup kita sangat lah singkat. Tak apa la abah, ini semua cubaan Allah, setiap orang akan mempunyai bahagian masing-masing. Cuma kita belum tahu apa. Semoga semuanya adalah yang terbaik untuk kita.

Sabar banyak-banyak Abah ...




Akmal Adanan
from Intensive Care Unit (ICU)
Hospital Sultanah Fatimah, Muar, Johor
0127655165

Thursday, July 15, 2010

Abah

Abah on the way to the ward

Semalam 13.07.2010 ..pukul 6.00 pagi mak telefon aku. Mak kata “Mal, tolong balik ke hospital batu pahat cepat, abah dah macam tak ingat, cakap macam-macam perkara pelik”. Mungkin abah dah tak tahan menahan kesakitan yang teramat. Aku pun bergegas pulang dari Melaka ke Hospital Batu Pahat (HBP). Antara apa yang abah cakap, dia tanya anak-anak dia “Mana pikah, kenapa tak lawat abah… kat hospital..abah dah lama kat hospital ni” …”Ami kenapa kau jauh, abah lama tak jumpa ami ..dtg la lawat abah mi, abah terseksa ni”. Dua orang adik aku ni belajar jauh …seorang di Bangi dan seorang di Kedah. Jadi mereka susah nak balik selalu. Ada juga abah sebut nama aku dan adik-adik aku yang lain. Sedih sgt bila mak aku cerita benda macam ni..

Abah aku sangat rapat dengan Ami, abah selalu pergi berubat kampung dengan Ami selepas Ami habis SPM. Memang sentiasa berdua. Aku ingat lagi semasa menghantar Ami ke UiTM Kedah, Abah mengadu pada aku dia tak dapat tidur “Kesian Ami kena belajar jauh, Abah tak boleh tidur Mal, ingat kat Ami malam tadi” Patut la walau abah sesak nafas, dan dalam kesihatan yang tentu pun dia teringin sangat nak menghantar Ami ke Kedah. Kesian Abah ..

Abah,

Sekarang Abah terlantar sakit di ICU. Baru semalam Mal jaga abah, bersihkan badan Abah, urut kaki & tangan abah yang bengkak teruk dan berbual-bual byk perkara. Sambil duduk abah berkata pada aku “Sakit Mal, abah tak tahan ni …bila dah baik ni memang Abah jaga elok-elok” Aku hanya dapat mendengar, dengan harapan kesakitan abah reda…

Abah memang seorang yang kuat. Dan berbulan-bulan dia menahan kesakitan, tidak pernah baring, hanya duduk sepanjang masa. Katanya dia akan sesak nafas kalau letakkan badan ke bawah. Namun sikit pun dia tak pernah telefon dan mengadu keadaan nya pada aku. Aku pun buat macam biasa assuming dia baik-baik sahaja.

Aku Tanya, “kenapa tak beritahu Mal”, Abah kata “Kau baru kerja Mal, kena kerja rajin-rajin, kerja elok-elok, abah tak mahu kacau”.. “Minta maaf yer Mal kau kena datang jaga Abah hari ni”. Sedih betul aku dengar Abah aku cakap macam ni. Malam sebelum abah masuk ICU, nafas abah makin sesak, abah kurang respons dan kurang bercakap dengan aku. Abah demam, 39deg Celsius. Mungkin abah semakin tidak selesa dengan keadaannya. Tapi, sebelum aku balik malam semalam, abah berkali-kali cakap, “Terima kasih banyak-banyak ye mal.. abah minta maaf susahkan kau, bawa kereta balik nanti baik-baik” …

Abah,

Pagi ni 15.07.2010, Mal datang lawat abah lagi. Doktor panggil Mal untuk tandatangan surat keizinan untuk doktor masukkan satu lagi saluran untuk mereka buat Dialisis Darah secepat yang mungkin. Mal minta maaf bah, mal yang bertanggungjawab memberi keizinan untuk doktor buat semua ini pada badan abah. Setakat ni mal dah sign 4 surat keizinan. Mal tau abah akan rasa sangat sakit, tapi Mal memang tak ada pilihan lain bah. Mal dah bincang dengan Mak dan adik-adik, hanya ini jalan terbaik untuk abah. Harap abah dapat maafkan Mal untuk semua ni. Minta maaf Abah…

Pagi ni juga, Mal sempat bisikkan pada abah, “abah, mal datang ni bah, mak ada, adik-adik ada, cik an ada, semua ada tengok abah, abah kena banyak sabar ye bah, kuatkan semangat.. kita semua nak abah cepat sembuh dan kita boleh hidup macam biasa. Abah kena lawan jangan mengalah” Abah gerakkan mata dia macam nak membalas kata-kata aku.. tak sampai hati aku tengok keadaan abah dengan semua tiub dan wayar seluruh badan, mesti abah tak selesa kan bah.. abah banyakkan sabar k

Abah, harap abah cepat sihat ye bah …Mal sentiasa doakan abah kuat menghadapi cabaran ini..




Akmal Adanan
from Intensive Care Unit (ICU)
Hospital Sultanah Fatimah, Muar, Johor
0127655165

Thursday, July 8, 2010

South Africa World Cup 2010

Fans blow their vuvuzelas before the Group F match between Paraguay and New Zealand at Peter Mokaba stadium in Polokwane June 24, 2010. (REUTERS/Ivan Alvarado)

1. Pertama sekali, aku minta maaf banyak-banyak sebab sungguh lama tak update blog aku nie. Selepas puas sibukkan diri dan menjaga ayah aku di hospital selama tiga hari, aku kembali ke UiTM utk semester yang baru ni. Insyaallah selepas nie aku akan tunaikan janji-janji aku pada blog aku sendiri.

2. Semester baru July-Dec pun sudah bermula. Kelas start 5 July lepas. Aku kembali sibuk dengan aktiviti-aktiviti curriculum students di sini. Projek yang aku cuba laksanakan aku akan simpan kemas sampai aku kembali mempunyai masa. World cup pun hampir tamat, aku akan merindui saat-saat ni...


3. Malam tadi percaturan aku menjadi. Aku pulang ke rumah selewat jam 7 malam. Siap-siap semua, kemudian aku tidurkan diri aku sehingga jam 2pagi untuk menonton perlawanan GER vs ESP. Naluri aku kuat mengatakan GER akan menang besar selepas membelasah ENG & ARG dalam Best 16 & Quarter Final tempoh hari. Ternyata player ESP lebih berkualiti, dari segi ball possession dan individual skills. Akan tetapi, sayang ...terlalu byk possession dan kurang penyudah, atau pun tries. Itu yang aku kesalkan.


4. Apa pun aku ucapkan tahniah kepada penyokong-penyokong ESP berjaya ke Final. Aku Xpuas hati dengan NET (Netherlands) yg bermain kasar semasa bermain dengan BRA. Harap ESP boleh tebus kekalahan itu semula. Tapi, jika dilihat dan dibandingkan dari permainan ESP & NET, keputusan mungkin memihak kepada NET kecuali ESP bermain secara attacking.


Aku Xmahu mengulas panjang pasal world cup ni, nanti mengalahkan Hasbullah Awang pulak.. Selamat menonton final 12 July nanti!!!





Akmal Adanan,
0127655165