Thursday, January 3, 2013

Bad Dinner

At Penang, Malaysia
1. Sebentar tadi, aku keluar makan bersama wife di area Alor Gajah, Melaka. Plan, dah cantek, tp hasilnya mengecewakan ...macam-macam perkara terjadi.

2. Kes 1: Kedai Naan Tandoori yg best tutup pulak malam nie ...so, terpaksa cari option kedai yang lain.

3. Kes 2: Sampai di sebuah restoran, melihat kpd api yang sambar menyambar, mcm syiok the food ...kami order nasi goreng kampung. Service lambat ..nasi goreng yg smpai, rasanya haram ...macam nasi digaul garam, dan kenakan api dalam kuali. Hambar !

4. Kes 3: Sambil menunggu ..3 orang remaja (maybe budak masih study) meja sebelah kami tak henti-henti menghembuskan asap rokok yg sgt menyesakkan. Berborak macam bagus ...ketawa terbahak2 macam perbualan menteri2 besar. Kalau beli rokok pun pakai duit ptptn/ duit mak ayah, pls cermin diri sendiri ..
* Asap berkepul-kepul tiup bagi org hisap ..putung rokok buang+jentik merata-rata. Punya jahanam perangai!!!

5. Kes 4: Sambil makan ..kami menonton rancangan Amekow utk menenangkan fikiran. Alih-alih ade 2 orang mamat nie sibuk nak borak depan tv ....lama pulak tu, tak kisah langsung customer lain yg sedang khusyuk menonton.

6: Kes 5: Siap makan, dengan hati yg panas aku ke kaunter utk buat bayaran. Aku queue di blkg seorang customer. Belum pun customer tu dpt baki ...sorang remaja lelaki konon bergaya dengan rantai di leher segala terus je potong and bayar! Bengkak jer aku perhatikan mamat nie ...betul tercabar semangat pahlawan aku masa nie ...

7. Kes 6: Sampai di kereta, start kereta ..tp Xboleh keluar, ada makcik ni beli top up di kedai handphone. Tunggu punya tunggu tak siap-siap jugak ...bengkak je hati kawan nie kat dalam kereta.

8. Kes 7: Semasa keluar dari taman/ kedai tersebut, satu kancil ni dengan slamber jer sambil on the phone masuk jalan aku. Mahu tak mahu aku jugak aku kena elak utk elak kemalangan ...really shit driver nie ...

9. Kesimpulannya, aku betul-betul tak faham kenapa masyarakat sekarang ni kurang sensitif atas perasaan orang lain. Bodoh sombong, berlagak, kurang ajar ...kenapa perlu begitu? Aku pun tidaklah perfect, tp aku akan cuba sedaya upaya utk tidak menyusahkan orang lain.

10. Banyak aku membebel malam ni. Saja bagi lepas and release benda yg menggeramkan aku malam ni ....aku harap kawan-kawan aku & sapa yang terbaca entri nie bukan tergolong dalam kategori yang aku sebutkan tadi.

Selamat malam semua ...aku nak siapkan banner + bunting asul and emis. Esok dah hari jumaat, ke JB lagi gamaknya.



Akmal Adanan
0137793993
Sambil tonton movie bruce lee @tv2
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.










No comments: