Monday, March 22, 2010

Kita dan jalan raya

1. Last week adalah hari yg sungguh memenatkan dalam hidup aku. Rabu aku kerja. Petang tu aku ke KL sbb adik aku convo pada keesokkan harinya (Khamis-18.03.2010). Pada hari Khamis itu juga aku bertugas mengambil gambar2 sekitar convocation adik aku disamping betolak ke Sri Iskandar Perak pada sebelah petang hari. Tujuan asal adalah melawat family uncle aku di sana. Best gak... 2 malam tinggal di Perak. aku and family sempat laa berjalan-jalan ke Ipoh dah Lumut. Otw balik, kami singgah di IJN Kuala Lumpur melawat sorang lagi uncle aku yg mendapatkan rawatan di sana. Satu benda yg lebih best, kete proton saga lama aku berjaya sampai dan balik tanpa masalah. Aku sampai di Melaka pada hari sabtu, kemudian ahad aku ke Kuala Lumpur menghadiri majlis perkahwinan rakan UiTM, juga melawat hot balloon 02 di Putrajaya.

2. Jika kamu perasan, banyak masa aku dihabiskan di atas jalan raya dan juga jalan tinggi (highway). Nasib baik laa aku tidak ditakdirkan bekerja dalam bidang pengangkutan seperti pemandu lori, bas atau teksi. Ape yang aku nak tekankan di sini adalah, aku sangat lah stress dengan tingkah laku pemandu-pemandu jalan raya di Malaysia nie. Gila stress yang teramat sehinggakan lalat yg sesat dalam kete aku pun aku bunuh kesemuanya. hahahaa...

3. Melalui tinjauan ringkas selama 5 hari di atas jalan raya, aku boleh classify pemandu kita ni kepada 2 kumpulan. First, golongan aggresif - golongan nie terlalu aktif Xtentu hala. Kadang-kadang memiliki kereta mewah, kadang-kadang kereta sederhana je, tapi perasan laju. Antara perangai mereka nie, mereka suka memotong queue. Mereka-mereka nie beranggapan memotong beberapa biji kereta akan menyebabkan mereka sampai 2 jam awal. Ntah ape-ape. Kedua, mereka ini suka memandu laju dengan mengeluarkan bunyi ekzos sport ala-ala lori balak di tempat yang Xsepatutnya seperti di jalan kecil, taman-taman perumahan dsb. Aku simpulkan dieorg nie jaguh kampung. Mereka nie mungkin Xpernah mendengar kereta-kereta jenama ferrari, masserati, lamborghini, lotus, bugatti atau pun aston martin. Tp aku selalu maafkan je dieorg nie. Bukan salah die ...klu die Xtahu wujudnya kereta-kereta nie, mungkin mereka perasan proton wira mereka itu adalah kenderaan paling laju di dunia ...

4. Golongan kedua adalah mereka-meraka yang nerd. Perangai memandu mereka ini sangat menusuk kalbu. Mereka perasan mereka nie betul sahaja. Mereka adalah orang-orang yang memandu kenderaan selaju 90-100km/j di lorong tengah atau lorong ketiga. Pada mereka, memandu dengan kelajuan sedemikian adalah cukup pantas, hampir memecah rekod dunia kelajuan memandu diri mereka sendiri. Pada aku, golongan ini banyak menyusahkan pemandu yang lain sbb akan menyebabkan byk distraction dan risiko kemalangan. Pemandu lain terpaksa memperlahankan kenderaan, menukar lorong dsbnya. Apakah satu masalah besar bagi mereka nie untuk memandu di lorong perlahan? pls laa cermin diri sendiri, kalau dah kiri dan kanan memotong, ade yang meninggikan lampu, membunyikan hon, dan kena maki dari luar, sila laa ke tepi. Beri laluan pada yang lebih layak sebelum kene baling telur busuk.

5. Tadi aku ke Melaka atas sedikit urusan. Selepas selesai, aku park kete and makan. Ade satu lagi perangai yg membuatkan aku fed up. No offense to motorcyclist, aku pun menunggang motosikal jugak. Banyak-banyak tempat park moto, kenapa ko suka park moto rapat depan kete orang. Btol ko nak menyusahkan aku, kena masuk gear reverse etc sebelum keluar. Perlukah berbuat demikian? ........ Budak-budak rider moto nie pun satu hal jugak, sekarang aku pulak yang kene berhati-hati mengelak motorcyclist2 di jalan raya. Bawak moto macam Xade hari esok. Relax laa brader, kalau kemalangan nanti, ko jugak yg sakit, kenapa perlu pemandu kereta yg kene berhati-hati. Korang rasa korang best sgt ke menunggang moto Ex5, RxZ, Modenas Kriss ataupun Yamaha LC. Aku tengok rider-rider moto berkuasa tinggi Xde pon perangai macam kamu semua nie. Kalau ade masa nanti aku kenalkan korang ngan Hayabusa, Yamaha R1, Ducatti 1198 & BMW hp2.

6. Kesimpulan cerita-cerita aku kat atas adalah, kita semua menggunakan kemudahan yang sama. Setiap pergerakan yang dilakukan pasti memberi kesan kepada orang lain. Jadi aku rasa Xade masalah akan berlaku jika kita bertimbangrasa dan mematuhi undang-undang jalan raya itu sendiri... Susah sangatkah kamu semua untuk berfikir utk orang lain?







* Luahan rasa hati ini adalah dari hati ke hati dan tidak ditujukan kepada mana-mana pihak. Jika ada yang terasa harap dimaafkan.

Akmal Adanan,
0127655165

No comments: