Wednesday, March 3, 2010

HARI INI 3.3.10

Poster design by me for the IID Competition UiTM Shah Alam, October 2009.

1. Lately, mesti kamu semua perasan, aku kurang post new photos like normally i did before. Sebenarnya aku sendiri pun perasan juga begitu. Bukannya aku busy menyanyi di kelab malam, menghadiri anugerah bintang berita harian, atau bintang harakah, atau pun memenuhi jemputan makan malam di raja, tapi aku sebenarnya pun tak tahu kenapa. Memang secara phycological nya aku Xmampu nk lakukan buat masa nie. Jadi harap kamu semua Xboring nak singgah ke blog aku nie ye.

2. Lama juga aku dah kat bumi hang tuah nie. Jangan kan hang tuah, anak cucu die pun aku Xpenah jumpe. Aku di Alor Gajah, manalah nak jumpe. Mungkin beliau-beliau berada di dataran pahlawan sebab itulah tempat yang sesuai bagi mereka.

3. Budak-budak shah alam asik sebok mengganggu hidup aku di laman sosial yang terkenal - facebook. Antaranya Tom kacak atau lebih dikenali sbg Rosyam Yes (adik Rosyam Nor)- memandu kereta nissan auto empat kelajuan satu gear reverse, Abg Wan 5dMII (Xguna abg wan dah beli kamera kegemaran Xbagitau dusshhhh) dan Qayyum Soberon (Adik pemain bola Veron), dan Shah Miskon (org Jawa Banting yg cube bercakap org putih). Kadang-kadang aku nk marah je mereka-mereka nie... sbb mereka melihat gambar2 mereka nie, masa aku terbazir begitu al-sahaja. Tp setelah mengikut firasat aku, kalau Xde mereka mesti boring hidup aku kan. Awek pon mana pegi ntah, kalau kawan Xde lagi laa susah.

4. Gambar yg aku letak di entry nie adalah design poster aku masa aku study dulu. Cantik atau tidak Xmenjadi soal, aku dah letak kamu Xboleh keluarkan semula. Ok minggu nie aku akan involve dalam Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Alor Gajah, Sukan Antara Fakulti dan Majlis Wacana Ilmu anjuran UiTM. Semoga aku menjadi soleh, dan bijak pandai selepas nie. Ape lagi? ....Xde pape dah....

5. Hari nie 3hb March 2010. Mak, kita nak ucapkan mak 'Selamat Hari Lahir' semoga dipanjangkan umur, sihat selalu dan dimurahkan rezeki. Insyaallah. Harap sentiasa happy macam biasa :)

Interested to view bigger image? Click HERE.






Akmal Adanan,
0127655165

No comments: