Wednesday, March 17, 2010

Adakah kita cukup bersyukur?

1. Last week aku dijemput hadir ke Majlis Seluhur Hati, Semurni Kasih, anjuran Fakulti Pengurusan Pejabat - OM. Pada mulanya aku ok2 je pasal ape, aku seronok jadi jurugambar malam tu. Macam biasa laaa, aku shoot je all the majlis flows and everything. Then, sampai laaa ketibaan kanak-kanak, dan keluarga-keluarga yg bernasib baik. Masa tu je aku dah rasa sedih melihat keadaan mereka.
2. Then ada sesi ucapan, persembahan dsb. The climax of the event adalah bila mereka tutup semua lampu dalam dewan. Suasana menjadi sangat gelap.... hening, dan sungguh sunyi masa tu. Kemudian the student escorted and bawa adik-adik yang kurang upaya masuk with the lilin and berada di atas stage. Then slowly dewan dihiburkan dengan suara kanak-kanak menyanyikan lagu "Bukan Ku Pinta" (nak tahu lagu tu macam mana click SINI). Aku Xkisah laa kalau yang nyanyi lagu nie Saleem IKLIM ker, Siti Nurhaliza ker, Aishah ker, Francisca Peter, Beyonce mahupun Farid Kamil. Tapi ......

3. Boleh tak kamu bayangkan lagu ini dinyanyikan oleh seorang yang benar-benar cacat. Melihat dari sinar matanya, aku dapat rasakan lagu itu memang benar-benar lahir dari dalam hati, begitu jujur, dan penuh dengan keikhlasan. Tidak perlulah nak masuk Akademi Fantasia, Malaysian Idol, So You Think You Can Dance, ataupun Mentor. Even, Mas Idayu dengan rotan & batang penyapu pun Xdapat ajar aku menyanyi macam ini. Nyanyian adik nie memang sungguh menyentuh kami. Seluruh dewan terkedu, sedih dan ramai yang menangis dan mengalirkan air mata... no words could explain that feeling bro ....its too emotional. Sangat hebat bait-bait lirik lagi nie... Simon Cowell kalau ade pon menangis sama.


"Senyumku tak seghairah
gerak gaya tidak selincah
mataku tak seayu
kicau burung pun tak semerdu, namunku punya hati
juga gayaku perasaan, hidupku yg begini
kadar waktu di izinTuhan, tidakku pinta lahir kedunia
tidakku duga cacat begini, bukanku minta kasih dan sayang
bukan ku rayu bantu simpati, maafkan wahai teman
kumenumpang disudut dunia, mencari ketenangan
sampai masa ku pergi jua............. "


4. Gambar-gambar tu aku share kemudian k... Thanks to Rina & Berry for invite me up. Thanks also to Dato' Mizan to officiate the event. Dato' sgt penyayang. Mendukung adik-adik ini mencium, memberi semangat dan sebagainya. Kepada yang rasa sempurna di luar sana, jenguk lah insan-insan yang mungkin kekurangan. Akak nie 2 daripada anaknya mengalami sakit saraf yang agak serious. Untuk pengetahuan, adik (berbaju merah-terbaring) adalah abang, berumur 14tahun, he scored 4A 1B in his UPSR. Isn't that great? kita yg sihat belajar bagaimana???











"Jangan mengeluh hanya kerana tidak bersepatu sebelum melihat orang lain yang tidak berkaki"

Akmal Adanan
0127655165

3 comments:

sakura said...

ruginye tak pegi hari tu..baca tulisan ni pun dah sedih inikan pula attend and tengok sendiri..rasa bersyukur sangat dengan ape yang saya ade..

photocatiera said...

ira kalo ade mgkn akan berlakunya pertumpahan air mata.. :)

Zu Afiqah said...

sir, sedihnye...
cam nak nangis da...