Monday, May 23, 2011

UNTUNG ATAS ANGIN

Bukti kejadian ..abaikan jenama telefon mudah alih aku tu ...
heh heh hehhh.
bye

1. Pagi nie telekomunikasi aku terjejas teruk ...susah aku nak buat call2 penting antaranya say good morning to all my girlfriends, check turun naik stok saham di BSKL, berbual dengan client juta-juta dan tak kurang juga membuat pesanan sarapan pagi.

2. Ceritanya begini, last month bill telefon aku telah meningkat lebih baik iaitu berjumlah RM232.10. Tidak tahu sebabnya mengapa, aku hanya membayar sebanyak RM200.00 dengan harapan selebihnya aku bayar bulan seterusnya. Antara kata lain, aku perlukan lebih budget utk uruskan hobi baru aku. Tak sampai next month punya bill, dia dah sibuk mintak baki tu .... Percaya atau tidak, hanya kerana RM32.10, hari ni bil line aku kena tahan. Bagus tindakan syarikat ni, pantas membuat keputusan. Kalau bab line congested, service failure slow pulak tu ...die akan cakap "Haraf maaf, kami sedang cuba untuk membaiki masalah yang berlaku bla bla bla ...."

3. Sejurus selepas kejadian, aku pun top up no phone aku yang kedua. Aku terus membuat beberapa panggilan ..kebanyakannya panggilan tempatan sebab aku takde buat bisnes luar negara pun. Aku tak dapat dengar apa dia jawab ... conversation aku cuma "hello hello ...hello?" mengambil masa 9 saat sahaja. Sangat kagum kerana aku di charge 33sen untuk itu.

4. Adil ker syarikat ni sewenang-wenangnya mengambil duit kita? Pada sapa aku harus mengadu .... 33sen kalau 10 orang kena dalam 30 minit, bermaksud mereka dapat kutip RM3.30. Sejam mereka dapat 6.60. Kalau 24 jam bagaimana?

Hak kita sapa nak perjuangkan? Aku nak call pejabat Keadilan ....jaga!






Akmal Adanan
0137793993