Saturday, May 7, 2011

Masyarakat

070511 Rest awhile after 1st 10km ride. @Padang Kambing, Alor Gajah.
Today's distance were 32.6km.

1. Lama dah aku perhatikan, semasa aku duduk di Malaysia beberapa tahun nie, orang-orang kita (sebahagiannya) boleh dikatakan berfikiran tidak cool, berfikiran sempit atau dalam istilah saintifiknya busk hati.

2. Yang selalu aku nampak, bila 2-3 orang berkumpul di kedai kopi, tepi corridor, di bilik-bilik sukan mahupun di bawah jambatan, knp mereka ini suka berceritakan tentang keburukan sesorang? Sebab tu aku jarang duduk kat kerusi, aku dudul atas saddle beskal jer. Walau kadang2 bontot ni sakit aku tahankan jerr ...sbb ia lebih baik dari perbuatan itu kan.

3. Kalau kita perhatikan, ada juga golongan masyarakat kita yang suka sangat mengikut emosi ...tak pasal-pasal nak naik hangin, semalam elok, hari nie tiba-tiba masam muka, bila orang senyum dia pulak buat dunno je. Tapi bila dia dah elok, senang je dia datang kat kita buat macam biasa, apa ingat orang lain tak ada perasaan ker? Pergi settle la dengan emosi kamu tu dulu. Kalau ada masalah pun, jangan laa terbawa-bawa. Manusia yg bertamadun mcm Aku memang tak berapa minat nak tahu masalah kamu. Kalau kamu simpan don't expect people would be able to read what ever in your mind... and have to compromise with you all the time.

4. Ada juga jenis manusia yang straight tak tentu pasal. All the time kena follow the rules and regulation .. sometime, life would be more interesting if we tweak it a little bit right?...jadi org kena laa creative sikit, bukan serious 24/7.. Enjoy the life, bukan lama sangat pun kita boleh hidup. Tak payah nak lokek sangat. Ada juga yang selfish langsung tak boleh ganggu time mereka, tak boleh share whatever info he/she has.. Kan lebih elok kalau sesama kita saling bantu membantu satu sama lain. Kamu simpan ilmu2 tu bukan boleh dapat Doctorate pun.


Click HERE to watch the surprise

5. All those things triggered in my mind when I watched Oprah Whitrey Show few days ago. Seorang wanita berkulit hitam, bekerja sebagai jaga sekolah (kalau tak silap), dengan gaji yang kecil sanggup membelanjakan duitnya sendiri untuk membeli alatan persekolahan; sebagai hadiah kepada murid2 yang mendapat grade yang bagus, sbg motivasi utk mereka belajar dengan lebih rajin lg. Pada org yg kata 'biasalah tu' itulah sign hati yang busuk ...pada aku ianya extraordinary.

6. Perkara ni sampai ke pengetahuan Oprah. Denise (Perempuan yang sangat baik hati itu) dipanggil ke pentas spontaneously. Atas persetujuan, syarikat gergasi di US; Meijer menghadiahkan barangan sekolah sebanyak USD25,000 utk dihadiahkan kpd murid2, jdd denise tidak perlu menggunakan lagi duit poket sendiri untuk membeli semua hadiah kepada murid-murid berkenaan.

7. Denise menangis, penonton menangis, Aku pun menangis sebab gembira akan apa yg denise dapat. Tak payah die bersusah payah lagi selepas ini. Oleh kerana Denise tidak pernah buat apa2 utk dirinya sendiri, sanggup bekorban untuk orang lain, sanggup susah untuk orang lain, Meijer juga memberi Denise wang sebanyak USD25,000 ke dalam akaun banknya. She deserve the reward!

Bayangkan kalau berlaku dalam masyarakat kita? Mereka mungkin akan cakap, "alaaaa, semuanya dah dirancang" atau "alaa die mintak bantuan la tu .." What say you?

Aku suka tengok Oprah sebab dia selalu buat orang happy, orang yang tiada harapan diberi semangat, yang susah ditolong ...kenapa kita sebagai sebuah masyarakat tak boleh buat small part, buat orang sekeliling kita senang, and happy sepanjang masa. Ia sebenarnya mudah.

Fikirkanlah ...




"KITA TIDAK AKAN SUSAH UNTUK MEMBUAT ORANG LAIN GEMBIRA"


Akmal Adanan
0137793993
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: