Tuesday, May 17, 2011

Selamat Hari Guru 2011

Arwah Abah bersama rakan-rakan semasa belajar di Maktab Perguruan Kota Bharu, Kelantan 1978

1. Harap maaf, pembacaan kali ini mungkin agak stereotype ...hari ni 17.05.2011 semalam pulak 16.05.11 iaitu hari guru. Selamat hari Guru pada semua cikgu-cikgu aku (SKTS, SKPS, SMKDS, UiTM) secara formal dan tak formal sejak aku kecil sampai aku besar ...yang paling aku rindu adalah seorang cikgu ni yg mengajar aku ilmu fotografi dan kehidupan ...ayah aku ADANAN SELAMAT, semoga roh abah ditempatkan di kalangan orang beriman.

Keluarga Abah, semuanya telah pergi meninggalkan kami. Al-Fatihah

2. Hari ni aku berdiskusi panjang lebar tentang politik ...penat aku menghadap pc. Jemput baca + komen di SINI.

3. Banyak orang kata yang UMNO ni kafir, kesian juga org UMNO nie ..tp bila aku fikirkan, takda laa teruk sangat ...aku masih ingat dan sangat kagum dengan usaha ayah aku bersama rakan-rakan juga wakil2 di kawasan lain... arwah abah antara orang UMNO yang banyak melibatkan diri dalam cawangan tempat aku tinggal. Dari kecil lagi aku perhatikan Arwah pergi bermesyuarat tak henti-henti, menyiapkan banyak paperwork ...

4. Apa yang telah dilakukan? Arwah & AJK telah byk menyumbang memohon utk mendapatkan bangunan RT & komplek sukan utk mengadakan pelbagai acara bertujuan merapatkan silaturahim.. mendapatkan sekolah tadika utk memberi pendidikan, mendapatkan peruntukan utk kemudahan jalan yg baik, mendapatkan peruntukan utk pembinaan surau, lampu-lampu jalan, penubuhan RELA kawasan platun 77 dan banyak lagi. Orang parti lain pun guna kemudahan yang sama.

4. Mungkin semua tu tak nampak Islamnya seperti solat + puasa + sembahyang hajat etc, tp sedar atau tidak, bila masyarakat aman, anak-anak kita pandai, kampung kita terang pada waktu malam, cantik, bersih ... tidakkah kita senang hati... Benda-benda ni lah yang mungkin membuatkan kita berasa aman utk bersolat, senang pergi ke surau, kita berasa selamat waktu malam, mudah utk mencari nafkah, hidup bermasyarakat yang harmoni ...etc.

5. Aku tak rasa perkara ni bertentangan dengan ajaran Islam ...harap aku tak silap. Ramai juga org kata; "org UMNO masuk neraka". Nauzubillahminzalik ...Aku harap usaha-usaha murni ini diberi ganjaran. Aku tetap percaya syurga atau neraka adalah urusan Allah s.w.t. bukan ulamak ...






Akmal Adanan,
0137793993

No comments: