Tuesday, May 10, 2011

Selasa, 100511 dan Gula

Berbasikal baik untuk mengurangkan gula

1. Hari ni hari selasa. Tidak seperti hari-hari yang lain, hari ni diumumkan harga gula naik tak banyak cuma RM0.20 sahaja. Tapi seperti biasa, warong-warong dan kedai-kedai makan akan membuat penyusunan harga baru air minuman mereka juga berkuat kuasa serta merta.

2. Contohnya harga teh 'o' ais akan naik dari RM1.30 kepada RM1.40. Boleh sapa-sapa ahli ekonomi bagitau berapa ratio penggunaan gula dalam teh 'o' ais dan kenaikan RM0.20 bagi sekilo gula ini? Berapa keperluan kilo gula diperlukan dalam segelas air minuman berkenaan? Aku harap sangat penggerai semua sedar akan perkara ni ...

3. Aku juga berharap kedai-kedai mamak tidak sesekali cuba utk menaikkan harga teh tarik yang terbukti menggunakan susu dalam pembuatannya ..




Akmal Adanan
0137793993

2 comments:

mari mengundi said...

kat highway mane ni

AKMAL PHOTOGRAPHY said...

ni jalan biasa jer ...aku pojn tak tau kat mana, tiba2 keluar kat sini ekekeke