Wednesday, May 4, 2011

BCNC Jamboree Kampung Ride, Melaka 2011

___________________

Route Kampung Ride Jamboree 2011

Kayuhan menguji stamina dan kelasakan MTB sejauh 45+/-km bermula/ berakhir di Rumah Melaka, Bukit Katil meredah kampung, ladang, lembah dan bukit sekitar Hang Tuah Jaya. CABAR DIRI & MTB Anda!!! SAHUT CABARAN Kami!!! Sumber: http://kampungridemelaka.blogspot.com/



1. Baru-baru ni aku join BCNC JAMBOREE KAMPUNG RIDE 2011, MELAKA. Tak sangka, aku dapat habiskan track sejauh 45km jalan bukit, off road, tar, tanah merah macam-macam lagi lah. Beberapa makcik dan pakcik yang sedang menoreh berjaya aku sapa. Aku turut berkongsi perasaan yang sama yang mungkin difikirkan mereka. "Apa kejadahnye budak-budak ni naik basikal di kebun aku pagi buta nie?" Kalau nak ikut logik, bekas atlet macam aku ni memang tak ada masalah nak kayuh ..tp bukit byk jugak, seriously penat.

2. Aku habiskan track hari berkenaan genap 4 jam.. bertungkus lumus aku kayuh laju-laju, naik bukit, jalan yg licin, jugak kadangkala menolak basikal, panas pulak tu... rehat pun kejap-kejap jer. Tak buang masa. Kira aku memang aim masa terbaik la. Aku bertolak 830am abis 1230pm. Pencapaian yang pada aku sgt bagus! Aku dikalungkan medal tanda berjaya menamatkan semua checkpoints. Sampai masa penyampaian hadiah, mc announce tempat pertama kategori lelaki mencatat masa 1.12 jam sahaja!! Aku tergamam ...

3. Manusia ke ape beliau itu? aku masih tidak percaya ...



Aku rasa team kami sahaja (walaupun berpotensi kalah sejak awal) yang mempunyai jurugambar peribadi pada event tersebut. Gambar belum dapat, so aku akan upload kemudian. Terima kasih. Thanks Ariff + Anwar + Akak yg sudi berkayuh bersama ...




Akmal Adanan
0137793993

7 comments:

Unknown said...

Tahniah pada saudara akmal. Kami dari Kelab berbasikal UKM amat berbangga dengan saudara. Kerana group kami pun first time join jamboree so best memang best. Saya dapat menghabiskan track ni dalam 2jam 38 minit no 296, first time masuk jamboree. Apa pun rangking x memainkan peranan penting bagi saya yang penting happy dan beriadah. Sekali lagi Tahniah buat saudara Akmal

Ariff Ali said...

Penat juga aku tunggu kau... Aku awal le sikit... 11 lebih dah sampai, dah siap makan baru korang muncul.... Pengalaman yang tidak dpt dijual beli

AKMAL PHOTOGRAPHY said...

Mohd Faisal,

Tq sebab sudi singgah my blog. Yess, saya pun sama macam kamu. Kami sama2 kayuh for leisure and fun ..mmg seronok. Tahniah juga dpt finish awal. Saya seronok menolong kawan2 menyeberang parit, ade yg jatuh ada yang tolak basikal sama2 ...satu pengalaman yang sangat berbaloi.

Ariff,
Yess boss, ape pun thanks sbb sudi ajak saya join aktiviti ni..mmg sgt best!! best! best!

tsubasa said...

waa.. seronok bace pengalaman ko mal. ko ada terjumpa ngn abg aku tak. dia pun ada join xtvt ni. dia dapat helmet ngn medal. ranking dalam 100++. catatan masa tu aku xtanya la plak. hehee..

aku dulu baru² try naik bukit turun bukit dalam 25 km pun da krem kaki, ko boleh abis track 45km tu kira teror laa.. tahniah!

AKMAL PHOTOGRAPHY said...

Din, Xterserempak pulak ....pasal ramai sgt org kan ..terer abg ko yer dpt 100++ aku rasa aku nie no 700+kot ekekeke ..ape pon sebab fun and sama2 kayuh dgn kawan. tu yg buat kita seronok tu ...

MIE said...

Salam...

Mal...ingat aku lagi tak.

Aku pun ade basikal...tapi sekarangni takde member nak kayuh sgt...

Aku dah mengajar kat Kuala Pilah sekarangni...

Leh join group ko pasni...ape2hal leh contact kalau ade TT kat mana2...

AKMAL PHOTOGRAPHY said...

Salam,

Puas aku dok mengingat ...Mie yg mana satu nie?
Sygnye ko dh pindah, kiteorg baru je nak launch new bicycle club in uitm melaka nie ...pape pun all the best di pilah ...dtg sini jgn lupa bgtau, aku belanja minum