Tuesday, May 17, 2011

Kecewa

1. Lima tahun dulu, aku kurus dapat rasakan aku kurus.. sekarang, entah laa. Aku pun tak tahu sapa yang salah dalam keadaan nie. Dari berat aku 60++ skrg ntah berapa aku malas nak timbang. Aku takut diri sendiri kecewa. Kalau aku dah berkawen mmg isteri aku lah yg pertama sekali aku salahkan, sebab masak sedap-sedap hari-hari. Ahahaa pandai ker masak sedap-sedap tuu?


Kayuhan Wesak day (17.05.2011) bersama Ariff + Anuar + Afif
(UiTM Alor Gajah - Masjid Tanah -Pengkalan Balak - Tanjung Bidara - UiTM Alor Gajah)

2. Seperti biasa, sebagai insan yang mulia, aku berfikiran terus ke hadapan, tidak mahu menyalahkan sesiapa walau diri aku sendiri. Sekarang aku berbasikal. Bukan calang-calang kayuh, sekali outing mesti 40km ++ peluh dan keringat yg terbakar memang selalunya aku tak perlu cerita di mana-mana, semua tahu.. malangnya, bila perut lapar, makan pun banyak ..ekekeke abes semuanya.

3. Baru-baru ni ada sorang kawan nak join kayuh team elite kami di sini...


4. Jadi pada sesiapa yg berminat nak join, aku alu-alukan. Setakat ni ada 2-3 orang dari 5 orang team kami yg masih obes dan tak tau bila nak kurus (termasuk aku). Jangan malu-malu untuk hantar borang keahlian :)

Hangi, jgn marah aku gurau jer :)





Akmal Adanan
0137793993





Selamat Hari Guru 2011

Arwah Abah bersama rakan-rakan semasa belajar di Maktab Perguruan Kota Bharu, Kelantan 1978

1. Harap maaf, pembacaan kali ini mungkin agak stereotype ...hari ni 17.05.2011 semalam pulak 16.05.11 iaitu hari guru. Selamat hari Guru pada semua cikgu-cikgu aku (SKTS, SKPS, SMKDS, UiTM) secara formal dan tak formal sejak aku kecil sampai aku besar ...yang paling aku rindu adalah seorang cikgu ni yg mengajar aku ilmu fotografi dan kehidupan ...ayah aku ADANAN SELAMAT, semoga roh abah ditempatkan di kalangan orang beriman.

Keluarga Abah, semuanya telah pergi meninggalkan kami. Al-Fatihah

2. Hari ni aku berdiskusi panjang lebar tentang politik ...penat aku menghadap pc. Jemput baca + komen di SINI.

3. Banyak orang kata yang UMNO ni kafir, kesian juga org UMNO nie ..tp bila aku fikirkan, takda laa teruk sangat ...aku masih ingat dan sangat kagum dengan usaha ayah aku bersama rakan-rakan juga wakil2 di kawasan lain... arwah abah antara orang UMNO yang banyak melibatkan diri dalam cawangan tempat aku tinggal. Dari kecil lagi aku perhatikan Arwah pergi bermesyuarat tak henti-henti, menyiapkan banyak paperwork ...

4. Apa yang telah dilakukan? Arwah & AJK telah byk menyumbang memohon utk mendapatkan bangunan RT & komplek sukan utk mengadakan pelbagai acara bertujuan merapatkan silaturahim.. mendapatkan sekolah tadika utk memberi pendidikan, mendapatkan peruntukan utk kemudahan jalan yg baik, mendapatkan peruntukan utk pembinaan surau, lampu-lampu jalan, penubuhan RELA kawasan platun 77 dan banyak lagi. Orang parti lain pun guna kemudahan yang sama.

4. Mungkin semua tu tak nampak Islamnya seperti solat + puasa + sembahyang hajat etc, tp sedar atau tidak, bila masyarakat aman, anak-anak kita pandai, kampung kita terang pada waktu malam, cantik, bersih ... tidakkah kita senang hati... Benda-benda ni lah yang mungkin membuatkan kita berasa aman utk bersolat, senang pergi ke surau, kita berasa selamat waktu malam, mudah utk mencari nafkah, hidup bermasyarakat yang harmoni ...etc.

5. Aku tak rasa perkara ni bertentangan dengan ajaran Islam ...harap aku tak silap. Ramai juga org kata; "org UMNO masuk neraka". Nauzubillahminzalik ...Aku harap usaha-usaha murni ini diberi ganjaran. Aku tetap percaya syurga atau neraka adalah urusan Allah s.w.t. bukan ulamak ...






Akmal Adanan,
0137793993

Tuesday, May 10, 2011

Selasa, 100511 dan Gula

Berbasikal baik untuk mengurangkan gula

1. Hari ni hari selasa. Tidak seperti hari-hari yang lain, hari ni diumumkan harga gula naik tak banyak cuma RM0.20 sahaja. Tapi seperti biasa, warong-warong dan kedai-kedai makan akan membuat penyusunan harga baru air minuman mereka juga berkuat kuasa serta merta.

2. Contohnya harga teh 'o' ais akan naik dari RM1.30 kepada RM1.40. Boleh sapa-sapa ahli ekonomi bagitau berapa ratio penggunaan gula dalam teh 'o' ais dan kenaikan RM0.20 bagi sekilo gula ini? Berapa keperluan kilo gula diperlukan dalam segelas air minuman berkenaan? Aku harap sangat penggerai semua sedar akan perkara ni ...

3. Aku juga berharap kedai-kedai mamak tidak sesekali cuba utk menaikkan harga teh tarik yang terbukti menggunakan susu dalam pembuatannya ..




Akmal Adanan
0137793993

Merokok dan persekitaran

Gambar hiasan

1. Minggu lepas atau lebih tepat lagi hari Sabtu; waktu malam pulak tu aku ke JB atas urusan peribadi. Selepas lebih kurang 3 jam drive aku sampai JB dengan perut yang lapar. Malam itu juga aku try makan kat bistro yg agak terkenal di selatan tanah air melayu nie ..'*** *** *****' lebih kurang lah namanya. Aku makan chicken chop dengan hanya membayar RM5.00. Murah akan tetapi sedap! Sebagai seorang customer yang berpengalaman dalam bab makan-makan nie, aku yakin aku sangat puas hati.

2. Aku perhatikan, ramai muda mudi kota melempiaskan diri mereka di bistro ni sambil mencuba masakan western ...Sayang, makan jer makanan western, tapi perangai macam orang tak berpelajaran.

3. Gua rasa macam nak terajang je kerusi mamat-mamat yang hisap rokok kat sebelah dua belah meja gua ni ..tapi jauh dii sudut hati gua, gua tak mau rosakkan perniagaan orang lain. Kan dah namanya tempat public - ramai budak-budak kecik, orang-orang tua kat sebelah tu, asap rokok ko tu ko ingat sedap sangat ke nak suruh gua sedut?? Orang lain pun hisap rokok juga ...rasanya tak perlu nak tunjuk sangat kebodohan yang ada.


Sekian ...

Disclaimer:
*Aku guna perkataan "Gua" sebab dalam mood marah
*Aku harap penghisap rokok yang lain tak kecik hati





Akmal Adanan
0137793993

Saturday, May 7, 2011

Masyarakat

070511 Rest awhile after 1st 10km ride. @Padang Kambing, Alor Gajah.
Today's distance were 32.6km.

1. Lama dah aku perhatikan, semasa aku duduk di Malaysia beberapa tahun nie, orang-orang kita (sebahagiannya) boleh dikatakan berfikiran tidak cool, berfikiran sempit atau dalam istilah saintifiknya busk hati.

2. Yang selalu aku nampak, bila 2-3 orang berkumpul di kedai kopi, tepi corridor, di bilik-bilik sukan mahupun di bawah jambatan, knp mereka ini suka berceritakan tentang keburukan sesorang? Sebab tu aku jarang duduk kat kerusi, aku dudul atas saddle beskal jer. Walau kadang2 bontot ni sakit aku tahankan jerr ...sbb ia lebih baik dari perbuatan itu kan.

3. Kalau kita perhatikan, ada juga golongan masyarakat kita yang suka sangat mengikut emosi ...tak pasal-pasal nak naik hangin, semalam elok, hari nie tiba-tiba masam muka, bila orang senyum dia pulak buat dunno je. Tapi bila dia dah elok, senang je dia datang kat kita buat macam biasa, apa ingat orang lain tak ada perasaan ker? Pergi settle la dengan emosi kamu tu dulu. Kalau ada masalah pun, jangan laa terbawa-bawa. Manusia yg bertamadun mcm Aku memang tak berapa minat nak tahu masalah kamu. Kalau kamu simpan don't expect people would be able to read what ever in your mind... and have to compromise with you all the time.

4. Ada juga jenis manusia yang straight tak tentu pasal. All the time kena follow the rules and regulation .. sometime, life would be more interesting if we tweak it a little bit right?...jadi org kena laa creative sikit, bukan serious 24/7.. Enjoy the life, bukan lama sangat pun kita boleh hidup. Tak payah nak lokek sangat. Ada juga yang selfish langsung tak boleh ganggu time mereka, tak boleh share whatever info he/she has.. Kan lebih elok kalau sesama kita saling bantu membantu satu sama lain. Kamu simpan ilmu2 tu bukan boleh dapat Doctorate pun.


Click HERE to watch the surprise

5. All those things triggered in my mind when I watched Oprah Whitrey Show few days ago. Seorang wanita berkulit hitam, bekerja sebagai jaga sekolah (kalau tak silap), dengan gaji yang kecil sanggup membelanjakan duitnya sendiri untuk membeli alatan persekolahan; sebagai hadiah kepada murid2 yang mendapat grade yang bagus, sbg motivasi utk mereka belajar dengan lebih rajin lg. Pada org yg kata 'biasalah tu' itulah sign hati yang busuk ...pada aku ianya extraordinary.

6. Perkara ni sampai ke pengetahuan Oprah. Denise (Perempuan yang sangat baik hati itu) dipanggil ke pentas spontaneously. Atas persetujuan, syarikat gergasi di US; Meijer menghadiahkan barangan sekolah sebanyak USD25,000 utk dihadiahkan kpd murid2, jdd denise tidak perlu menggunakan lagi duit poket sendiri untuk membeli semua hadiah kepada murid-murid berkenaan.

7. Denise menangis, penonton menangis, Aku pun menangis sebab gembira akan apa yg denise dapat. Tak payah die bersusah payah lagi selepas ini. Oleh kerana Denise tidak pernah buat apa2 utk dirinya sendiri, sanggup bekorban untuk orang lain, sanggup susah untuk orang lain, Meijer juga memberi Denise wang sebanyak USD25,000 ke dalam akaun banknya. She deserve the reward!

Bayangkan kalau berlaku dalam masyarakat kita? Mereka mungkin akan cakap, "alaaaa, semuanya dah dirancang" atau "alaa die mintak bantuan la tu .." What say you?

Aku suka tengok Oprah sebab dia selalu buat orang happy, orang yang tiada harapan diberi semangat, yang susah ditolong ...kenapa kita sebagai sebuah masyarakat tak boleh buat small part, buat orang sekeliling kita senang, and happy sepanjang masa. Ia sebenarnya mudah.

Fikirkanlah ...




"KITA TIDAK AKAN SUSAH UNTUK MEMBUAT ORANG LAIN GEMBIRA"


Akmal Adanan
0137793993
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.