Tuesday, June 1, 2010

Pementasan Theater Imam Al-Bukhari




1. Alhamdulillah, pertama kali aku ingin mengucapkan terima kasih pada cikgu aku, Ezreen kerana sudi menjemput aku untuk shoot theater Imam Al-Bukhari, Perawi Hadith Soheh, dan juga kawan-kawan media yang lain Aizec, Hisyam dan Din. Jugak diserikan dengan dua orang wakil media mana ntah Mas & Jee. Pengalaman shoot theater malam tu adalah sangat tidak ternilai.

2. Theater ini mengisahkan perjuangan seorang perawi hadith Nabi Muhammad s.a.w, di mana banyak tentangan dari orang-orang kampung itu sendiri, juga daripada raja dan pemerintah. Walaupun diseksa dan terpaksa menempuh cabaran yang sangat besar, namun beliau tetap istiqomah memperjuangkan dan mempertahankan hadith-hadith tersebut. Malangnya, Bukhari tidak sempat menghabiskan keseluruhan hadith-hadith soheh tersebut. Di penghujung hayatnya, beliau menyerahkan semua hadith kepada rakan baiknya yang sangat dipercayai, Muslim agar dapat disebarkan kepada semua umat manusia. Dari situlah kita berpeluang mengetahui sunnah & hadith Rasullullah dari usaha Al-Bukhari & Muslim.

3. Pengalaman shoot theater ni adalah antara yang pertama kali bagi aku. Lama nak masuk Istana budaya dulu, tapi maih belum berkesempatan. Mungkin lepas ni aku akan join mana-mana media, photography team yang akan shoot theater sebab memang menyeronokkan!! Okey, mari lihat beberapa keping gambar yang sempat aku shoot tempoh hari.




4. Setelah puas shoot, makan kuih, makan mee rebus Johor, dan pelbagai lagi aktiviti, kami sambung TT di kedai TNB, betul-betul depan Persada Johor. Transfer semua gambar-gambar utk delivery kepada crew pementasan etc. Aku pun tak tahu, tangok si ezreen makan aku naik selera. Malam tu aku makan nasi putih lauk kicap jer, yang bestnya ...ade petai and beberapa cili padi yang mengancam keselamatan! memang berapi dan menyelerakan.

Koleksi Theater Imam Al-Bukhari ada aku sediakan di SINI.





Akmal Adanan,
0127655165

3 comments:

bingkai said...

terbaik mal..nice series

aj3k said...

mal, aku kecewa ngan ko.takde credit utk aku sbb aku banje nasi petai ko tu

AKMAL PHOTOGRAPHY said...

Bingkai ....tq baru sempat baca eheheheh

Ajek, aku ucap terima kasih atas nasi petai 2tahun ++ yg lepas ekekkekeee