Tuesday, June 22, 2010

#1 Self Project

A collection of rainbow slippers sell at the Jonker Street, Melaka, Malaysia. Picture taken on June 6, 2010.

1. Hari ni aku rasa sangat efektif. Sejak bangun pagi tadi, aku siapkan banyak perkara yang aku tangguhkan dulu. Alhamdulillah bagus laaa kan. Malam nie aku layan je kepala kat bilik baru aku kat belakang nie. Sebab bilik aku yang tengah tu panas sangat, ventilation sangat teruk. Dalam nak buat kerja cari-cari gambar lama tu aku terfikir satu lagi idea yang pada pandangan aku sangat bernas. Idea aku memang laa selalunya bernas. ekekekee ....cuma aku ni kadang-kadang terlalu banyak idea end up satu pun aku tak dapat accomplish dan tersangkut di tengah jalan.

2. Ada satu cara, adalah dengan share dengan kamu semua dalam blog ni. target aku, aku akan cuba share at least sekeping gambar dalam 2 hari. Itu adalah target aku masa tak berapa busy nie. Tengoklah, kalau aku busy nanti, ingat-ingatkan laa aku balik k.

3. Sebenarnya lama dah aku terfikir, aku rindu masa-masa aku jadi full time photographer dulu. Semalam yus ym, die pon ajak aku aktif balik. Betul juga kan, bila aku kenang kembali masa dulu... sangat seronok, travel sana sini, semua ditanggung, aku dapat pengalaman, jumpa ramai kawan baru, dan yang paling best dari segi financial agak stable. Aku boleh beli apa yang aku mahu. Tapi sekarang aku terpaksa slow sikit sesi photography yang aku dapat. Maybe aku hanya akan terima few job yang betul-betul aku boleh commit sahaja. Insyaallah, Aku yakin aku boleh lakukannya.

4. Okey, masa untuk tidur... aku ada series and series of bengkel need to attend tomorrow. Percaya atau tidak, esok aku akan attend 2 bengkel pada hari dan masa yang sama. Kata koordinator aku, nanti aku boleh lari ke bengkel yang satu nie, then lari ke bengkel lagi satu pulak. Aku cuba memahami kedua-dua bengkel nie esok. Kalau aku rasa pening kepala nak fahamkan, aku minta maaf kepada kamu semua, aku hanya manusia biasa ... =(

* Aku sangat berduka cita, pasukan yang aku harapkan bersinar dalam world cup 2010 ni, dihantar pulang oleh Portugal dengan 7-0. Sungguh aku tak sangka, malam ni bukan malam untuk Korea Utara. Apa pun aku sangat berbangga, negara yang tertutup ini boleh masuk ke top 32, dan memberi saingan. Tahniahh!!!






Akmal Adanan,
0127655165

5 comments:

Chaireel Azizee Mohamed @ Ayub said...

pergh...aku teringin nk join bro berphotoq bro...boleh ke?..

cik pink said...

cantik....suke2..

AKMAL PHOTOGRAPHY said...

khairi, hehee dtg le melaka sini ...
aku tunggu

cik pink, thanks thanks ....
nanti beli selipa byk2 k
lawa colorful

Chaireel Azizee Mohamed @ Ayub said...

haha..aku mesti akan dtg melaka sana dan menuntut ilmu dengan bro...hehe...

Acaii said...

rindulah kat ko kemal,kekeke..samalah, akupun sokong korea utara..:(