Monday, May 24, 2010

Product Launching - SIMPLYSITI by Siti

Dato' Siti Nurhaliza delivering a song on the launching of her new beauty product, Simplysiti recently at Jaya Jusco, Melaka.

1. Untuk pengetahuan semua, aku juga mcm kawan-kawan yang lain merupakan peminat Dato' Siti Nurhaliza. Aku rasa aku masih ingat masa Siti menyanyi dalam Bintang RTM, masa tu aku sekolah lagi. Dalam hati aku catik juga Siti nie, dah laa cantik suara sedap, mesti boleh pergi jauh dalam industri muzik nie. Sekarang Siti adalah icon, dan juga diva. Lama dah masa berlalu, begitulah lama nya aku meminati Siti. Tapi, yang menghairankan, aku tak pernah jumpe Siti walau sekali pun. Jumpa dalam televisyen banyak kali laahh.

2. So, semalam 23.05.2010, aku dapat tahu yang Siti akan datang ke Melaka untuk launch produk kecantikan terbarunya, Simplysiti. Cepat-cepat aku siapkan kerja yang mana sempat supaya aku sempat ke Melaka untuk shoot Siti di atas pentas. At the same time, aku pun dah lama tak pegang kamera aku nie. Takut-takut lupa mana butang aperture, speed etc. So aku pun datang sambil jumpa Siti sambil berlatih photography.

3. Ramai betul peminat Siti petang semalam. Memang baik sungguh sambutan. Sampai aku pun hampir terbeli produk Simplysiti... tp Xjadi sebab yang aku tau produk nie untuk perempuan sahaja. Siti menyanyikan 4-5 buah lagu secara solo dan berduet dengan peminat. Tak sangka ada juga peminat lelaki yang hafal lagu Siti & Kiris Dayanti. Aku nak try hafalkan lagu Bisikan Asmara pun tak dapat-dapat lagi. Tak pe lah, malam nanti aku cuba hafalkan, mana tau jumpe Siti kali kedua aku boleh try nyanyi kat atas pentas bersama nanti.

4. Penat jugak amek gambar semalam. Akibatnya aku pun makan 2 kentang jepun (croket) dan 2 drumstick. Apalahh masalah aku kuat makan sekarang ni. Ehh ape story pulak aku masukkan nie. Okey, kepada semua adik-adik, akak-akak, makcik-makcik, boleh laa cuba produk Simplysiti ni. Sebab apa, aku tengok ramai yang berpuas hati. Dari yang dulu habiskan masa bersolek 1jam sebelum keluar, dengar cerita sekarang tidak lagi. Dalam 15-20 minutes isteri tuan-tuan mungkin sudah terpacak di tempat duduk kereta.

5. Okey, kesempatan nie aku juga ingin mengucapkan terima kasih kepada team Simplysiti sebab bagi aku full access dalam event semalam. Thanks a lot Rita !! ok will follow u up when the pictures is ready. Good event, successfully done, semua happy =) ...

Gambar-gambar lain, sila view di SINI.



Akmal Adanan,
0127655165

3 comments:

gtrunited said...

wahhh gambo kak lut pun ada ngan ct...

rahmat said...

manisssss......pengalaman manis sure akmal senyum memanjang sepanjang event running!!

prince_ahakz said...

tHaNKz aKmaL...
u DiD a Good JoB!
i LovE d PictuRES....
;)