Monday, May 3, 2010

Bila Tiba Masanya

Gambar di halaman rumah arwahyarhamah di Tangkak, Johor

1. Semalam, 2hb Mei 2010, aku kehilangan seorang makcik. Ayah aku sgt rapat dengan arwah akaknya. Panggilan telefon pagi Ahad itu betul-betul membuatkan kami terdiam sejenak. Mengapa begitu cepat? arwah baru berusia 55 tahun dan telah pergi meninggalkan semua. Bagaimana kita datang ke bumi, di situ lah kita akan kembali. clcik SINI.

2. Pengajarannya sgt besar apabila aku pergi melawat arwah semalam. Pertama kali dalam hidup aku, pengalaman bersama-sama mengangkat jenazah. SEJUK .... itulah apa yang aku rasa. Rasanya sangat aneh. Ntahlah, susah utk aku gambarkan perasaan itu dengan kata-kata. Rasa sangat insaf, aman dan mendamaikan. Mungkin itu adalah suasananya bagi mereka yang telah pergi.

3. Seminggu yang lepas, lebih tepat lagi Sabtu, 24hb April 2010 aku ada melawat arwah. Aku tidur di rumahnya, makan masakkannya malam tu, dan juga sarapan pagi. Tidak ku sangka itu adalah kali yang terakhir. Bila aku fikir, memang aku ada perasan sesuatu yang aneh pada tingkah lakunya hari itu. Tapi masa tu aku tak tahu kenapa. Arwah ada juga berbual dan bertanya pada aku, "Mal ko bila nak kahwin?" aku hanya tersenyum ...masih teringat perbualan aku dengan arwah malam tu.

4. Pada hari pengebumian semalam, seorang lagi mak cik aku beritahu, arwah ada berkata padanya "Mal datang semalam, sempat juga rasa duit gaji pertama dia" ...bukan pasal duit, ntah masa tu memang aku terasa hendak memberi sedikit cenderamata sebagai membalas jasa arwah pada aku. Alhamdulillah, walau sedikit, aku lakukan juga sebagai anak saudara. Apa pun aku tetap bersyukur diberi peluang berjumpa dengannya. Sebab lama dah aku tak pulang ke kampung dan berjumpa saudara mara.

5. Sedih betul aku rasa ....bila masanya telah tiba, tiada siapa yg akan dapat menghalangnya ...

6. Kepada cousin aku, Abg Nizam, Abg Kamal, Kamariah & Hafiz.. bykkan bersabar k. Arwah ibu telah banyak berkorban membesarkan kamu semua setelah ayah meninggalkan mereka ketika mereka kecil lagi. Masa tu Abg Nizam mungkin berumur 8 /9 tahun. Mungkin telah tiba masanya arwah ibu bertemu dgn arwah ayah dan bersemadi dengan aman.


Al-fatihah ...





Akmal Adanan,
0127655165

1 comment:

sakura said...

banyak kan bersabar ye encik akmal sesungguhnye yg hidup tu akan mati dan kita harus terima dengan reda.