Dah lebih 40hari abah pergi tinggalkan kami. Sabtu lepas kita semua buat kenduri tahlil utk abah. Sekejap betul masa berlalu. Kadang-kadang bila scroll down phone book hp Mal ni ternampak phone number abah, teringat macam nak call and tanya kabar abah je. Tp abah dah tak ada.. dah tak boleh dengar suara abah lagi. Lagi-lagi masa puasa ni, dan hari raya yang semakin dekat, perasaan rindu tu makin lama makin kuat...
Mal masih ingat masa kecik-kecik dulu, abah selalu bawak mal naik moto, pegi masjid kat simpang tiga dekat-dekat rumah kita utk sembahyang terawih sama. Nanti abah ambilkan mal kuih-kuih dan air teh panas utk Mal minum. Mal tanya org lain tak minum lagi, tengah sembahyang... mcm mana Mal nak minum, Abah kata, tak pe, minum je, Abah kenal orang yang jaga air ni. Budak kecik tak pe takde orang marah.. Concern betul Abah kat Mal ...
Lepas je sembahyang terawih, abah selalu bawa Mal jalan-jalan pegi pasar, tengok-tengok baju, kasut utk hari raya. Masa tu mmg best betul, nak apa pun abah akan belikan. Ingat lagi satu hari lepas sembahyang terawih tu, abah nak beli barang dapur.. Mal nampak satu alat permainan - Van warna hijau, cantik. Memang teringin sangat nak beli and main kat rumah.. Tp Abah kata kan dah ada byk mainan kat rumah tu. Tak payah laa beli k... Budak kecik mmg selalu harapkan apa yg dihajati dituruti. Mungkin tak sampai hati... Abah pun mengalah, dia belikan tanpa banyak soal.
Abah,
Bila dah besar... Mal minta izin utk dptkan hp dengan nombor sekali. Masa tu nak beli nombor pon harganya RM200.00. Abah kata takpe, senang ada hp bila Mal belajar jauh-jauh. Abah temankan Mal pergi Batu Pahat. Mal ni cerewet sikit, tak tahu nak pilih nombor mana. At last abah pilihkan Mal nombor 0127655161. Ok. Then kiteorg pon balik. Sampai suku jalan, Mal tukar fikiran.. nak tukar nombor lain. Abah sikit pun tak marah, die cuma tanya, betul ko nak tukar Mal? klu betul Abah buat U-turn skrg. Sanggup Abah pusing balik layan kerenah Mal ...Mal ingat lg ...dan sampai sekarang Mal pakai no ni 0127655165.
Bila di Universiti, Mal ckp ngan Abah, Mal teringin nak ada moto sendiri. Abah kata abah tak cukup duit la Mal... adik-adik suma nak pakai duit... yang Abah ade sikit je. Tp Mal insist nak juga. Then, abah kata Xpe, nanti abah try pujuk mak tolong k. Mal doa je byk-byk. Selang few days mak bagi green light. Mal dapat motor baru. Alangkah bahagianya masa tu. Bila mal besar lagi sikit, Mal nak beli kereta. Mal ckp kat abah. Abah, carikkan kereta utk Mal. Abah pun relax je... sehari ke sehari, Mal dgn Abah meronda seluruh bandar Batu Pahat cari kereta. Berbulan bulan kita sama-sama keluar cari kereta. Mal ingat lagi, berbelas biji kereta kita test.. Abah tak merungut pun. Walaupun Abah penat balik dari sekolah, Abah tetap layan Mal carik kereta tu sampai dapat ...kesian Abah.
Abah ...
Itu baru sikit pengorbanan Abah dalam hidup Mal. Ya Allah ...Pengorbanan Abah & Mak utk Mal memang tak terbalas. Duit, penat & lelah utk Mal semua Mak Abah turuti. Sayang sangat... bila aku dah besar, aku tak sempat nak balas jasa baik Abah. A few time hp Abah rosak, tp, Mal tak pernah ada initiative nak belikan yang baru utk Abah. Bila apa-apa Mal cuma selalu call Mak je ..and just kirim salam kat Abah. Apa ntah perasaan Abah masa tu. Mal jarang belikan Abah makanan kegemaran Abah sbb Mal selalu berada jauh dari rumah... Mal jarang balik kampung. Mal tak pernah ambil tahu apa yang Abah nak sepanjang Mal berada di perantauan. Mal jarang belikan Mak & Abah hadiah ....Mal jarang dapat hantar Abah pergi hospital buat regular check. Semua yang Abah buat pada Mal, memang jarang Mal dapat balas... Apalah nasib abah ...
Abah, masa kita semua hantar Ami belajar di Kedah, Mal bangga sangat sempat potong kuku kaki abah. Mal sempat bersihkan kaki Abah... Mal belikan Abah air dan makanan sbb abah tak boleh jalan makan sama-sama kitaorg. Seksa sungguh abah masa tu. Sepanjang perjalanan dr Johor - Kedah abah jarang keluar. Abah kuat, sikit pun abah tak mengadu. Masa-masa akhir Mal dengan Abah, Mal sempat uruskan Abah di hospital. Mal ingat semua niat Abah utk belikan laptop & kamera utk Ami. Duit claim Abah mak dah dapat. Lepas raya ni Mal pastikan niat Abah tu ditunaikan. Alhamdulillah, Mal dapat teman abah dalam ambulance masa hospital transfer abah ke ICU Muar. Mal juga teman Abah setiap hari di sana ....sampai Abah pergi buat selama-lamanya...
Abah, semalam Abah datang dalam mimpi Mal lagi sekali ...Mal rasa mal dapat tahu apa Abah nak sampaikan malam semalam. Nanti Mal tanya Mak berkenaan ni ...
Selamat Hari Raya Abah ...
Akmal Adanan
01276556165
12 comments:
be strong friend...
Allah Maha Penyayang...
sungguh tersentuh mal..
and aku boleh katakan byk entries ko yg telah membuka sedikit banyak mata aku dan pandangan tentang pengorbanan ibubapa kita selama ni.
terima kasih :)
*salam akhir ramadhan mal..
sincerely yours,
AG
p.s- we shud be together too.. (oppss.. aku tiru surat stan to emninem... haha!!) cheers bro!
Salam, Mal!. Takziah. Sy pun tersentuh jgk bila baca blog ni. Terasa mcm nak balik kg skrg jgk utk tengok ayah sy. Pengorbanan seorang ayah memang terlalu banyak tp kita biasanya rapat dgn ibu sbb ayah jarang dapat luahkan apa yg terbuku dalam hati dia dengan cara terus (kata2 dsb). Kdg2 cuma dgn tingkah laku. Apapun, banyakkanlah sedekah Al-Fatihah & doa utk dia. Semoga, Mal n cikgu Tusiah sekeluarga tabah esp pd masa2 awal ketiadaan arwah cikgu Adnan mcm skrg.
tengs sharing mal.. aneps omar
tengs sharing mal
ko betul2 buat aku sedih mal.. dulu mase ayah aku baru2 meninggal, camni lah ape yg aku rase.. semoga ko tabah selalu...
haih..tul la mal..dulu zaman2 topup jenis yg skali topup RM100, tiap2 minggu minta, dapat je..skang ni nk bg duit monthly kat parents pun berkira2.. =.=
Zenn, Azizil, Ag, Shahril, Hanif dan semua.. thanks for the response.. Ya Ayah aku dah tiada di muka bumi ni.
Thats y aku sharing benda ni supaya kehilangan ayah aku memberi sesuatu yg bergua kepada org lain ...Supaya kita lebih memahami hati dan perasaan seorang ayah & ibu ...
Semoga Arwah tenang di sana ...
Abg.sgt sdey..tkziah wt fmly abg..ope abg tbh n sbr..ALFATIHAH..
Salam. thanks 4 sharing mal. luahan ko ni membuatkan aku tersentuh. semoga ko sekeluarga terus tabah. ko tak keseorangan mal, InsyaAllah member² family pasti ada di saat ko memerlukan. semoga Arwah tenang di sana. AlFatihah..
Salam Sir,
Bit sad when i reading this post and now terasa aku agak jauh dari bapak aku sendiri..
Mungkin dia kerana dunia dia, dan aku ngan dunia aku, but bila nanti ayah aku tak de, aku tak tahu cam ne keadaan aku masa tu..
thanx sir shared your story.. your feeling.. salam
yours
SH
"Apabila mati seseorang anak adam, terputuslah segala amalannya melainkan 3 perkara ; Sedekah Jariah, Ilmu Yang Bermanfaat dan Doa Anak Yang Soleh " ..........Yang antara amalan itu ialah DOA ANAK YANG SOLEH...
lakukanlah tanggung jawab yg sepatutnya sebagai seorang anak....
salam ramadhan and salam aidilfitri..
Post a Comment