Monday, September 20, 2010

Selamat Hari Raya 2010... Tamat


Picture of Me.. taken at Permas Jaya J.B. on the Sep 14/2010

1. Pada satu malam yang sunyi... sambil aku duduk di atas kerusi IKEA putih yang empuk, menghadap laptop aku yang telah usang, aku terus berfikir. Mula-mula secara separa sedar.. dan tidak lama selepas itu... aku mula berimaginasi. Aku teringat zaman aku kanak-kanak dulu. Seronoknya bermain bunga api dengan ubat nyamuk cap FUMAKILA. Seronoknya memandu basikal ke kampung-kampung mengumpulkan duit raya sambil berhenti sekali dua untuk betulkan rantai beskal aku yg longgar dan selalu terlepas.. abes hitam tangan aku...Seronoknya dapat RM0.50 bila raya rumah orang kaya! walhal selalunya aku cuma dapat RM0.20 jer ...

2. Setengah jam kemudian.. aku teruskan fikiran tadi dengan lebih kritis dan saksama (macam tak berkaita je). Disusuli dengan cara berfikir lebih mendalam yang agak panjang. Sangat serious aku memikirkan perkara ni. Lama sungguh aku berfikir, sehinggkan air kopi yang aku bancuh tadi menjadi sejuk, televisyen pun dah tidak mempunyai siaran-siaran waktu perdana seperti Roda-Roda Kuala Lumpur atau Gerak Khas ...juga tidak lagi kedengaran suara kucing-kucing yang suka berak sembarangan berkeliaran depan rumah aku. Tegang... itulah yang aku cuba bayangkan...











Fikir punya fikir... Lama juga aku terfikir... dan aku terus teringat.. ESOK AKU KERJA !!!





Akmal Adanan,
0127655165

No comments: