Showing posts with label Jalan2 Makan2. Show all posts
Showing posts with label Jalan2 Makan2. Show all posts

Tuesday, February 11, 2014

Food: Nasi Ayam Nadia, Alor Gajah, Melaka

Aku belajar di UiTM Melaka tahun 2001 - 2004 dulu ...rasanya kalau kita tanya mana2 pelajar UiTM Lendu ni pasti akan tahu akan kehebatan Nasi Ayam Nadia, Alor Gajah nie. Sejak 2001 lagi aku menjadi pelanggan tetap di kedai ni. Sampai nak kenal mereka dengan muka aku. Datang jer tak payah order, siap dah tahu apa bahagian yg aku suka, jenis minuman dan sebagainya. So, dapat jugak aku feeling-feeling macam datang ke clubhouse orang2 kaya, tak payah cakap apa2 semua akan terhidang di depan mata ...keh keh kehh


Depan kedai
http://hjmahawachalet.blogspot.com

Suasana kedai
Credit to: http://azmi-shuib.blogspot.com

Nasi Ayam Nadia (RM4.00)

Bahagian kegemaran ..dada

Sup segar
Aku biasanya akan makan satu for breakfast, another one
for evening meals. Bahagian Kepak

Bungkus style

Nasi ayam Nadia ni sangat simple.. tp rasanya special. Pada aku, ayam gorang garing + sambal nasi ayamnya buat aku suka makan nasi ayam nie.. Kalau nak try boleh laa datang kedai ni. Lokasi cari bus stand Alor Gajah.. memang betul2 bertentangan dengan stand bus tu ...


Akmal Adanan

Food: Siput Sedut Lemak Cili Padi, Kampung Pasir, JB

Last week, 090114 aku berkesempatan ke kedai Siput sedut cili padi area skudai, JB. Aku pernah ke kedai ni beberapa tahun dahulu kedai kawan mak Ayum katanya. So, apabila sampai jer kedai ni, mmg meriah dengan ramai orang masing-masing menjamu selera kebetulan masa rehat waktu tengah hari. Kedai ini menyediakan siput sedut masak cili padi original, di samping itu ada ulam, botok, pelbagai ikan bakar dibuat fresh. Kedai ini digemari pelbagai lapisan masyarakat ...hehe

Signboark kedai tempampang jelas
Photo: Tourism Johor

Pandangan depan kedai

Ikan bakar in the making
Photo: Tourism Johor


Suasana kedai
Photo: Tourism Johor

Siput sedut disusun di kaunter (Harga tak pasti RM5.00 rasanya)
Photo: Tourism Johor

Our meals that day :)

Botok ikan (RM6.00)

Kerang masak cili padi (RM5.00)

From another angle

Sesiapa yang ingin ke sini, direction nya mudah sahaja. Cari Angsana Mall, Skudai tu. Kampung Pasir ni betul2 opposite dengan simpang nak ke Angsana. Kalau dari area Tampoi, Angsana sebelah kiri, terus jer naik fly over akan jumpe Kg. Pasir. Jalan terus tak jauh dr traffic light tu. If lalu jalan Skudai dari Bandar JB menghala ke utara, Jumpa Angsana belah kanan u belok kiri.

Akmal Adanan
0137793993

Wednesday, February 5, 2014

Food: Dapur Jendela, JB

Ruang depan Dapur Jendela

1. Dapur Jendela ini terletak di Bandaraya Johor Bahru, Johor. Mempunyai konsep yang menarik membawa pengunjung makan seperti di dalam rumah di kampung. Mereka mempunyai moto -  "Air tangan ibu" mengingatkan kita bahawa sedapnya masakan ibu kita di rumah.

2. Dapur Jendela dibuka jam 1830-1900 sehingga malam. Terletak di kawasan perniagaan Bazaar karat JB. Maaf saya tidak ingat nama jalan berkenaan. Mmg sangat sesuai utk hanging out bersama sahabat...tenang dan unik. Ok then, Pls enjoy the views and the pictures!!!

Konsep-konsep kedai begini sangat banyak di sekitar johor bahru ..saya akan kongsikan nanti insyaallah. Tq to Aqilah Saleh yg menjadi jurugambar petang semalam. 


Kami-kami makan after balik kerja


Pilihan Menu

Soto yg sedap!


Ruangan atas


Fatin in action


Us



Us again?


Billing time!

Akmal Adanan

Saturday, September 14, 2013

Food: Rojak Manis Masjid Tanah

 1. Salah satu rojak manis paling sedap pernah aku makan adalah rojak manis yang saudara saudari boleh dapat di pekan Masjid Tanah, Melaka. Aku tak bawak GPS tadi.. tp senang je nak cari... Cari KFC Masjid Tanah, die sebelah tepi tu jer. (Seberang jalan).

2. Selain dari rojak, ada juga dijual (kedai sebelah) cendol, kuey tiaw goreng, nasi ayam dan lain-lain.. sesiapa ingin mencari tempat makan di Pengkalan Balak atau Tanjung Bidara ...kalau tak kisah drive a bit further, boleh cuba tempat nie. Dalam 10 min jer drive.

3. Harga belum naik setakat hari ini ...masih RM3.50.

Gambar Kedai (Kiri gambar)
KFC sebelah kanan (belakang payung biru belang-belang tu)

Kuah kacang yang betul-betul .......uhhhh!


Aku skrg kat opis, siapkan kerja sekolah dan urusan album .....

Hari ni ada SAFA, Volleyball dapat tpt ke-2. Congrats!

Lunch aku smlm 130913 Kuew Tiaw Kung Fu

Selamat mencuba !!!

Akmal Adanan, Photographer
+6013.779.3993

Thursday, September 12, 2013

Mona Lisa Potrait found in Muar, Johor now

Mona Lisa Portrait holding a pack of coffee found in Muar, Johor

Aku suka kopi Saikee 434 ni ...lebih sedap dan terasa dari kopitiam yg pernah aku rasa sebelum ini. Kepada yang nak tahu lebih lanjut tentang brand kopi ini boleh tekan link INI. Lagi satu aku suka wheatmeal roti bakar... terbaik.

Lokasi, depan bus station ekspress, Muar. Ada logo Kopi 434.


Akmal Adanan, Photographer
+6013.779.3993

Tuesday, September 10, 2013

WTE: "Want to Eat" Makan Dim Sum

Dim Sum!!!

Aku nak try restoran ini ...ada siapa-siapa boleh share menu apa yang best?


Akmal Adanan, Photographer
+6013.779.3993

Wednesday, August 28, 2013

Nasi Kandar Hakim (Lama), Seksyen 7, Shah Alam

Antara tempat yang agak lama aku bermastautin semasa aku belajar & bekerja ialah di Shah Alam, Selangor. Agak puas merantau dan tinggal di tempat orang. Segalanya terpaksa dikorbankan kerana jauh dari mak ayah dan keluarga. Sebagai orang bujang dan malas memasak, terpaksalah aku cari 'dapur' untuk mengisi perut.

Boleh dikatakan hampir setiap hari aku akan makan nasi kandar Hakim ni ..nasi kandar yang simple dan sedap dimakan. Antara nasi kandar kegemaran aku sepanjang aku pernah cuba di seluruh Malaysia.


Nasi Kandar Hakim dengan Ayam Goreng Keemasan kuah kari sempurna,
Sayur kobis, bendi, sedikit kuah madu. Version aku& wife selalunya
ada cili potong & sedikit soy sauce
Gambar: Shahroll Hairi

Antara specialty Hakim Seksyen 7, S.A. Ayam Goreng
Hakim Fried Chicken katanya

Aku tinggalkan Shah Alam pada hujung tahun 2009 dan berhijrah ke Melaka. So, aku ada datang juga sekali sekala... gambar ini diambil semasa aku datang semula ke Hakim ni pada bulan March lepas (7/3/13) ...ada kursus di Shah Alam. Walau dah beberapa tahun tak jumpa, tetap pekerjanya kenal aku.

Mana taknya, setiap kali lunch makan sini ...tak dapat lunch ..dinner aku sebat. Waktu bulan puasa lagi best, sahur dan berbuka aku bantai nasi kandar kadang-kadang roti pisang ...fuhhh ..!!!

Kawan lama aku, Din

Bayangkan keakraban kami bersama

Sesiapa yang datang Shah Alam boleh la try ...tanya jer orang sana, semua orang tahu Hakim. Ada 2 Hakim di Shah Alam kalau tak silap aku... Hakim Lama & Hakim Baru ...kalau lapar nanti pandai pandai la korang cari k ...


Akmal Adanan, Photographer
+6013.779.3993

Sunday, June 23, 2013

Minum Petang @ Pt. Yaani, Johor

1. Antara favorite arwah Abah dan aku bila di area Pt. Yaani ni adalah makan di kedai Mee Bandung Warisan ...area pekan nie. Kat sini aku suka makan rojak manis sambil suap satay secucuk dua. (tp hari ni aku pergi tak open pulak...mungkin tak mahu tambah asap pembakaran).. Kot

2.  Hari ni aku order rojak manis. Jee order mee hoon goreng... Rojak manis die tepung best, ada tempe goreng, tauhu yg putih mulus, sebijik telur rebus, kentang, salad, timun dan tak lupa kuah kacang yg manis pedas... Terangkat!


Minuman petang itu


Rojak manis


Mee hoon goreng

Rojak manis dari pandangan sisi

GPS Code Warisan Mee Bandung, Pt. Yaani

3. Mee hoon goreng juga not bad... Cukup rempahnya, ada sayur2, taugeh, sawi, fish cake, dan yg best potongan daging menambah selera. Air Milo ais kaw'...sirap limau also good. Total RM10.50 td.. Apa pun, syukur...

4. Ohhhh selain tu lupa nak bgtau, ada juga pisang goreng panas2... dan pelbagai menu goreng panas-panas ready for order. Sapa yang lalu kawasan nie bolehlah Enjoy ...kalau dari Yong Peng nak ke arah Batu Pahat, kedai nie sebelum traffic light Pt. Yaani ...tak jauh, 200m jer sebelum traffic light tu. Sapa yang ada GPS, terus key in ....sampai meja kedai die akan antar ...


Akmal Adanan
013.779.3993

Tuesday, March 19, 2013

(Food) : Bawal Power, Damansara




EVENT: BAWAL POWER
DATE: April 21st, 2009
VENUE: DAMANSARA
TIME:2100 hrs c9 group

Akmal kene lompat sikit entry .. now, akmal baru je balik dari Damansara. Bro Wan Shamril ajak kiteorg enjoy to celebrate our job at BAWAL POWER, Damansara. Fuhh ...sincerely, mmg power cook kat kedai En.Emri n wife Mdm. Maswim nie. Promote dieorg sket, menu kedai mereka nie ade 3 special dish... 1) Bawal 2) Keli 3)Ayam. Fried dishes nya mmg sungguh lain. Masakan dari Penang. hehe ... =) sorry, gambar masakkan nt kawan2 yg lain akan upload kat blog masing2.

Insyaallah bro, ade masa saye dtg sana lagi. Lokasi dieorg mmg Xjauh dr IKEA, The CURVE...open tengah hari jugak malam (sampai 12pm). So, Kalau kawan2 nk tau lebih lanjut... boleh ke blog dieorg http://bawalpower.blogspot.com/

*credit to bro wan for the picture. hahaha =)



Akmal Adanan, Photographer
+6012.7655.165
official website http://www.akmaladanan.com/
email address admin@akmaladanan.com
YM akmaladanan@yahoo.com
my ex-blog http://akmaladanan.fotopages.com/
personal http://profiles.friendster.com/akmaladanan

The Official Photographer for GFII AGM GFII President's Cup 2009, KGSAAS [Tan Sri Abu Hassan Omar] & MITI Golf Tournament 2009. KGSS [Tan Sri Muhyiddin Yassin]

________________________________________________________________________________________

Friday, March 15, 2013

Pasar Karat Muar

Me
1. Berjumpa sekali lagi. Kalau semalam aku di Shah Alam selama 2 hari pecah kepala berbincang curricular review, Hari ni aku on the way ke Johor Bahru balik kampung. Tq to my sports car ad resort yg banyak membantu urusan perjalanan ini. Memang tak mengecewakan.... 

2. Hari ni plan nak jimat kos toll... So lalu jalan biasa jer, fr Melaka -Muar - Batu Pahat - Kluang - Senai - Kulai dan sebagainya... Sempat lalu Kesang seterusnya Tanjung Bunga sebelum sampai Bandar Maharani.









3. Nak dipendekkan cerita, aku singgah sekejap ke pasar karat di Muar ni. Barang-barang yang dijual mmg authentic, hampir kesemuanya barang lama, dari signboard, Kenderaan, permainan, buku, pinggan mangkuk, peralatan telekomunukasi Dan lain-lain lagi. Best cuci mata hari ni. Jom tengok gambar-gambar yang sempat dicuri. Ahahaaaaa

4. Okay, harap dapat beri sedikit info kepada semua peminat-peminat pasar karat sedunia. Memang best melihat semua barang-barang lama ni. Dapat aku imbas kembali sejarah silam masa aku kecik-kecik dulu.


Akmal Adanan, Photographer
+6013.779.3993

--
Sent from Fast notepad

Sent from my Sony Xperia™ smartphone


Sunday, February 10, 2013

Food: Chop Tong Ah, Revisited

1. Spot sarapan pagi kegemaran family aku on weekend. Bangun awal pagi, siap2 dan terus ke Bandar Penggaram (Batu Pahat). Seat kedai ni sentiasa penuh dengan pelanggan. Terkenal dengan lontong, kopi + teh kopitiam, satay, soto dan roti bakar. Tidak dilupakan nasi ayam berlada, & mee hoon sup.

Pikah & Lia di depan kedai
Lontong
Satay
Soto mak suka order
Teh & Kopi, Roti bakar segar kopitiam yg tiada tolok bandingnya
Nasi Ayam berlada
Portion mak makan satay, always 2 cucuk sahaja
Ahahaha mak yang ajak ke sini hari ni kan? lepas tu jual nama Lia

2. Najib Tun Razak juga pernah bersarapan di sini semasa datang ke Batu Pahat merasmikan program Janji Ditepati tahun 2012 yang lalu. Kalau ke sana, jangan lupa singgah kayy.


Warm regards,
Akmal Adanan
+6013.779.3993
Sent from my Sony Xperia™ smartphone