Friday, September 3, 2010

Designing A Guide Book to Melaka

Salah sebuah page yang berjaya disiapkan

1. Dah beberapa minggu aku tak dapat tidur yang secukupnya.. penat macam orang menoreh getah iaitu tidur lambat ..perlu bangun awal pagi. Ketika kala orang lain sedang lena tidur dibuai mimpi, aku terpaksa berjaga utk siapkan buku ni. Bukan sahaja itu, aku dapat rasakan ..kucing-kucing yang berada di luar juga telah selamat tidur apabila hari sudah larut malam. Apatah lagi burung-burung, bunyi kicauannya pun tidak kedengaran lagi .. terdetik pulak dalam hati aku, seronoknya menjadi haiwan. Astaqfirullahalazim ..

2. Hari ni macam mana keadaan puna ku terpaksa siapkan benda ni. Esok pukul 830pagi aku ada meeting dan aku kena tunjukkan layout buku ni sebelum print. Sempat ke siap ni? aku pun tak pasti, yang penting mood aku mmg dah hilang. Siap je meeting, maybe akan ada ammendment dan akan dilakukan secepat mungkin. Then we all akan drive terus ke Shah Alam to send the things to be printed. Itu semua kisah hari Jumaat. Pada hari Sabtu, aku akan drive to JB atas urusan yang lain. Ahad, aku akan rush balik semula ke Melaka utk satu lagi kerja. Manakala, Isnin aku ke KLIA utk ftech adik aku yg akan touch down from Penang.. jauh sungguh perjalan. Aku rasa aku nak telefon Dato Seri Najib, minta peruntukan utk support perjalanan 1 Malaysia dalam buku Malaysia Book of Record.

3. Alamak, jam dah menunjukkan pukul 0605pagi. Aku masih tak siap lagi.. rasanya ada lagi 40% nak convert from PS to AI. Ade 48pages semuanya. Hujan renyai2 kat luar sekarang ni. Selalunya aku takkan lepaskan peluang utk tidur... Fuhhh ....Ya Allah, berilah aku kekuatan. Abes segala tenaga dari nasi paprik yg aku makan masa buka tadi. Oklah, malas layan kamu semua ...nak sambung kerja.... bye

Jika berminat utk melihat design yang lain, Flickr click SINI & Facebook click SINI.





Akmal Adanan
0127655165

No comments: