Showing posts with label Life in Melaka 2010/ 01. Show all posts
Showing posts with label Life in Melaka 2010/ 01. Show all posts

Sunday, June 20, 2010

SUKMA XIII (intro)

'Tuah', the official mascot of SUKMA XIII and the athletes from Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur posed to the camera in the Perasmian Perkampungan Sukan UiTM, Alor Gajah, Melaka.

1. Alhamdulillah, selesai sudah SUKMA MELAKA kali ke-13 baru-baru ini. Agak malang, apa yang aku plan selama ini, untuk shoot a few acara yang bagus seperti renang, olahraga, tinju dan golf tidak kesampaian. Aku terlalu sibuk dengan aktiviti-aktiviti kerja yang tidak mengenal masa. Bengang jugak kadang-kadang kita terhalang untuk melakukan apa yang kita suka... walaupun benda tu ada di depan mata.

2. Tapi dalam bz macam tu aku sempat juga laa shoot a few events yang berkaitan dengan SUKMA ni. Aku tetap berfikiran positif dalam apa jua keadaan. Macam mana pun kita mesti dahulukan mana yang penting. Aku percaya peluang untuk aku pada masa akan datang pasti ada. Aku sempat shoot Perasmian Perkampungan Sukan SUKMA ke-13, (walaupun aku terpaksa lambat datang meeting) dan cover semasa acara penutup SUKMA di Stadium Hang Jebat (19.06.2010), tu pun sebagai penonton biasa, tiada access ke tampat-tempat penting di sana.

3. Aku try cari masa untuk edit dan share gambar-gambar tu di sini. Buat masa nie aku jugak sibuk dengan kerja lain. Esok dah Isnin aku kena persiapkan diri dengan tugasan lain pulak. Huhhhh penat sungguh hidup ini kan ...terasa jeles aku baca status org-org kat fb yg katanya bosan. Kenapa aku Xsempat bosan ...




Akmal Adanan
0127655165

Friday, June 18, 2010

Hari ini 18.06.2010

Dekstop wallpaper, picture of extreme BMX games in Shah Alam. Captured by me.

1. Sekejap je rasanya dah nak abes bulan June 2010. Rasanya baru semalam aku merayakan sambutan tahun baru 2010. Tiba-tiba sekarang dah pertengahan tahun. Ape pun sekarang bila busy masa terasa sangat pantas. Kerja tak pernah surut.. tp still boleh manage. Aku baru siap research proposal FRGS aku. Thanks to tania, and Dr. Rozman for all the helps and guide. Aku cukup berterima kasih atas segala kerjasama dalam kumpulan.

2. Pada 16-17 hb June lepas aku attend OBE-SLT course at KBM Melaka. Dua hari yang penuh dengan info dan aktiviti membuatkan aku pening. Pack!! Yang best, kumpulan FPHP menang dalam Lesson Plan aktiviti! terbaik laaaa, tak sia-sia aku bangun jam 3pagi siapkan power point etc.

18 Jun, FRIDAY (match today)
Germany vs. Serbia (7:30pm Kuala Lumpur)
Slovenia vs. United States (10:00pm Kuala Lumpur)
England vs. Algeria (2:30am Kuala Lumpur)

3. World cup sekarang nie masih dalam perlawanan peringkat kumpulan. Timing games sgt baik sebab taklaaa terlau lewat. Ada pukul 1930, 2200, dan 0230. Aku berterima kasih kat kedai makan 1corner kat simpang lendu nie sbb aku selalu tgk bola kat situ. Tempat aku btol-btol depan tv. Kalau nak mengharapkan tv kat rumah aku, aku pun tak tahu... lama-lama aku tengok bola tu ade dua biji. Adakah tv aku nie 3D? ahaahaa nanti aku cari laa spec 3D satu... ok laaa esok aku nak ke seremban to attend a friend's wedding.

Saturday, June 12, 2010

Hari ini 12.06.2010

Seorang penjual gambar-gambar sejarah Negeri Melaka sedang memotong kuku kakinya, 6.6.2010 Studhys, Melaka

1. Kehidupan aku sekarang kembali sibuk. Aku jangkakan cuti semester memberikan aku masa untuk bernafas, relax-relax, dan bersuka ria. Tetapi jangkaan aku jauh meleset dan hampir terpeleset. Hari nie salah sorang kawan baik aku masa belajar dulu, Uzie berkahwin. Maaf sangat-sangat aku tidak dapat menghadirkan diri. Juga kepada Jai (Burut)... yang berkahwin pada 5hb June lepas. Kalau majlis kawan-kawan aku tak dapat hadir, sapalah pulak akan hadir majlis aku nanti kan.

2. Semalam dari pagi aku sibuk menyiapkan proposal for RMI dan FRGS di UiTM. Terima kasih pada Dr. Rozman, Dr. Ariffin, Tn. Hj. Din, Ustaz, dan Tn. Hj Ismal sebab memberi tunjuk ajar. Bagi budak baru macam aku nie, memang ilmu itu sangat berharga. Hari nie awal pagi aku masuk office sambung kerja. Alhamdulillah petang tadi siap atas bantuan Tania. Malam nie aku nak ke kedai tengok KOREA vs GREECE. Rumah aku tak de astro.. sedih bukan?? Esok pagi satu lagi tugas yang mencabar.. awal pagi aku ke office siapkan final draft, kemudian bergegas pulang ke kampung utk assist adik aku dalam tugasan wedding nya yang pertama.

3. Thanks Fuad, Ateng & Am sudi lawat aku kat sini. Hilang rindu aku nak ber TT macam zaman-zaman kat shah alam dulu. Dieorg pon baru je balik Shah Alam tadi. Masih aku ingat aku duduk TT dari jam 530ptg sampai 4pagi. Apelaaaa sengal. Malam nie juga ada satu peristiwa penting - Perasmian SUKMA Melaka, sayangnya aku tak larat nak join. Penat kepala otak nie boleh menyebabkan satu badan lesu. Okey... sorry lama Xupdate. Aku ada banyak gambar event nak kongsi.. tp tak sempat nak edit and upload sini. Kalau ada masa aku akan share kemudian okeyy!!!




Akmal Adanan,
01276557165

Friday, May 14, 2010

Aku

Lama sungguh aku Xupdate blog yg tercinta nie. Keadaan sekarang memang kucar kacir. Hidup Xtentu, masa tersangatlah suntuk dan pelbagai masalah melanda. Alhamdulillah aku cuba harungi satu persatu dengan bijak. Bila difikirkan. Bagus juga kalau ada masalah. Sebab dari masalah2 itu dapat juga aku ubah menjadi peluang.

Satu album siap minggu nie. Satu buletin juga siap. Marks siap. Hampir semua siap. Tinggal satu lagi album weekend ni aku siapkan. Macam mana agaknya kehidupan perdana menteri kan? Sedangkan aku rakyat biasa ni pun busy Xterkira. Ntah laaa... Okey ada masa aku sambung cerita, so far Xde apa yang menarik nak share di sini ..



Akmal Adanan,
0127655165

Saturday, May 1, 2010

Akmal, 1 Mei adalah Hari Pekerja.

My lovely desktop picture as 1st May 2010

1. Hari ni adalah 1 Mei atau lebih dikenali sebagai HARI PEKERJA. Kepada semua pekerja-pekerja di Malaysia, aku ucapkan selamat menyambut hari pekerja ni. Hari cuti umum sebegini, aku yakin ramai yang meluangkan masa pergi ke tempat-tempat peranginan, ke konsert2 majlis perbandaran alor gajah, melawat muzium-muzium, dan tak kurang juga memperkenalkan anak-anak kepada jenama binatang yang terbaru di Zoo Melaka, mahupun Zoo Negara.

2. Suasana sebegini sangatlah sihat demi memakmurkan Malaysia sebagai sebuah negara berbilang kaum. Semua boleh bersama-sama berkongsi menikmati keindahan Malaysia. Bukankah ianya baik? Tidak seperti sesetengah individu dalam parti politik yg gila berpolitik, sibuk nak memecah belahkan kaum, membenci satu sama lain. Yang penting aku BERKUASA! pala hotak die. Kalau boleh nk berpolitik 24jam. Kalau aku tanye bini die, mesti masa tidur pon suami dia dok bagi ceramah jugak. Meroyan... cakap memang senang kan?? click SINI

3. Aku tau hari nie hari cuti. Satu Malaysia cuti. Tapi aku tetap menipu diri sendiri, hari ni macam hari hari biasa. Jadi aku terpaksa kerja. Kadang lemas jugak lepas satu kerja, dtg kerja lain, and lain. Sebab tu aku letak gambar dekstop aku kat atas tu. Tp persoalannya aku Xjugak kaya ... Mungkin aku kena cari sugar mummy pasnie, Xperlu kerja keras sangat.... hemmmmmm





Akmal Adanan,
0127655165

Meja baru

1. Aku cuba berlagak rajin. Tadi aku baru je beli new table ...kecik je table nie. Tp ia sangat sesuai utk aku buat kerja-kerja editing atau research di living hall aku, dan paling penting aku dapat lakukannya di depan tv. Aku baru je settle kerja di luar. Skrg nak sambung kerja edit album lagi. Jam pulak dah pukul 1.00 pagi. Patut aku rasa sunyi je kat luar ni. Mata pulak macam ....dah Xlarat. Xpe laaa sebelum tido aku akan pastikan at least 2pages lagi siap. Go!!!




Akmal Adanan
0127655165

Friday, April 30, 2010

Minggu terakhir April

Picture of Ahmad & Intan in an outdoor photoshoot in Putrajaya

1. Sungguh sibuk aku kebelakangan nie ...sebab tu Xsempat nak update blog nie. Harap di maafkan okey. Skrg aku kat pokok mangga, melaka.. tgh siapkan sebuah lagi album. Naik sakit pinggang aku duduk di kopitiam nie. Dah laa tu, tgh best design album nie, sekali kaki aku terpijak suis plug laptop pulak, dah hilang laa kerja-kerja aku yg Xsempat save.

2. Aku Xdapat fikir ape aku nk share kat dalam blog nie buat masa ni. First.. panas betul cuaca sekarang nie. Basah berpeluh satu badan aku brader. huhhh .... kedua bising tempat ni, aku Xdapat berfikir dengan baik. Ketiga, ada kemalangan jalan raya tepi kedai nie tadi, terperanjat aku dibuatnya. Walau dalam keadaan sebegini separuh album aku sudah lunaskan. Creative tetap creative. Malam nie aku sambung buat lagi. Insyaallah ...

3. Nanti laa aku sambung cerita ...aku nak balik rumah ...mandi dan sebagainya ....





Akmal Adanan
0127655165

Thursday, April 22, 2010

Periksa

DTM 2A Students give a special pose to the camera in The DTM Carnival on March 22nd, 2010

1. Sekejap je rasanya, hari nie dah masuk minggu2 terakhir bulan April, 2010. Masa dapat aku rasakan bergerak sangat pantas. Suatu hari pada bulan January dulu, aku berazam menguruskan tahun 2010 ni dengan baik, cemerlang dan terbilang.... then, baru je nak buat planning atau jadual hidup aku utk setengah tahun akan datang, baru tu aku perasan aku dah agak terlambat. Nampaknya planning book yg aku beli tu terpaksalah aku simpan rapi seperti buku-buku yang terdahulu.

2. Hari ni merupakan hari pertama 'final exam' bagi pelajar-pelajar uitm. Aku ingat lagi, dulu masa aku study, memang aku akan berusaha habis-habisan membaca, memahami dan menghafal segalanya. Pegi mana-mana pun semasa dalam kolej, aku akan bawa buku + nota ke mana-mana. Masa ni gf & gf aku yang sedia ada memang aku letakkan nombor 2, atau 3 atau kadang-kadang aku tak ingat. Aku tak akan makan di cafe... aku beli roti banyak2 sebab setiap langkah aku ke cafe membuang masa. Lagi-lagi bila aku terserempak dengan 'chicks' hot di sana. Memang lama laa aku minum kat situ.. abislaaa terlupa ape yang aku dah hafal td ...

3. Semasa menjawab soalan, aku suka datang awal. Tapi pendapat itu tinggal hanya imaginasi. Hakikatnya aku selalu sampai on time. Masa tu rasa penat merentasi tasik uitm melaka masih kuat terasa. Padan muka aku sendiri, bukan main susah aku nak berfikir sambil tercungap-cungap kepenatan. Lagi satu, aku tak suka keluar awal semasa menjawab peperiksaan. Prinsip aku, masa yg diberikan itu adalah milik kita, gunakan sebaiknya. Mungkin kita boleh gunakan masa itu utk double check jawapan dan sebagainya.... kalau ade soalan yg susah mcm nk pecahkan rekod dunia, atau menawan gunung Tahan, sila bertahan dan jgn berkecil hati. Itu hanyalah cabaran dunia. Berdoalah banyak2, insyaallah pasti ada jalan nak selesaikannya nanti.

4. Kepada semua yang berkenaan... terutamanya dtm students, aku doakan semoga segalanya berjalan dengan lancar dan semoga anda dapat menjawab semua kertas peperiksaan dengan tenang, berhati-hati dan saksama. Kurangkan facebooking, naikkan standing .... Ingat, apa yang anda usahakan hari ini adalah apa yang akan kamu dapat hari esok.

Esok aku nak cerita pasal politik, ade berani???





Akmal Adanan,
0127655165

Tuesday, April 13, 2010

My officestation

My office station on 13.04.2010, time: 1705hrs

1. Hari nie dari pagi sampai ke saat ini aku bekerja keras. Aku Xpasti adakah betul apa yg aku lakukan setakat nie. Bangun tida jam 6.30 pagi. Jogging sampai 7.45.. then iron baju, bersiap-siap kerja. Soon after that, aku breakfast, sampai office update kerja-kerja yg tertangguh smlm. Then 1030 hrs test 1 with 2A, by the time finish mark paper, and masukkan dalam score table. Finish on that, ade sebuah lagi test dgn 2B at 1430 hrs, baru jer siap and now in the process marking and put it in the table. Selain daripada itu, aku juga berjaya menjawab dan entertain a few quotation dari potential client online. The feeling was so great !!!

2. Petang nie have to do photocopy questions for another test tomorrow. Malam nie another work waiting, newsletter to be designed. Album amendment ....hopefully aku berjaya lakukannya. Kepada mereka-mereka yang nk ajak aku bersuka ria malam nie, lupakan je laaa, aku Xsempat nk buat perkara-perkara sebegitu.






Akmal Adanan,
0127655165

Monday, April 12, 2010

Gambar Lama

Tengku Zarith Sofea give a smile to the photographer in the 2006 Kembara TMJ, Batu Pahat, Johor

1. Lama juga aku Xupdate blog nie. Bukan busy, tapi sibuk sikit. Kamu semua mesti perasan kan, setiap entry sibuk je aku nk ceritakan kesibukan aku. Kalau aku ade masa tulis/ update blog nie, busy sgt ke aku?? ntah laa... tapi otak aku mengatakan memang aku busy.. tp bukan bertujuan nk eksen tunjuk semua orang aku busy. Sebenarnya tujuan aku tulis menulis nie is just a place untuk aku simpan kenangan masa sekarang. Untuk tatapan masa depan. Ramai lagi orang di luar sana 100x lebih sibuk dari orang lain bukan? Mungkin kesibukan aku hari ini akan membentuk aku menjadi seorang yang lebih baik di masa akan datang, siapa mungkin tahu masa depan kita kan?

2. Minggu lepas aku plan nak stay di Alor Gajah. Menikmati kehidupan yang lebih tenang di kampung, mendengar desiran angin sepoi-sepoi bahasa inggeris, kicauan burung kelicap, dan bunyi desiran air mengalir di samping design album-album aku tu. Tapi perancangan tinggal peracangan. Sekali lagi aku terpanggil untuk menghantar adik aku ke JB, katanya ada interview di UiTM Johor. Gagal lagi perancangan aku utk memberi ruang kepada diriku utk berehat dan berhibernasi.

3. Ok selain sibuk, aku juga sempat mencari gambar-gambar lama masa aku pakai D70 dulu. Aku suka sangat shoot TMJ (sekarang Sultan Johor). Baginda sangat laa sporting, walau nampak serious. Ok, nanti aku cari lagi gambar-gambar lama and share kehebatan kamera 6.1 MP + 3fps + 24mm the widest lens aku ade dulu. Aku sekarang tengah dalam proses mengumpul gambar-gambar lama utk aku simpan and buat personal directory. Gambar di atas aku shoot semasa TMJ (masa itu) melawat mangsa banjir di Batu Pahat, pada Disember 2006.






* Sesiapa yang boleh memberi perkhidmatan urut badan area alor gajah nie, sila beritahu ...need some therapy
* Newsletter design, photography session, interview, mock t etc


Akmal Adanan,
0127655165

Wednesday, April 7, 2010

The Art of Seeing - Bazuki Mohammad

Me and Bazuki working on the laptop in a photo talk organized by the photography students of UiTM, Melaka
Credit to Rasfan Abu Kassim for the image

1. Malam semalam, aku berkesempatan berjumpa dengan salah seorang idola aku dalam photography amnya atau lebih khusus lagi photojournalism. Last meeting dengan Bazuki adalah pada bulan ramadhan lepas di Prima Saujana, Kajang, Selangor. Kami minum dari 10.00 malam selepas sembahyang terawih, and sambung sampai waktu bersahur ...Full entry sila click SINI. Alhamdulillah masih berkesempatan berjumpa dengan beliau sekali lagi.

2. Actually this is maybe kali ke tiga atau ke empat aku berjumpa dengan Bazuki personally. My first time is also in a photography talk by Zainal & him in Ikram about 2 and a half years ago.. you can refer HERE. And a few more times at the TT sessions around KL. Walaupun berkali-kali dengar Bazuki brief and share his experience as international photojournalist, still ...the temptation is there.

3. Bazuki, (if you read this entry) keep up your good job! inspire more and more young and talented photographer out there. PEACE !!! For the students, and lecturers involved, congrates for the event.

Click - Bazuki Muhammad




Akmal Adanan,
0127655165

Tuesday, April 6, 2010

What Weekend means?



A portraiture of Al-Malek & Raihan taken at CapSquare, Kuala Lumpur

1. Sepanjang aku kerja nie, aku Xpernah merasa keseronokkan weekend. Almost every week weekend aku penuh. Full with activities. Nak bersosial pun mcm tak ada masa. Mary Digby byk kali call aku, then aku terpaksa reject. Xsempat nk dating ngan dia... Aku rasa mcm dah overused badan aku nie. Letih sangat-sangat... seriously. Semalam aku depart from JB pukul 1pagi and sampai melaka pukul 8pagi. Great! Penat sampai ke tulang. Aku rase mengantuk sangat. So aku singgah di R&R Machap utk tido. Then aku sambung perjalanan. Baru few kilometers dah mengantuk balik... aku pun buat keputusan drastik utk singgah R&R Bemban. There, i slept till morning. Sedar-sedar dah panass ....Padan muka, kelam kabut aku balik kampus.

2. Ape pun aku bersyukur last weekend on the 04.04.2010 aku berjaya dapatkan ape yang aku inginkan. Akhirnya, setelah lama menunggu dapat jugak benda nie. hehehe =) BTW, PC Fair at Persada Johor Bahru mmg cool. Xpernak aku tgk orang jual broadband macam jual ikan kat pasar. And kadang-kadang aku rasa harga ikan, udang n sotong lebih mahal dari broadband tu... Cayalahh !!! Akulah orang yg paling cool setahun dulu utk membeli broadband package for RM399.00. Sekarang u just have to pay RM68.00 for the service plus u can get free modem, free tshirt, free thumbdrive etc...instead of mine last time only got free resit ..... what the fish ....

3. Ohh Blackberry ...





After 14months or 3 and a half month duration of time (since 14 Dec 2009) this blog hits 30000 number of visitors today. Im very glad and happy, still a lot of people out there spend time, coming and visit this blog. Hope I would make the entry better and better next time... to make it more informative and useful to all readers. Thanks ... CHEERS!!!


















Akmaladanan
0127655165

Saturday, April 3, 2010

April 2010

Students watching a Malay traditional dance presented in the DTM Carnival, UiTM Malacca

1. Hari nie dah masuk hari ke tiga dalam bulan April. Seminggu yang lepas merupakan hari-hari yg kritikal bagi aku. Terlalu sibuk dgn clerical job dan segala tugasan-tugasan lain. Budak-budak plak dah nak peksa... mesti tgh takut dieorg tu hihihihi =) ..... Bagi aku, Alhamdullillah segalanya berjalan lancar. Audit pun dah lepas. Harap-harap semuanya bagus-bagus sahaja. Ape plan aku hari nie?

2. Jam 6 pagi lagi aku dah bangun. Siapkan, tunaikan apa yg sepatutnya. Kemudian aku berpesan kepada diri aku sendiri supaya cuba-cuba bersenam. Sebab 1-2 bulan nie aku dok sibuk kat office, duduk dalam bilik berhawa dingin... badan tak berpeluh, kepala pun jadi berat dan tak cergas. Pagi td seluruh taman perumahan nie aku cover sambil berlari, org sekeliling pandang pelik jer.. Xpernah tengok aku berlari-lari agaknya. Best rasanya bila berpeluh. FYI aku baru je lepas kemas-kemas rumah dan kereta, breakfast, etc.

3.Soon after this aku nak design and cari idea utk kerja aku. Ini saja lah masa yang ade untuk aku buat album. Weekday jgn harap laaa... esok pagi2 aku ke JB atas urusan yg lain dan seterusnya... Baru kerja mcm nie aku dah rase bz nak gila, thats y aku tolak pelawaan jadi wakil rakyat kawasan Lendu nie. Nanti macam-macam bebanan perlu aku pikul... merasmikan majlis keramaian, mengatasi masalah rakyat, melawat warga emas, merawat kucing sakit, dan pelbagai lagi. Macam mana aku nk siapkan kerja aku yg lain nanti kan...

4. Cukuplah merepek ... Doakan aku siapkan kerja aku hari nie jugak ye kawan-kawan ... sedekahkan juga Al-Fatihah kepada Allahyarham Din Beramboi yg selamat dikebumikan semalam...






Akmal Adanan,
0127655165

Tuesday, March 16, 2010

Monday 15.03.2010

Picture taken by akmaladanan at Ahmad & Intan Reception, December 19, 2010

There is nothing to share today ... after full day working on saturday and sunday last week, I severely finished marking 64 handwritten answers of the fellows just now ...and guess what? the headache strike me out. Yeayy! Today (yesterday actually) was considered as my effective day as im able to accomplished a lot of things that has been planned early this morning. The leave application done, convocation confirmation done, test done, research proposal done, house rent done etc ...but yet still figuring out time to do my album. Hopefully I would have time tomorrow. Im going to have shower late at night like now - 1218hrs, and then read books for the attending class tomorrow. Wish me luck then ...bye


Akmal Adanan
0127655165

Sunday, March 7, 2010

NEXT?

Photo at Intekma Resort, Shah Alam. Sometime in Secember 2009

1. Aku tengok sekarang nie makin ramai pulak photographer yang menjadi Videographer at the same time... terutamanya bila 5dMII strike the market. Aku pun terasa bahangnya apetah lagi kamera cabuk aku Xleh rakam video. Puas aku berulang alik ke Canon Center di Paremba Square, merayu supaya mereka upgrade kamera aku. Alaaa bukan susah sgt, tambah operasi video jer dalam 40d. Tp sumpah dieorg Xlayan. Saje je die suruh aku beli kamera baru. Berharga RM9k++ ... Aku terus terfikir, accessories/ spare part kete aku yg mana laa aku nk jual. Yang ade sekarang nie pun basic part of a toyota car. Kang aku jual seat kete aku baru padan muka Xde tempat nak duduk. Nak jual rim + tayar, Xberjalan pulak kete nanti.

2. Tengok laa kat gambar kat atas, amacam best X kamera baru aku? ahahaaa ...next time boleh laa aku try jadi pengarah filem. Screen test artis-artis baru, buat temubual dalam bahasa inggeris, jumpe Julia Ziegler, Harun Salim Bachik dan Taylor Swift atau buat video klip dan mcm-mcm lagi... fuhh best betul kerjaya macam tu kan. Tp, sebelum tu aku kene berbaik-baik dengan David Teoh dulu, ajak die minum-minum, borak-borak korporat, gosip sikit-sikit baru laa die percaya melabur kat aku.

3. Inilah akibatnya bile kepala dah penat buat keje. Dua hari non-stop menghadap album... beribu gambar has been screen out. Banyak prosesnya kawan-kawan... kalau nk ceritakan kat sini mau jadi novel tahun ini pulak. Biarlah aku simpan semuanya menjadi sebahagian dari hidupku. Esok Isnin keja laa pulak.

4. Target aku nanti nk jadi ahli politik... perjuanga aku, cuti ujung minggu aku akan tambah satu hari lagi... sape setuju angkat tangan sekarang. Kalau betul ramai yg suke aku jadi politition aku boleh je try. Lagipon aku tgk polition sekarang nie ntah pape laaa ...kecik je aku tengok dieorg nie. Buat keje Xsemenggah. Yang membangkang pun sama ntah pape jugak. Elok-elok laa sikit jaga negara nie. Last-last Karam Singh Walia & Puspavati Ramaloo (klu silap eja nama harap maafkan) jadi wakil rakyat baru dalam rancangan Aduan Rakyat. ekekekee =) kalau aku mesti malu dan tercabar sey.

Ok laa bye semua, mau pergi makan kueh udang di Alor Gajah ....sodaappp ...






Akmal Adanan,
0127655165

Saturday, March 6, 2010

PANAS

Picture of Ahmad & Intan, on their solemnization in Dec 2009, Intekma Resort, Shah Alam

1. Saja aku nak share gambar di atas. Sambil-sambil aku design album td, aku terjumpa gambar nie. Dalam setiap wedding, mesti ada gambar isteri salam cium tangan suami mcm nie bukan? Tp, ada sesuatu yg berbeza pada gambar di atas... juga a few gambar yg aku pernah aku shoot dulu. Aku teringat kata-kata David Oliver "Hands & fingers are something we can't pose" So, if u could see it through, I would say that it is spontaneously happened... I didnt ask them to do the action, it just happen as it is. I just made myself anticipated, be aware and prepared to click the moment. That is how the image was produced.

2. Kenapa aku letak tajuk aku entry aku nie 'panas'? memang panas... bukan pasal gosip-gosip liar aku dengan artis wanita terkenal, bukan pasal terjah abg nas rambut ketak, bukan pasal aku kena saman 2juta kerana berlakon Xberapa best, jugak bukan pasal aku lompat parti politik ahahaha atau yang lain-lain. Tapi soal nie adalah lebih serius, dan lebih panas dari segala-galanya.

3. Aku tak tahu, hatta berapa kali aku perlu mandi untuk menyejukkan badan. Tetap juga terasa panas. Bahkan, di saat aku menaip nie, aku sedang mengesat peluh yg menitik. Disebabkan situasi panas dan ketidaktenteraman inilah idea aku utk design album Xjugak keluar-keluar. Pening kepala memikirkannya. Baik aku berkebun sey, dapat gak berbudi pada tanah, bila epal aku dah besar boleh jual sbb 'pertanian adalah perniagaan'. Kalau ikutkan rasa hati nak jer aku call ah chong, atau ah kiong dtg umah pasang air cond. Tp memandangkan dah 2 bulan lebih aku Xdapat gaji, aku simpan kemas je hasrat aku tu.

4. Cuaca sekarang memang berbeza. Masa aku belajar di London dulu, Xde laa panas sgt rasanya. Aku rase ni laa balasan pada manusia yg tak habis-habis membuat kerosakan dunia. Korang yg tebas hutan, amek balak, tarah bukit, curik pasir etc, aku pulak yg menanggung kepanasan. Sumpah aku takkan halalkan rezeki-rezeki haram korang tu semua. Kaya memandu Merc & BMW pun Xguna kalau sumber tu dari tempat yg Xbetul. Baik drive Toyota macam aku nie, handsome lagi bergaya.

Ok, nak sambung buat album......






Akmal Adanan
0127655165

Wednesday, March 3, 2010

HARI INI 3.3.10

Poster design by me for the IID Competition UiTM Shah Alam, October 2009.

1. Lately, mesti kamu semua perasan, aku kurang post new photos like normally i did before. Sebenarnya aku sendiri pun perasan juga begitu. Bukannya aku busy menyanyi di kelab malam, menghadiri anugerah bintang berita harian, atau bintang harakah, atau pun memenuhi jemputan makan malam di raja, tapi aku sebenarnya pun tak tahu kenapa. Memang secara phycological nya aku Xmampu nk lakukan buat masa nie. Jadi harap kamu semua Xboring nak singgah ke blog aku nie ye.

2. Lama juga aku dah kat bumi hang tuah nie. Jangan kan hang tuah, anak cucu die pun aku Xpenah jumpe. Aku di Alor Gajah, manalah nak jumpe. Mungkin beliau-beliau berada di dataran pahlawan sebab itulah tempat yang sesuai bagi mereka.

3. Budak-budak shah alam asik sebok mengganggu hidup aku di laman sosial yang terkenal - facebook. Antaranya Tom kacak atau lebih dikenali sbg Rosyam Yes (adik Rosyam Nor)- memandu kereta nissan auto empat kelajuan satu gear reverse, Abg Wan 5dMII (Xguna abg wan dah beli kamera kegemaran Xbagitau dusshhhh) dan Qayyum Soberon (Adik pemain bola Veron), dan Shah Miskon (org Jawa Banting yg cube bercakap org putih). Kadang-kadang aku nk marah je mereka-mereka nie... sbb mereka melihat gambar2 mereka nie, masa aku terbazir begitu al-sahaja. Tp setelah mengikut firasat aku, kalau Xde mereka mesti boring hidup aku kan. Awek pon mana pegi ntah, kalau kawan Xde lagi laa susah.

4. Gambar yg aku letak di entry nie adalah design poster aku masa aku study dulu. Cantik atau tidak Xmenjadi soal, aku dah letak kamu Xboleh keluarkan semula. Ok minggu nie aku akan involve dalam Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Alor Gajah, Sukan Antara Fakulti dan Majlis Wacana Ilmu anjuran UiTM. Semoga aku menjadi soleh, dan bijak pandai selepas nie. Ape lagi? ....Xde pape dah....

5. Hari nie 3hb March 2010. Mak, kita nak ucapkan mak 'Selamat Hari Lahir' semoga dipanjangkan umur, sihat selalu dan dimurahkan rezeki. Insyaallah. Harap sentiasa happy macam biasa :)

Interested to view bigger image? Click HERE.






Akmal Adanan,
0127655165

Friday, February 26, 2010

MAULIDUR RASUL 1430H

1. Hari nie adalah tanggal 12 Rabiulawal 1430H. Untuk pengetahuan hari ini adalah hari umat Islam menyambut hari kelahiran junjungan besar Nabi Muhammad SAW..marilah kita bersama berselawat ke atas baginda, dan sama-sama menghayati perjuangan nya dalam membangunkan syiar Islam di muka bumi ini.

2. Semalam aku off sbb ke J.B atas urusan penting. Plan malam khamis itu utk pulang ke Melaka Xkesampaian sbb terlalu mengantuk dan penat. Aku jugak terlepas satu appointment ngan abg rahmat malam tu. Sorry sgt2 brader. Akibatnya, pukul 4.30 am aku dah kena bangun,5.00 am bergerak ke Bandar Melaka... takut sgt lewat sampai ke perarakan Maulidur Rasul pagi nie.

3. Rasa bersemangat juga hari nie sebab berarak dan berjalan sambil berselawat ke atas Rasullullah ....satu pengalaman yang menarik juga. Hari nie walau cuti aku ade kat office skrg, siapkan test utk Isnin nie. Dan siapkan album-album yg tertangguh. I wish I could have more time to do all those responsibilities. hopefully ...





Akmal Adanan
0127655165

Monday, February 22, 2010

WHERE AM I LAST WEEK?

Part 4 Students - Faculty of Hotel & Tourism Management, Dec-Apr2010
Picture was taken somewhere at Dataran Merdeka, Kuala Lumpur. Courtesy of Zue (photographer)

1. Just came back from Kg. Banghuris in Sepang, and Kuala Lumpur for an educational trip yesterday (Sunday-February 21st, 2010). Everybody looks so happy completing all the activities attached to them. It was a great edifying trip. We have fun and enjoy the moment very much. Hope we have learn something useful during the trip. PEACE ..

2. For those who interested to have bigger size image... you can download it HERE.






Akmal Adanan
0127655165

Thursday, February 11, 2010

HOW TO DO AN ASSIGNMENT?

Picture was taken while on the 'kojek' ride somewhere in Belakang Padang, Indonesia. In June, 2009.

1. Kebelakangan ini aku byk menerima soalan-soalan dari para pelajar yg aku kasihi. "Sir, mcm mana nk buat asignment yg you bg nie, we all Xfaham laaa". Sebagai bekas seorang pelajar dulu, aku dah jangka soalan-soalan begini mesti keluar. Aku mcm bese, akan sentiasa cool jer walau ape pun soalan yg terbit dari minda mereka nie. Jika mereka suka bertanya ianya adalah positive signs. Bermakna mereka ingin belajar. Tiba-tiba aku terbaca status box advisor aku dulu... hehee best btol perumpamaannya. Jadik aku rasa aku nk share kat posting aku kali nie. Bunyi nya lbh kurang begini:
"An assignment paper should be like a mini skirt, Long enough to cover everything but short enough to keep it interesting"
2. Hehehee, pada aku perumpamaan nie mmg sgt menarik. Bagi orang-orang lelaki maskulin seperti aku, mmg senang laa nak faham. Aku harap yg lain dpt sedikit idea dari sentence di atas... PEACE no WAR!



Akmal Adanan,
0127655165