Tuesday, September 28, 2010

MELAKA Guidebook: READY TO BE DISTRIBUTED ...

All the hardwork finally become reality

1. Seawal 6 pagi lagi aku dah bersiap utk satu perjalanan yang jauh... hari ni aku diamanahkan utk mengambil buku-buku yang selama ini menjadi mimpi ngeri ku sepanjang malam. Kerja-kerja design adalah sebuah kerja yang amat sukar (pada novice) mcm aku. Boleh dikatakan sepanjang bulan puasa, inilah kerja aku setiap malam. Hatta masa tidur, aku tetap bermimpi sedang design buku ni.

2. Jam 0645 hrs, aku bergegas memandu moto sukan aku ...bertolak ke unit kenderaan UiTM, Melaka. Seorang pemandu dah pun standby utk menghantar ku ke FSSR Shah Alam. Gila hebat aku ada pemandu!!! Teringin nak duduk di tempat duduk belakang sambil pegang surat kabar dan hisap curut. Nasib aku teringat, aku naik kereta Wira je. Hasrat aku tu aku simpan kemas, langsung aku duduk di depan...

3. Aku sampai Shah Alam sekitar jam 10 pagi. Rindu betul kehidupan di Shah Alam. Aku terus berjumpa dengan Manager Percetakan UiTM Saaludin, Shaarin & Khairul. Terima kasih sebab sudi terima job aku yang last minit ni. Dengan hari raya dan pelbagai cuti di negara Malaysia ni, sempat juga siap buku Guide Book. Ahaaaaa best!!!

Terima kasih pada team member... Tania, En. Hasrul, DTM Students, and all Lecturers yang sama-sama berkerja keras utk ini.

Ready to be distributed!!!
(text ditulis awal. Baru hari ni siap nak post... sorry)




Akmal Adanan
0127655165

No comments: