Showing posts with label Misc. Show all posts
Showing posts with label Misc. Show all posts

Monday, November 10, 2014

Another project for my y10

Yang ni y10 masuk pulsar

Skirting b13 convert y10

b13 bumper and grill masuk y10


***


Steering jenis ni otw

Yang ni available ...nak beli ke tak nie tak tahu lagi

Lepas beli bonet belakang, aku beli pulak bonet depan dan lain-lain parts ...abes dah.

Akmal Adanan, Photographer
+6013.779.3993

Tuesday, August 19, 2014

Bought this finally!

Y10 rear bonet :)
Tak sengaja terbeli this rear bonet for my super y10 car ....lama nampak atlas japan raya orang pakai.. sesajer her nak pakai. hehehehehee Okay bye lama sungguh tak aktif menulis kat sini ....insyaallah akan kembali aktif. Tengah sibuk LI, KIK dan segalanya. 480.

Akmal Adanan,
Photographer +6013.779.3993

Tuesday, January 28, 2014

Jadual Perlawanan Piala FA Malaysia 2014 / Jadual Perlawanan Piala FA 2014 JDT





Good luck to JDT in FA Cup 2014 ...All the best!!!

Jadual perlawanan JDT for Super Cup 2014

Sunday, January 5, 2014

Jadual Perlawanan JDT Johor Darul Takzim, Liga Super 2014


JDT di bawah pengurusan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail kali ini.mempunyai barisan pemain yang betul2 mantap dan jurulatih yg berpengalaman.. Sebagai Rakyat Johor, aku berharap kali percaturan JDT menjadi...


JADUAL PERLAWANAN LIGA SUPER 2014 JOHOR DARUL TA'ZIM (PUSINGAN PERTAMA)

HOME GAME: Stadium Tan Sri Dato Hj Hassan Yunos Larkin

18.01.2014 (Sabtu): JDT vs PERAK
28.01.2014 (Selasa): JDT vs LIONS XII
15.02.2014 (Sabtu): JDT vs SELANGOR
22.03.2014 (Sabtu): JDT vs ATM
29.03.2014 (Sabtu): JDT vs SARAWAK

AWAY GAME:

25.01.2014 (Selasa): T-TEAM vs JDT
08.02.2014 (Sabtu): PAHANG vs JDT
08.03.2014 (Sabtu): SIME DARBY vs JDT
15.03.2014 (Sabtu): TERENGGANU vs JDT
25.03.2014 (Selasa): KELANTAN vs JDT
05.04.2014 (Sabtu): PKNS vs JDT

LUASKAN KUASAMU JOHOR | AYUH JOHOR


Jadual perlawanan FA Cup 2014
http://www.akmaladanan.com/2014/01/jadual-perlawanan-piala-fa-malaysia.html

So, kpd semua peminat JDT, aku sertakan jadual perlawanan Liga Super Malaysia 2014... All the best!!!


Akmal Adanan
Supporter

Thursday, September 5, 2013

Powerbank... Finally

Dijual oleh Mizah 5C
 
050913 Attendance sheet lupa bawak...
So, I took a photo of the kids who turned up on this rainy evening
(Not in the picture are Fatin cincau and Hass)

Khamis, HTT267 & HTT160, Report advice day ...

Akmal Adanan

Thursday, August 29, 2013

Selamat Hari Merdeka ke-56 tahun MALAYSIA

Erti sebuah kemerdekaan dan keamanan ..





Akmal Adanan, Photographer
+6013.779.3993

Wednesday, August 28, 2013

Those time

15 years ago ...
 
Akmal Adanan, Photographer
+6013.779.3993

Monday, August 26, 2013

Kembara Mahkota Johor 2013

Sebagai anak Johor, aku memang sangat bertuah mempunyai Sultan yang mesra rakyat ..suka bertemu rakyat dan bermesra dengan rakyat jelata.

Aku ada juga secara langsung merakamkan potret Kembara Mahkota Johor ini jika berkesempatan. Setiap kali aku shoot Sultan Ibrahim atau anak nya Tunku Ismail, aku sentiasa happy...KMJ2007 KMJ 2010

JDT versus Pilihan Kluang Foto: Salludin Ismail. JDT FC - The Photoshooterz (Facebook)
Sfaiq Rahim memperkenalkan barisan pemain JDT kepada
Sultan Ibrahim sebelum perlawanan bermula

Foto: Salludin Ismail. JDT FC - The Photoshooterz (Facebook)






DYMM Sultan Johor mencemar duli turun ke padang untuk sesi bersalaman dengan para pemain JDT dan Pilihan Kluang sebelum perlawanan bermula.
Secara spontan DYMM Tuanku Sultan bertanyakan sesuatu kepada Safiq Rahim:

DYMM Sultan Johor : Awak kenalkan lah saya nama pemain-pemain awak.
SR : Ampun Tuanku..
DYMM Sultan Johor : Ni sapa pulak ni? [ merujuk pada TMJ ]
SR : Ampun Tuanku, ini pemain import baru Tuanku..

Suasana panas petang semalam di sambut gelak tawa DYMM Sultan Johor dan para pemain lain.


Story& Photos: The Photoshooterz
 
Foto: Salludin Ismail. JDT FC - The Photoshooterz (Facebook)
 

Foto: Kesultanan Johor (Facebook)

Dribbling like a boss
Foto: Salludin Ismail. JDT FC - The Photoshooterz (Facebook)

Meeting the fans of JohorFoto: Salludin Ismail. JDT FC - The Photoshooterz (Facebook)

Sekarang ini KMJ sedang berjalan, dan apa yang aku dapat lakukan hanya melihat gambar dari komputer. Bosan sungguh bila kita tidak dapat melakukan apa yang kita suka lakukan secara semulajadi. Itulah yang selalu berlaku.. kita tidak akan dapat lakukan segala perkara yang kita inginkan ...

All the best Kembara Mahkota Johor 2013

23-25 August 2013 at MITS MATTA Fair 2013

Akmal Adanan, Photographer
+6013.779.3993

Thursday, August 22, 2013

Jadual Perlawanan Piala Malaysia 2013 dan Jadual Perlawanan JDT/ Darul Takzim FC & Johor FA

Jadual Perlawanan JDT/ Darul Takzim FC dan Johor FA, JADUAL PERLAWANAN PIALA MALAYSIA 2013


Jadual perlawanan Piala Malaysia 2013. Johor Darul Takzim dan Johor FA kali ini berjaya melayakkan pasukan mereka dalam merebut piala yang berprestij di Malaysia; PIALA MALAYSIA 2013. Berikut adalah tarik-tarikh perlawanan JDT & JFA peringkat kumpulan seterusnya tarikh tarikh perlawanan peringkat suku akhir, separuh akhir & akhir Piala Malaysia 2013.

BOS - Boys of Strait "LUASKAN KUASAMU!!!" ....Semoga kedatangan Jurulatih & pemain import yang baru nanti akan menyuntik semangat pemain-pemain JDT ...amin


Senarai pasukan dan kumpulan yang bertanding
dalam Piala Malaysia 2013

20 Ogos 2013 (Selasa)
Johor lwn Selangor (Kumpulan A)
ATM FA lwn Sime Darby FC (Kumpulan A)

PKNS FC lwn Darul Takzim FC (Kumpulan B)
Felda United lwn T-Team (Kumpulan B)

Pahang lwn Kelantan (Kumpulan C)
Terengganu lwn Negeri Sembilan (Kumpulan C)

Perak lwn Sarawak (Kumpulan D)
Lions XII lwn Kedah (Kumpulan D)



24 Ogos 2013 (Sabtu)
Selangor lwn ATM FA (Kumpulan A)
Sime Darby FC lwn Johor (Kumpulan A)

Darul Takzim FC lwn Felda United (Kumpulan B)
T-Team lwn PKNS FC (Kumpulan B)

Kelantan lwn Terengganu (Kumpulan C)
Negeri Sembilan lwn Pahang (Kumpulan C)

Sarawak lwn Lions XII (Kumpulan D)
Kedah lwn Perak (Kumpulan D)



27 Ogos 2013 (Selasa)
Sime Darby FC lwn Selangor (Kumpulan A)
Johor lwn ATM FA (Kumpulan A)

T-Team lwn Darul Takzim FC (Kumpulan B) 
PKNS FC lwn Felda United (Kumpulan B)

Negeri Sembilan lwn Kelantan (Kumpulan C)
Pahang lwn Terengganu (Kumpulan C)

Kedah lwn Sarawak (Kumpulan D)
Perak lwn Lions XII (Kumpulan D)



31 Ogos 2013 (Sabtu)
ATM FA lwn Johor (Kumpulan A) 
Selangor lwn Sime Darby FC (Kumpulan A)

PKNS FC lwn Felda United (Kumpulan B) 
Darul Takzim FC lwn T-Team (Kumpulan B)

Terengganu lwn Pahang (Kumpulan C)
Kelantan lwn Negeri Sembilan (Kumpulan C)

Lions XII lwn Perak (Kumpulan D)
Sarawak lwn Kedah (Kumpulan D)



17 & 18 September 2013 (Selasa & Rabu)
Johor lwn Sime Darby FC (Kumpulan A)
ATM FA lwn Selangor (Kumpulan A)

PKNS FC lwn T-Team (Kumpulan B) 
Felda United lwn Darul Takzim FC (Kumpulan B)

Pahang lwn Negeri Sembilan (Kumpulan C)
Terengganu lwn Kelantan (Kumpulan C)

Perak lwn Kedah (Kumpulan D) 
Lions XII lwn Sarawak (Kumpulan D)  



21 September 2013 (Sabtu)
Selangor lwn Johor (Kumpulan A) 
Sime Darby FC lwn ATM FA (Kumpulan A)

Darul Takzim FC lwn PKNS FC (Kumpulan B)
T-Team lwn Felda United (Kumpulan B)

Kelantan lwn Pahang (Kumpulan C)
Negeri Sembilan lwn Terengganu (Kumpulan C)

Sarawak lwn Perak (Kumpulan D)
Kedah lwn Lions XII (Kumpulan D)


__________________________________________________________________


MAKLUMAT-MAKLUMAT PENTING PERTANDINGAN PIALA MALAYSIA 2013


Kumpulan Piala Malaysia:

☞ Kumpulan A : Selangor, ATM, Sime Darby, Johor FA
☞ Kumpulan B : Johor Darul Takzim, PKNS, T-Team, Felda United
☞ Kumpulan C : Kelantan, Pahang, Terengganu, N.Sembilan
☞ Kumpulan D : LionsXII, Perak, Sarawak, Kedah FA

1. Peringkat Kumpulan;
  • Perlawanan 1 - Selasa, 20 Ogos 2013
  • Perlawanan 2 - Sabtu, 24 Ogos 2013
  • Perlawanan 3 - Selasa, 27 Ogos 2013
  • Perlawanan 4 - Sabtu, 31 Ogos 2013
  • Perlawanan 5 - Selasa, 17 September 2013
  • Perlawanan 6 - Selasa, 21 September 2013

2. Peringkat Suku Akhir;
  • Perlawanan Suku Akhir 1 - Selasa, 28 September 2013
  • Perlawanan Suku Akhir 2 - Jumaat, 4 Oktober 2013

3. Peringkat Separuh Akhir;
  • Perlawanan Separuh Akhir 1 - Jumaat, 18 Oktober 2013
  • Perlawanan Separuh Akhir 2 - Jumaat, 25 Oktober 2013

4. Perlawanan Akhir;
  • Perlawanan Akhir Piala Malaysia 2013 – Ahad, 3 November 2013.
Semoga JDT dan Johor FA berjaya dalam saingan Piala Malaysia 2013 kali ini. Sama-samalah kita memberikan sokongan ...amin ....Sekian, semoga membantu.

Sumber:
http://www.kakisembang.com
http://blogbualsukan.blogspot.com



Akmal Adanan, Photographer
+6013.779.3993

Wednesday, July 31, 2013

Are we well prepared?


Selepas, satu.. Sebuah lagi negara Islam bergolak. Sekarang, Mesir salah satu Kuasa ekonomi terbesar di middle east kini berantakan. Aku pun tak pasti siapa dalangnya dan bagaimana ia berlaku. Tapi, keadaan tidak aman ini dapat aku rasakan. Hubungan antara kaum kerap diuji, permusuhan dan perselisihan faham politik, rusuhan jalanan, hatred dsbnya semua telah dan sedang berlaku di negara ini ....

Persoalannya, adakah kita sudah cukup bersedia utk sebarang kemungkinan?


Akmal Adanan

Thursday, July 25, 2013

Belajar bersyukur, sempena Ramadhan Al-Mubarak

Today

Nak

Kepada rakan-rakan di sektor awam yang bila bekerja pun tak seberapa, dan tak pernah bersyukur dengan segala rezeki yang diberikan ...Sudah-sudah la tu. Mari kita sama-sama periksa diri kita sendiri, dan pada aku sesekali elok kita cuba tanya diri & hati kita ini...

"Adakah cukup segala usaha kita dalam pekerjaan yang kita lakukan?" ..Adakah kita telah berusaha sedaya upaya menjayakan setiap amanah diberikan ...ATAU Adakah hanya sekadar memenuhi masa di pejabat 8am - 5pm? Kpd yg betul2 bekerja, tahniah aku ucapkan ..aku pun tak sempurna, dan lalai (menaip fb dalam waktu bekerja - aku janji 7min jer).

Jangkaan aku (serkap jarang-maaf klu aku silap) ada a few mungkin dah tak berapa ada mood nk bekerja pun.. mood raya meluap-luap. Then, sibuk uruskan penjualan kuih raya batu buruk, baju kurung ala pahang, tudung fatimah, kasut raya dsbnya...

Sebelum aku lempang orang-orang yang tak reti bersyukur nie ..nasihat aku, jangan kita merungut tak tentu hala. kalau ko tak suka kerja yg ko buat skrg ni, at any time boleh berhenti. Ko bukan tak tahu berniaga menjanjikan rezeki yang lebih hebat ...Yang ko pergi kerja kerajaan ape pasal? ...

*Bersama nukilan ini aku suka utk share a thought from Dr. Azizan Osman




Dengan ingatan tulus ikhlas
Selamat menjalani ibadah puasa,
Akmal Adanan





"Maaf cakap! Bersyukurlah beb! 

Saya membaca banyak komen tentang bonus dapat RM500 sikitlah dan kenapa ada negeri yang boleh beri 1 bulan satu gaji. 

Maaf cakap! Di mana anda bekerja itu pilihan anda. Perkara asas yang anda perlu belajar buat adalah Bersyukur kepada Allah swt di atas rezeki yang diberi sedikit atau banyak! Mana nak ada keberkatan jika rezeki yang belum masuk pun kita dah komplen. Syukur! Buat sujud syukur. 



Saya perhatikan sekumpulan bangla yang solat berjemaah selalu di Masjid Seksyen 13. Anda bukan bekerja macam mereka, mereka bekerja lebih 15 jam sehari di restoran atau kedai runcit berdekatan, tinggal beramai-ramai dalam satu bilik kecil, merantau di negeri orang, puasa di negera lain, raya nanti tak ada siapa yang mereka boleh rayakan bersama, sesetengah orang lain yang tidak menentu waktu, gaji tak tetap dan memang underpaid. 

Siapa pun majikan yang kita telah pilih, kita bersyukur dan berterima kasih. Kalau tidak puashati, salurkan melalui saluran yang sesuai. Orang yang mencerca tempat dia mencari rezeki adalah seorang yang hipokrit. Saya dulu pun pernah bekerja dan hari ini saya adalah majikan. Hari ini anda pekerja dan satu hari mungkin anda juga akan jadi majikan. Bersyukurlah dan perbaikilah tahap kerja anda. Banyak saya tengok yang banyak komplen tu biasanya yang paing banyak "hilang" masa kerja. Ada sesetengah jabatan, 40 meja pekerja tapi yang ada 3 orang, itu pun tengah bincang pasal kuih raya. Bukan kat sini, kat selatan thailand. 

Maaf lagi sekali, cakap ni sebab saya sayangkan amalan kita yang hilang dimakan anai-anai yang kita panggil sendiri masuk ke rumah kita, tambahan pula di dalam bulan ramadhan. Cakap ni bukan sebab bagus, tapi ingatan buat diri sendiri dan staf saya juga, hidup bersyukur dan keberkatan akan melimpahi hidup kita Insya-Allah. Jika tak gembira dengan majikan kita, kita kan ada pilihan boleh cari majikan lain atau sendiri jadi majikan kepada diri sendiri? :)p "


- AzizanOsman -

Thursday, June 13, 2013

Technology Connecting People

Khamis, 130613 Kami meraikan monthly'versary yg ke beberapa kali malam ini sambil siapkan quotation wedding August nanti... Tq Cik Jee sebab sudi temankan yer. Quotation pun hampir siap... After this buat slide for tmrw's class pulak. 

Coffee in the making

Quotation August 2013 in progress

Masing masing menghadap smartphone and tablet sendiri
Gambar sebagai Hiasan



Terus teingat gambar ni !!!



Dunia sekarang sangatlah berbeza jika dibandingkan 10-20 tahun yang lepas. Segalanya bergerak pantas ...Macam macam boleh kita lakukan dengan smartphone/ tablet kita. Suka tak suka teknologi akan memberi impak kepada sosial life, family dan lifestyle kita. 

Bergantung bagaimana kita menguruskannya ...


Loc: @McD MITC, Ayer Keroh




Akmal Adanan, Photographer
+6013.779.3993

Saturday, June 8, 2013

Sarapan with Mat Sentul @ Plaza Larkin, JB

Me with Mat Sentul

1. Rutin pagi aku di JB lepas amek mak.. Terus sarapan ramai2. Hari ni makan terus dapat minum dengan artis se-era P.Ramlee, Mat Sentul. Lama tak nampak beliau di tv dan panggung. Dah beberapa kali berjumpa beliau di Plaza Larkin. Alhamdulillah, hari ni dapat borak sekejap tanya kabar. Walau sekejap tp sangat lah bermakna. Semoga diberikan kesihatan berkekalan padanya... Amin


Makan breakfast today

Akmal Adanan
0137793993

Friday, May 24, 2013

Alternatives: Where to fix your mac?

As reference

Kalau Apple Care anda telah pun tamat, and you are worried of sending ur lappy to Apple Service Center (which is known well expensive), now you have other alternative..


Semoga membantu
Akmal Adanan

Tuesday, May 21, 2013

Wan ...be strong

Wan (berbaju biru)

Assalamualaikum.. rakan-rakan yang mengenali Azwan Amir.. (e-one) telah dimasukkan ke ICU sejak 15hb Mei 2013 lalu ...mohon semua kawan-kawan doakan supaya Wan kuat hadapi cabaran Allah ini. Ya Allah, sungguh besar ujianmu kepada kawan baik ku ini ..kau kurangkanlah deritanya Ya Allah ....

Masih aku ingat kita selalu bermain dari kecil lagi sampai sekarang ....nakal bersama, mandi parit bersama, panjat pokok, dan sebagainya ....click HERE

Azwan telah meninggal dunia jam 2005hrs, Jumaat, 24hb Mei 2013. Click HERE.


Akmal Adanan, Photographer
+6013.779.3993

Friday, May 3, 2013

JUDGING A PERSON

Gambar di atas: Untuk renungan kawan yang suka kata orang lain
 bangang, bodoh, cilaka, dan sebagainya

Hari ini 3hb Mei 2013, lusa adalah hari yang paling penting buat rakyat Malaysia... Pilihanraya Umum Malaysia ke-13, bagi memilih kerajaan Malaysia yang baru. Sepanjang 30 tahun hidup di bumi Malaysia ni, boleh aku simpulkan pilihanraya kali ni antara yang paling sengit ...Masing-masing ingin menegakkan ideologi parti mereka ...

Paling aku kesalkan, bangsa Melayu aku yang aku sayangi bercakaran sesama sendiri, mengherdik, memaki dan mengutuk lawan mereka. Seolah-olah mereka sahaja yang paling betul. Ke mana nilai sopan dan santun kita dalam hidup bermasyarakat? Entah laa ...Cuba lihat kembali Rukun negara ke-5 KESOPANAN & KESUSILAAN ...nampak gaya yang tu dah nampak rapuh. Bila rukun negara rapuh/ hancur, begitulah juga mungkin gambaran apa yang akan terjadi kepada negara kita ini ...

Siapa yang lebih kejam jika bukan kita sendiri yang membawa kepada huru hara dan kehancuran negara kita yang tercinta ....




Sudah-sudah la sibuk kita nak berjuang nak gila utk parti kita ...aku percaya, 90% pengundi dah decide apa nak pangkah nanti ...chill sudah. Mana tau masa nak mengundi beliau terdetik nak tukar undi lantak merekalah ...korang nak gila bergaduh, habuk pun takda ...yang kenyang orang tu jugak ...besok dah menang ade die ajak ko makan malam bersama perdana menteri ...atas anugerah "macai" terbaik tahun ini ....

Buat semua wakil rakyat yang bertanding ...bekerja lah dengan ikhlas. Aku tak suka YB yang mempunyai agenda lain dalam perjuangan. Usahla kamu bermegah2 dengan pangkat dan kedudukan bila menang nanti. Jadi orang yang berkualiti. Kalau menang nanti, selain kamu serve kepada rakyat ..Aku harap satu jer, SATU PADUKAN SEMULA RAKYAT MALAYSIA seperti 90'an dulu.

Jadikan rakyat Malaysia rakyat yang sentiasa besederhana ...bertolak ansur, & hormat menghormati.


#Reflex

020513

030513

Friends.. lets do this ...then only we can think
to change something in a bigger perspective




Akmal Adanan, Photographer
+6013.779.3993

Wednesday, April 24, 2013

Perspectives in Life



The PRU13, 2013 campaign is very interesting and persuasive now ..You might have heard or encounter numerous political issues and stories from all different angles, and from various sources. Some might be true and some might be not. My advice is, be rational, think wisely and do not involve emotion when you deal with it.

Whatever it is ...I hope Malaysia will always in PEACE & HARMONY ...amin



Akmal Adanan, Photographer
+6013.779.3993

Have this ever happen to you?

Your comment?

1. Last night pukul 130am baru sampai rumah. Sebelum masuk tidur malam semalam, banyak juga perkara aku dah 'list' untuk siapkan pagi ini ...Walau penat kerja tetap diteruskan. Semangat nak buat kerja yang banyak menunggu memang tidak dapat aku bendung lagi. Sampai office aku on laptop, internet connected, terus melencong ...apa yang aku plan gagal lagi ... dan aku terpaksa blame internet connection yang laju sangat mengujakan.

2. Apa pun, aku sangat lega... hari-hari kritikal uruskan vacation 4D 3N to Johor & Tioman selesai. Alhamdulillah. Sekarang sibuk nak siapkan tentang laporan peperiksaan dan pelbagai tuntutan. Malam ni Mesyuarat Agung Cycle X MTB Club at Rembia. Esok (khamis) pagi aku cuti utk uruskan harta pusaka (rumah) tinggalan arwah ayah. Jumaat, ke KL urusan kerja ...Sabtu 3 jemputan kawin, Ahad, satu jemputan kenduri doa selamat.

3. Aku memang selalu berlatih menyibukkan diri ..bagi fit utk candidate PRU satu hari nanti ..ahahah!!!





Akmal Adanan, Photographer
+6013.779.3993

Saturday, April 13, 2013

Be different

Its all about being different ..would you?


Akmal Adanan, Photographer
+6013.779.3993

Wednesday, March 27, 2013

Kereta: Gearbox Wira 1.5i

Model Wira 1.5i kebanggaan negara Malaysia

1. Hari ini mari aku kongsikan pengalaman aku selama 2 hari dalam bidang automotif ...

2. Lebih kurang 5-6 bulan lalu, Gear box kereta Wira 1.5i Jee dah menunjukkan tanda-tanda penuaan. Setiap pagi, bila enjin dihidup dan dipanaskan, still ....kereta sukar digerakkan oleh kerana gear auto yang tak mau gigit (pepatah orang putih) atau kata lainnya ...enjin dah mengaum, tetapi kereta masih tak bergerak dan berada di situ. Bunyi mengaum itu sungguh merdu, sebagai tanda bahawa sejumlah wang perlu diusahakan untuk membaik pulih kotak gear berkenaan.

3. Boleh dikatakan kebanyakan pemilik kenderaan akan berasa takut bila mendapat petanda Gear Box yang hampir rosak atau clutch yang haus dan sebagainya. Tapi jangan terlalu risau dan terburu-buru. Tidak semestinya jika kereta anda mempunyai tanda sebegini, anda perlu menukar model kereta lain seperti Peugeot, Wolkswagon mahupun Produa. Anda boleh simpan wang anda untuk hari tua ...


Kotak gear 3 kelajuan. Gear 1, Gear 2 dan gear 3

4. Setelah membuat perbincangan rapi dengan Sam (bukan nama sebenar)... akhirnya kami bersepakat utk membuat operasi pembedahan kotak gear berkenaan. Setelah dapat dibuka, aku berasa lega kerana keadaan yang berlaku hanyalah disebabkan ruang rongga gearbox berkenaan kotor dan sedikit tersumbat. Maklumlah kereta pun dah hampir 20 tahun usia. Sam memberitahu, percentage gearbox berkenaan adalah masih baik dalam 70%. Akan tetapi beliau menasihatkan untuk aku menyimpan sedikit wang utk aku tukar gearbox dalam 1 tahun - 1 tahun setengah akan datang.

Okay lah tu ....not bad

Ruangan enjin. Menjana 70 kuasa kuda

Dilengkapi Steering MOMO buatan Italy,
asalnya nak masuk Ad Resort  akan tetapi tak fit. Hampeh

5. Walaupun kereta agak berumur, aku sangat suka model Wira ni. Selesa dipandu. Tahan lasak. Almost free maintenance. Variety & affordable spare parts. Dan yang paling penting, air cond Wira ni memang terbaik. Tiada yang sebaik dan setanding di dalam kelas-nya ....

* Bought Sept 2011.10.jb
* Written @Mydin Ayer Keroh, waiting Jee



Akmal Adanan, Photographer
+6013.779.3993