Adik-adik aku di pusara Abah, pada pagi Aidilfitri 9hb September 2010
1. Pagi yang indah itu, aku melalui pengalaman yang baru meraikan Hari Raya Aidilfitri. Di kala semua (kebanyakan) keluarga bergembira merayakan kemenangan menunaikan ibadah dalam bulan Ramadhan, aku dan keluarga diselubungi kesedihan.. Arwah Abah keseorangan di bawah sana.. Tiada lagi jasad utk kami salam, memohon keampunan, utk dipeluk etc. Terasa kekosongan yang tak dapat digambarkan. Hanya anak yatim tahu perasaan ini. Aku terus teringat saat arwah Abah menangis masa aku minta maaf pada pagi hari raya yang lepas.. mungkin tahu itu adalah hari raya terakhir buatnya ...LINK
2. Aku selalu terfikir, kadang-kadang kita terlalu menumpukan kepada persiapan dan keseronokkan hari raya. Sedang kita sibuk membeli baju baru, bertukar kepada kereta baru, sofa yang termahal, high heels yang cute dan sebagainya... tiba-tiba aku teringat akan keadaan di hospital. Pada satu sudut yang lain, ada kawan-kawan kita yang sibuk bertarung dengan maut.. cuba bertahan supaya terus hidup. Sukar bernafas, menangis menahan kesakitan, terpaksa melupakan keinginan beraya di luar, dan berdoa agar Allah meringankan beban yang ditanggung ...ianya tidak semudah yang dijangka. Semoga kita sedar dan selalu bersyukur atas semua kenikmatan yang masih sempat dikecapi.
3. Pada kesempatan ini, aku ucapkan jutaan terima kasih pada semua yang mengucapkan Selamat Hari Raya, & memohon maaf pada yang aku tidak sempat balas. Besar kemungkinan ia disebabkan oleh kealpaan atau perkhidmatan telekomunikasi yang agak bercelaru kebelakangan ini.. Al-Fatihah kepada Arwah Abah, Arwah Wak Miah, Abang Johan yang pergi meninggalkan keluarga kami baru-baru ini. Juga kepada semua muslimin dan muslimat yang telah pergi buat selamanya ...
4. Aku dengan rendah diri juga ingin memhon keampunan atas segala salah dan silap, terkasar bahasa, termakan dan terminum pada semua yang mengenali. Harap sudilah kiranya dimaafkan.
Akmal Adanan,
0127655165
1 comment:
blog yg menarik!
jemput join http://suhaidasupalio.blogspot.com/2010/09/peraduan-memori-di-pagi-raya.html
Post a Comment