Tuanku Sultan Ibrahim Ismail riding his motorbike on the official ceremony of KEMBARA TMJ 2010, Pontian, Johor
1. Sehari ke sehari, aku rasa aku makin tak adil pada diri aku sendiri. Sibuk bukan main lagi, sampai aku terlalu rindu untuk baring depan peti televisyen melihat rancangan kegemaran aku - Gerak Khas. Baru-baru ni siap kena saman pasal rumput rumah aku terlebih panjang. Tiap-tiap hari aku terpacak dalam kantor buat kerja. Sembahyang Terawih pun selalu jugak aku lepaskan, ini kurang baik utk kerohanian diriku. Dari sehari ke sehari inilah hidup aku. Apa nak jadi laa aku ni....
2. Hobby photography yang aku sayang makin lama makin slow. Keadaan memaksa aku kurangkankan aktiviti-aktiviti pengambilan gambar berunsurkan sukan, jenayah mahupun potrait. Banyak juga outing kawan-kawan terpaksa aku tolak ke tepi. Sebab apa? sebab komitmen aku pada negara. Aku dah dewasa, yang mana perlu aku dulukan, aku akan bagi keistimewaan.
3. Begitulah hidup. Tidak semua yang kita mahukan akan kita dapat. Insyaallah, ada ganjaran atas kesemua pengorbanan itu. Sebenarnya aku pun tak ada apa nak cerita malam ni. Dah 2 jam duduk pegi sana pergi sini apa pun tak siap. Baik aku tidur dan sambung esok pagi.
4. Hari ni aku berbuka puasa juga bersama students2 yg baik hati jemput aku makan bersama. At least terlepas laa kebosanan menelan air mineral & nasi goreng ayam di kedai seorang diri. Esok aku akan share gambar-gambar sekitar Perasmian Kembara TMJ 2010 di Pontian, yang sempat aku shoot last 3weeks. Lama dah simpan, selepas mendapat pelepasan baru aku berani share sini. Insyaallah. Thanks sudi baca... balik dulu laaa brader ...nite/ 010910 1119hrs
Akmal Adanan
0127655165
No comments:
Post a Comment