Thursday, July 15, 2010

Abah

Abah on the way to the ward

Semalam 13.07.2010 ..pukul 6.00 pagi mak telefon aku. Mak kata “Mal, tolong balik ke hospital batu pahat cepat, abah dah macam tak ingat, cakap macam-macam perkara pelik”. Mungkin abah dah tak tahan menahan kesakitan yang teramat. Aku pun bergegas pulang dari Melaka ke Hospital Batu Pahat (HBP). Antara apa yang abah cakap, dia tanya anak-anak dia “Mana pikah, kenapa tak lawat abah… kat hospital..abah dah lama kat hospital ni” …”Ami kenapa kau jauh, abah lama tak jumpa ami ..dtg la lawat abah mi, abah terseksa ni”. Dua orang adik aku ni belajar jauh …seorang di Bangi dan seorang di Kedah. Jadi mereka susah nak balik selalu. Ada juga abah sebut nama aku dan adik-adik aku yang lain. Sedih sgt bila mak aku cerita benda macam ni..

Abah aku sangat rapat dengan Ami, abah selalu pergi berubat kampung dengan Ami selepas Ami habis SPM. Memang sentiasa berdua. Aku ingat lagi semasa menghantar Ami ke UiTM Kedah, Abah mengadu pada aku dia tak dapat tidur “Kesian Ami kena belajar jauh, Abah tak boleh tidur Mal, ingat kat Ami malam tadi” Patut la walau abah sesak nafas, dan dalam kesihatan yang tentu pun dia teringin sangat nak menghantar Ami ke Kedah. Kesian Abah ..

Abah,

Sekarang Abah terlantar sakit di ICU. Baru semalam Mal jaga abah, bersihkan badan Abah, urut kaki & tangan abah yang bengkak teruk dan berbual-bual byk perkara. Sambil duduk abah berkata pada aku “Sakit Mal, abah tak tahan ni …bila dah baik ni memang Abah jaga elok-elok” Aku hanya dapat mendengar, dengan harapan kesakitan abah reda…

Abah memang seorang yang kuat. Dan berbulan-bulan dia menahan kesakitan, tidak pernah baring, hanya duduk sepanjang masa. Katanya dia akan sesak nafas kalau letakkan badan ke bawah. Namun sikit pun dia tak pernah telefon dan mengadu keadaan nya pada aku. Aku pun buat macam biasa assuming dia baik-baik sahaja.

Aku Tanya, “kenapa tak beritahu Mal”, Abah kata “Kau baru kerja Mal, kena kerja rajin-rajin, kerja elok-elok, abah tak mahu kacau”.. “Minta maaf yer Mal kau kena datang jaga Abah hari ni”. Sedih betul aku dengar Abah aku cakap macam ni. Malam sebelum abah masuk ICU, nafas abah makin sesak, abah kurang respons dan kurang bercakap dengan aku. Abah demam, 39deg Celsius. Mungkin abah semakin tidak selesa dengan keadaannya. Tapi, sebelum aku balik malam semalam, abah berkali-kali cakap, “Terima kasih banyak-banyak ye mal.. abah minta maaf susahkan kau, bawa kereta balik nanti baik-baik” …

Abah,

Pagi ni 15.07.2010, Mal datang lawat abah lagi. Doktor panggil Mal untuk tandatangan surat keizinan untuk doktor masukkan satu lagi saluran untuk mereka buat Dialisis Darah secepat yang mungkin. Mal minta maaf bah, mal yang bertanggungjawab memberi keizinan untuk doktor buat semua ini pada badan abah. Setakat ni mal dah sign 4 surat keizinan. Mal tau abah akan rasa sangat sakit, tapi Mal memang tak ada pilihan lain bah. Mal dah bincang dengan Mak dan adik-adik, hanya ini jalan terbaik untuk abah. Harap abah dapat maafkan Mal untuk semua ni. Minta maaf Abah…

Pagi ni juga, Mal sempat bisikkan pada abah, “abah, mal datang ni bah, mak ada, adik-adik ada, cik an ada, semua ada tengok abah, abah kena banyak sabar ye bah, kuatkan semangat.. kita semua nak abah cepat sembuh dan kita boleh hidup macam biasa. Abah kena lawan jangan mengalah” Abah gerakkan mata dia macam nak membalas kata-kata aku.. tak sampai hati aku tengok keadaan abah dengan semua tiub dan wayar seluruh badan, mesti abah tak selesa kan bah.. abah banyakkan sabar k

Abah, harap abah cepat sihat ye bah …Mal sentiasa doakan abah kuat menghadapi cabaran ini..




Akmal Adanan
from Intensive Care Unit (ICU)
Hospital Sultanah Fatimah, Muar, Johor
0127655165

14 comments:

Chaireel Azizee Mohamed @ Ayub said...

semoga ayah bro cepat sembuh

syam BEE PEE said...

Saya doakan agar Abah Akmal cepat sembuh. unggal dan isteri(yeast)

AKMAL PHOTOGRAPHY said...

Terima kasih Khairil, juga Unggal & yeast.. insyaallah semuanya akan baik-baik belaka ..amin

aj3k said...

Mal, semoga suma baik2 belaka.Aku kat sini doakan semoga ayah ko sihat seperti sedia kala.Banyak bersabar ye brader.

fattah said...

semoga ayah ko cepat sembuh... banyakn berdoa...

fattah said...

semoga ayah ko cepat sembuh... banyakn berdoa...

Unknown said...

Be strong Mal

AKMAL PHOTOGRAPHY said...

fatah, hafiz, ajek aku sgt menghargai doa kamu semua...semoga doa kamu semua memberi seribu kekuatan ...amin

A.O.D rudy said...

aku doakan semoga ayah ko cepat sembuh.

Rosli Arof said...

Setiap ujian yg dtg pasti hikmahnya, sabar dan istigfar byk2...
insyallah ayah bro smbuh dan sihat semula...
Dan aku harap bro lbh kuat dan tabah tuk ayah dan mak...
Amin...

si unique said...

saya dan rakan2 mendoakan agar en akmal tabah dan semoga ayah en akmal sembuh dan sihat sedia kala..

azharariff said...

Akmal, mudah2an abah kau sembuh, insya'allah. Usaha dah usaha, Sekarang tinggal tawakkal.

Unknown said...

steady bro...aku pun terasa...aku tak close sgt dgn abah aku...tp sejak mak aku takder...dah jd lain...aku makin rapat...ye lah...dia jer yg tinggal...

apa pun alfatihah utk kedua2 org tua lu...tak kira dia masih hidup atau pun dah takder...

Sayangi org tua anda sementara mereka masih hidup...

Ariff photographer said...

bro takziah atas pemergian ayah tercinta... yg hidup akan mati n yg masih hidup kene cekalkan hati menempuhi hari2 mwndatang..hanya doa dapat kwn2 kirim unt arwah ayah mal.. sabar bnyak2 k mal...