Wednesday, September 15, 2010

MALAM REUNION SMKDS SPM '82

1. Hari Raya Aidilfitri tahun ini agak suram, tp pada masa yang sama aku agak sibuk dengan aktiviti-aktiviti photography dan pelbagai tugasan lain. Pada hari raya yang ke-empat lalu aku mendapat panggilan untuk coverage satu assignment yang pada aku sangat unik. Ada beberapa perkara yang membuatkan event ini sangat spesial atau dalam bahasa latinnya 'special' ... Malam Reunion SPM '82 SMKDS (Sekolah Menengah Dato' Sulaiman). Dalam banyak-banyak reunion event aku cover, this one agak berlainan ..dan meninggalkan kesan.


2. Pertama sekali, sekolah SMKDS ini adalah sekolah Ibu yang membesarkan aku. Kedua, sekolah ini juga yang mematangkan aku dari seorang budak kepada seorang remaja. Ketiga, kesemua pakcik-pakcik dan makcik aku juga bersekolah disini. Nenek aku pulak, aku tak brapa pasti sebab dalam sejarah hidup aku, belum terfikir nak bertanya tentang perkara ini.. mungkin aku boleh menimbang cara untuk bertanyakan soalan ini nanti.
3. Ok, berbalik kepada cerita entry ini... Reunion Night ini adalah initiative beberapa orang kuat student batch '78-'82 ...antaranya Zailani Mansor, Nazlan, Abu Bakar, Hasan dan beberapa lagi (sila update saya kemudian).. Majlis dirasmikan oleh Pengetua SMKDS, En. Misli Rosbadi yang sangat bersemangat!! semua berasa bangga.. Macam-macam acara ada pada malam tu... adalah lebih baik untuk gambar-gambar yang bercerita ...sila lahhh



4. Seronok betul aku tengok muka-muka semua yang hadir ...bayangkan last sekali mereka bersama adalah bila umur mereka 17 tahun... sekarang umur mereka adalah 45 tahun.. Setelah 28 tahun berpisah semua mereka berjumpa bersama suami/ isteri dan anak masing-masing. Pada malam yang sama, cikgu-cikgu veteran yang mengajar mereka dulu juga hadir memeriahkan suasana. Antaranya Cikgu Nengseh, Cikgu Othman, Cikgu Katirah & mak Aku Cikgu Tusiah... Fuhhhh!!! aku pun teringin untuk buat macam ni.. ok kawan-kawan batch 2000 jom kita buat utk kita pulak...

5. Tahniah kepada organizer yang berjaya melangsungkan event yang sangat bermakna.. Tahniah juga bagi semua pelajar SPM '82. Ada yang menjadi guru, leftenan tentera, DSP polis, pensyarah, businessman, arkitek dsbnya sudi meluangkan masa utk datang walau tinggal di KL, Perak, Labuan malah Hong Kong sudi turun utk bersama. Berpeluh juga aku shoot event malam ni sebab dah lama tak beraksi. All in all harap semua happy dan sentiasa mengingati masa-masa indah ini. Selamat Hari Raya!!! Maaf Zahir & Batin.

Lain-lain gambar, sila click SINI.






Akmal Adanan,
0127655165

No comments: