1. Alhamdulillah, berkat kesabaran aku membayar bil celcom beberapa tahun yang lepas, hari ini akhirnya terbalas. Celcom menghadiahkan RM5000.00 Voucher (aku pilih Metrojaya) utk shopping sakan!! Kalau lah boleh aku nak beli 2-3 air-cond sbb cuaca sgt panas kebelakangan ini.
2. Jangan tanya macam mana aku menang pertandingan ini. Nama pertandingan ini (Talk A Thon-Call and Shopping) pun aku hanya tahu selepas aku menang. Memang style cara aku menang kali ni. Soalan yg ditanya mmg agak mencabar. Tunggulah, mana tau 1-2 hari ini telefon kamu yg berbunyi. Jawablah dgn yakin dan adil.
3. Okay lahh ...sapa yg ade cadangan Metrojaya mana aku patut pergi, apa patut aku beli... sila beritahu. Aku ni org kampung, Xpenah pulak shopping tempat2 mcm nie. Nasib baik aku Xpilih Giant sbg hadiah. Mau penuh rumah aku dgn barang-barang dapur.
4. Hari ni mak and adik2 aku akan touch down selepas seminggu di Jakarta-Bandung-Medan. Maybe nk bg sikit pada mereka nanti.
* Syarikat telekomunikasi lain patut contohi Celcom ni. Bukan asik nak untung jerr. Sesekali kena ada sifat memberi ...
Akmal Adanan
Celcom Melaka Branch 1226 hrs
Showing posts with label Announcement. Show all posts
Showing posts with label Announcement. Show all posts
Friday, November 25, 2011
Sunday, November 6, 2011
Salam Aidiladha 1432H
1. Ini tahun ke-2 aku beraya haji tanpa abah. Saat aku pegang batu nisan abah, masih segar ingatan aku memasukkan tanah ke dalam liang lahad abah. Rasa macam tak sanggup utk berbuat begitu pada org yg kita sayang ..
2. Tak jauh dari sini jelas kedengaran suara takbir berkumandang ...Allahuakbar ..Allahuakbar ...Ya Allah, sungguh besar kuasa-Mu, sesungguhnya hambamu ini sangat kecil dan memerlukan bantuanmu ...
3. Semoga semua kaum muslimin dan muslimat dapat sesuatu dari ibadah qurban hari ini. Aku macam biasa akan tolong orang2 kampung bersama-sama.
Salam Aidiladha ...
Akmal Adanan
Dari tanah perkuburan Simpang Tiga,
0137793993
Thursday, November 18, 2010
IBADAH QURBAN 1431H/ 2010
Me with one of the leg of the sacrificed cow, on Hari Raya Qurban, 1431H/ Batu Pahat, Johor.
1. Tahun ini, keluarga aku menjalani ibadah Qurban dengan menumbangkan seekeor lembu. Terima kasih orang-orang kampung yang sama-sama membantu dalam menjalani ibadah ini. Kalau nak harap aku ..mau tak makan daging laa sampai ke malam. Walaubagaimanapun, Aku sempat juga pegang bahagian peha lembu masa saat sembelihan, tak sanggup nak tengok saat pisau tu memotong urat di leher lembu tu. Kalau dulu, saat tu laaa aku shoot bahagian tu bagi detail ...tapi sekarang tidak lagi. Boleh rasa mcm mana lembu ni menerima ujian Allah masa otot dia bergerak menahan kesakitan.
2. Tahun ni juga aku tak shoot banyak gambar memandangkan aku dah menjadi ketua keluarga ...menggantikan arwah ayah aku. Aku banyak membantu kerja-kerja melapah, mengangkat dan memotong daging utk dibahagikan kepada penduduk setempat. Huhhh!! penat juga kerja ni rupanya ..
3. Aku perhatikan sorang demi sorang pakcik-pakcik yg ada semalam. Dari pangkat pakcik sekarang dah jadi pangkat Atuk. Tua dah mereka ni. Kadang aku terpikir, sapa pulak laaa nak ganti tempat mereka utk sembelih lembu-lembu ni in future. Bila aku tengok kawan-kawan aku yang ade ni, nampaknya macam belum ade yang berbakat nak take over. Nak harap aku mmg laaa susah kan ....
4. Apa pun, hidup bermasyarakat ni memang laa bagus. Aku dapat rasakan keseronokkan dapat bekerja bersama. Semua melakukan tugas masing2. Ada yang menumbangkan lembu, yang menyembelih, yang melapah, masak makanan dan macam-macam lagi.
Harap benda ni akan kekal selama-lamanya.
* Gambar akan diupload kemudian ...
Akmal Adanan
0127655165
Wednesday, November 17, 2010
Selamat Hari Raya Aidiladha 1431H
Al-Fatihah buat Abah kembali ke Rahmatullah pada 19-07-2010
1. Selamat Hari Raya Aidiladha aku ucapkan kepada semua umat Islam di dunia.
2. Tahun ini keluarga aku menunaikan ibadah qurban ...tanpa Abah yang pergi meninggalkan kami July2010 yang lalu.
3. Saat dan ketika ini, aku betul2 di sebelah kubur Abah di kampung. Abah, Mal harapkan Abah gembira di dalam ..meraikan aidiladha buat pertama kali.
4. Mak and adik2 tengah memasak di rumah menyediakan makanan utk org kampung yg akan melakukan ibadah qurban sebentar lagi...
5. Ok Abah, Mal mintak diri dulu. Kubur abah dah cantik hari ni. Terima kasih pada jiran yg datang menghadiahkan bunga yg ceria.
Salam..
Akmal Adanan
0127655165
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Wednesday, October 20, 2010
Selamat Tinggal Embah
1. Hari ini genap 3 bulan Abah pergi tinggalkan aku dan keluarga... Kerap juga aku bermimpi tentang Abah kebelakangan ni. Mungkin sebab rindu atau ntah tak tau laa apa sebabnya. Aku cuba utk tidak memikirkan perkara ni ...sbb bila aku fikir, aku menjadi terlalu sedih dan hiba. Sayangnya, hari ni juga seluruh keluarga aku sekali lagi menerima sebuah berita sedih... kali ke empat utk tahun 2010 ini.
2. Embah (Atuk) aku yang disayang telah pergi buat selamanya (83tahun) pada pukul 1440pm tadi .....19.10.2010. Masih segar dalam ingatan, mbah yang sangat pemurah, selalu melayan aku masa kecil, memberi aku duit setiap kali balik ke kampung dan fulfil apa saja permintaan yg aku nak. Masih juga ingat, bagaimana sayangnya Mbah pada cucu-cucunya, dia menabung wang syiling RM1 selama setahun, utk diberikan pada cucunya pada hari raya pertama. Punyalah lama mbah menabung sampaikan dia lupa tahun itu wang Syiling RM1 tidak digunakan lagi ...
3. Hari ini ...tepat jam 1240 mak call dan beritahu mbah dah nazak... aku tersentak! Patut laa aku asik teringat mbah... Apa yg aku rasa selama 2-3 hari ni benar-benar ingin memberitahu aku sesuatu. Patutlah mbah sangat lain selepas kematian anak perempuan Wak Miah, anak lelakinya Abah & cucunya Johan (May, July & August 2010). Masih ingat lagi bila mbah dtg ke Wad HWD melihat jenazah abah ..mbah kata, "Pergi panggil doktor, masih panas ni, hidup lagi..." seakan tak boleh menerima pemergian anak bongsunya itu. Sejak itu, embah tak lalu makan dan banyak mendiamkan diri.
5. Selepas menerima panggilan, Aku bergegas pulang ke BP dan terus ke kampung di Tangkak. Walau terkilan tak dapat melihat mbah ..aku bersyukur dapat uruskan jenazah mbah hari ni. Semuanya berjalan lancar ...dipermudahkan urusan. Alhamdulillah...
6. Mbah ....Semoga mbah aman di sana ...
Cucu Embah
0127655165
Tuesday, September 14, 2010
Pagi Hari Raya Aidilfitri 1431H
Adik-adik aku di pusara Abah, pada pagi Aidilfitri 9hb September 2010
1. Pagi yang indah itu, aku melalui pengalaman yang baru meraikan Hari Raya Aidilfitri. Di kala semua (kebanyakan) keluarga bergembira merayakan kemenangan menunaikan ibadah dalam bulan Ramadhan, aku dan keluarga diselubungi kesedihan.. Arwah Abah keseorangan di bawah sana.. Tiada lagi jasad utk kami salam, memohon keampunan, utk dipeluk etc. Terasa kekosongan yang tak dapat digambarkan. Hanya anak yatim tahu perasaan ini. Aku terus teringat saat arwah Abah menangis masa aku minta maaf pada pagi hari raya yang lepas.. mungkin tahu itu adalah hari raya terakhir buatnya ...LINK
2. Aku selalu terfikir, kadang-kadang kita terlalu menumpukan kepada persiapan dan keseronokkan hari raya. Sedang kita sibuk membeli baju baru, bertukar kepada kereta baru, sofa yang termahal, high heels yang cute dan sebagainya... tiba-tiba aku teringat akan keadaan di hospital. Pada satu sudut yang lain, ada kawan-kawan kita yang sibuk bertarung dengan maut.. cuba bertahan supaya terus hidup. Sukar bernafas, menangis menahan kesakitan, terpaksa melupakan keinginan beraya di luar, dan berdoa agar Allah meringankan beban yang ditanggung ...ianya tidak semudah yang dijangka. Semoga kita sedar dan selalu bersyukur atas semua kenikmatan yang masih sempat dikecapi.
3. Pada kesempatan ini, aku ucapkan jutaan terima kasih pada semua yang mengucapkan Selamat Hari Raya, & memohon maaf pada yang aku tidak sempat balas. Besar kemungkinan ia disebabkan oleh kealpaan atau perkhidmatan telekomunikasi yang agak bercelaru kebelakangan ini.. Al-Fatihah kepada Arwah Abah, Arwah Wak Miah, Abang Johan yang pergi meninggalkan keluarga kami baru-baru ini. Juga kepada semua muslimin dan muslimat yang telah pergi buat selamanya ...
4. Aku dengan rendah diri juga ingin memhon keampunan atas segala salah dan silap, terkasar bahasa, termakan dan terminum pada semua yang mengenali. Harap sudilah kiranya dimaafkan.
Akmal Adanan,
0127655165
Thursday, September 2, 2010
Selamat Hari Raya Abah ...
Dah lebih 40hari abah pergi tinggalkan kami. Sabtu lepas kita semua buat kenduri tahlil utk abah. Sekejap betul masa berlalu. Kadang-kadang bila scroll down phone book hp Mal ni ternampak phone number abah, teringat macam nak call and tanya kabar abah je. Tp abah dah tak ada.. dah tak boleh dengar suara abah lagi. Lagi-lagi masa puasa ni, dan hari raya yang semakin dekat, perasaan rindu tu makin lama makin kuat...
Mal masih ingat masa kecik-kecik dulu, abah selalu bawak mal naik moto, pegi masjid kat simpang tiga dekat-dekat rumah kita utk sembahyang terawih sama. Nanti abah ambilkan mal kuih-kuih dan air teh panas utk Mal minum. Mal tanya org lain tak minum lagi, tengah sembahyang... mcm mana Mal nak minum, Abah kata, tak pe, minum je, Abah kenal orang yang jaga air ni. Budak kecik tak pe takde orang marah.. Concern betul Abah kat Mal ...
Lepas je sembahyang terawih, abah selalu bawa Mal jalan-jalan pegi pasar, tengok-tengok baju, kasut utk hari raya. Masa tu mmg best betul, nak apa pun abah akan belikan. Ingat lagi satu hari lepas sembahyang terawih tu, abah nak beli barang dapur.. Mal nampak satu alat permainan - Van warna hijau, cantik. Memang teringin sangat nak beli and main kat rumah.. Tp Abah kata kan dah ada byk mainan kat rumah tu. Tak payah laa beli k... Budak kecik mmg selalu harapkan apa yg dihajati dituruti. Mungkin tak sampai hati... Abah pun mengalah, dia belikan tanpa banyak soal.
Abah,
Bila dah besar... Mal minta izin utk dptkan hp dengan nombor sekali. Masa tu nak beli nombor pon harganya RM200.00. Abah kata takpe, senang ada hp bila Mal belajar jauh-jauh. Abah temankan Mal pergi Batu Pahat. Mal ni cerewet sikit, tak tahu nak pilih nombor mana. At last abah pilihkan Mal nombor 0127655161. Ok. Then kiteorg pon balik. Sampai suku jalan, Mal tukar fikiran.. nak tukar nombor lain. Abah sikit pun tak marah, die cuma tanya, betul ko nak tukar Mal? klu betul Abah buat U-turn skrg. Sanggup Abah pusing balik layan kerenah Mal ...Mal ingat lg ...dan sampai sekarang Mal pakai no ni 0127655165.
Bila di Universiti, Mal ckp ngan Abah, Mal teringin nak ada moto sendiri. Abah kata abah tak cukup duit la Mal... adik-adik suma nak pakai duit... yang Abah ade sikit je. Tp Mal insist nak juga. Then, abah kata Xpe, nanti abah try pujuk mak tolong k. Mal doa je byk-byk. Selang few days mak bagi green light. Mal dapat motor baru. Alangkah bahagianya masa tu. Bila mal besar lagi sikit, Mal nak beli kereta. Mal ckp kat abah. Abah, carikkan kereta utk Mal. Abah pun relax je... sehari ke sehari, Mal dgn Abah meronda seluruh bandar Batu Pahat cari kereta. Berbulan bulan kita sama-sama keluar cari kereta. Mal ingat lagi, berbelas biji kereta kita test.. Abah tak merungut pun. Walaupun Abah penat balik dari sekolah, Abah tetap layan Mal carik kereta tu sampai dapat ...kesian Abah.
Abah ...
Itu baru sikit pengorbanan Abah dalam hidup Mal. Ya Allah ...Pengorbanan Abah & Mak utk Mal memang tak terbalas. Duit, penat & lelah utk Mal semua Mak Abah turuti. Sayang sangat... bila aku dah besar, aku tak sempat nak balas jasa baik Abah. A few time hp Abah rosak, tp, Mal tak pernah ada initiative nak belikan yang baru utk Abah. Bila apa-apa Mal cuma selalu call Mak je ..and just kirim salam kat Abah. Apa ntah perasaan Abah masa tu. Mal jarang belikan Abah makanan kegemaran Abah sbb Mal selalu berada jauh dari rumah... Mal jarang balik kampung. Mal tak pernah ambil tahu apa yang Abah nak sepanjang Mal berada di perantauan. Mal jarang belikan Mak & Abah hadiah ....Mal jarang dapat hantar Abah pergi hospital buat regular check. Semua yang Abah buat pada Mal, memang jarang Mal dapat balas... Apalah nasib abah ...
Abah, masa kita semua hantar Ami belajar di Kedah, Mal bangga sangat sempat potong kuku kaki abah. Mal sempat bersihkan kaki Abah... Mal belikan Abah air dan makanan sbb abah tak boleh jalan makan sama-sama kitaorg. Seksa sungguh abah masa tu. Sepanjang perjalanan dr Johor - Kedah abah jarang keluar. Abah kuat, sikit pun abah tak mengadu. Masa-masa akhir Mal dengan Abah, Mal sempat uruskan Abah di hospital. Mal ingat semua niat Abah utk belikan laptop & kamera utk Ami. Duit claim Abah mak dah dapat. Lepas raya ni Mal pastikan niat Abah tu ditunaikan. Alhamdulillah, Mal dapat teman abah dalam ambulance masa hospital transfer abah ke ICU Muar. Mal juga teman Abah setiap hari di sana ....sampai Abah pergi buat selama-lamanya...
Abah, semalam Abah datang dalam mimpi Mal lagi sekali ...Mal rasa mal dapat tahu apa Abah nak sampaikan malam semalam. Nanti Mal tanya Mak berkenaan ni ...
Selamat Hari Raya Abah ...
Akmal Adanan
01276556165

Tuesday, August 31, 2010
HAPPY 53yrs INDEPENDENT DAY MALAYSIA!
1. Hari ni aku nak story series sikit.. (jgn ketawa2) sebab ni berkenaan masa depan negara kita. Dulu aku rasa seronok je berada di Malaysia. Sekarang pun seronok juga... tp kurang sikit. Pasal apa? aku dapat rasakan budak-budak sekarang ni tak tahu menilai dan menghargai keamanan dan kebebasan di Malaysia ni. Dulu masa aku kecil remaja, aku tak pernah shout ntah apa-apa status di Mukabuku. Tp sekarang, bila tak puas hati je, mula laa 'fuck laa' (dengan izin) 'sucks laa' (dengan izin) dan perkataan perkataan sewaktu dengannya. kadang-kadang, nak buang air kecil pun tulis status kat wall post. Ada jugak yang kejap, Single kejap double, dan bila dah berkecamuk menjadi Complicated. Ntah apa-apa ...
2. Itulahh, bila mak ayah suruh baca buku malas... muka buku juga yang dibacanya. Baca kawan-kawan punya status, nak pergi toilet, nak mandikan kucing, nak potong kuku mahu juga kawan yang ingin buang sampah. Semuanya nak cerita kepada seluruh dunia. Kalau Presiden Barrack Obama baca tentu die pun marah. Itulah, nampaknya langkah kerajaan melahirkan ramai ulat buku, rakyat yang rajin membaca sukar untuk menjadi... Umat manusia byk membuang masa. Juga rakan2 yg setiap masa shout di wall status: Boring... Aku rasa elok die gunakan masa boring tu sebaik2nya. Aku ckp terus terang, aku rasa dah bertahun-tahun tak penah rasa boring. Kadang teringin jugak nak ada perasaan tu kan?
3. Aku masih ingat salah sorang rakan perjuangan aku, umur dekat2 4oyrs old. Dia tulis at his FB "Masih terngiang-ngiang pesan Mak Ayah, belajar rajin-rajin, nanti dapat kerja yang elok, hidup menjadi senang". Mungkin kawan aku ni menghadapi kesukaran dalam hidupnya, aku pun tak pasti. Sebagai kawan aku doakan yang terbaik untuknya. Lumrah hidup memang begitu, kita perlu susah dahulu untuk mendapatkan kesenangan di kemudian hari. Boring kan dengar pepatah "Kalau tak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya" ..tp ingatlah, bila kita susah esok kita akan sentiasa ingat setiap masa yang kita bazirkan dulu. Ingat... Siapa kamu pada hari esok adalah bergantung kepada apa yang kamu lakukan hari ini ...
3. Sempena Hari Kemerdekaan ni, aku nak ucapkan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Ke-53 Tahun kepada semua kita satu Malaysia. Banyak aku perhatikan, skrg sentimen perkauman ni makin hari makin teruk. Kita selalu berprasangka buruk terhadap kaum lain. Susah sangat ke nak bersangka baik, hormat menghormati? Knp mesti mcm ni? Politik? Ego? ker hati busuk? Pada aku senang je. Setiap kaum, tak kira siapa anda, mesti tahu limit, hak masing-masing dan pada masa yg sama hormati hak kaum-kaum yang lain. Kita semua manusia, Melayu, Cina, India... akhirnya kita mati juga kan?? then buat apa nak bergaduh sana sini... tak payah nak jadi hero. Harap semua kembali pada satu. Kita tinggal di negara yang sama.. tak perlu nak berbalah dan merosakkan negara sendiri.
Akmal Adanan,
0127655165, CREATIVE 9 IMAGES

Tuesday, August 17, 2010
Ikhsan, semoga kamu aman di sana ...
1. Ramadhan kali ini betul-betul mengajar aku... tentang erti sebuah kehidupan. Aku selalu fikir aku ni hebat, aku yang terpandai, dan aku adalah yang terbaik. Aku ada kerjaya yang baik, Aku ada kereta besar, Aku ada gadget yang canggih, Aku ada semuanya di dunia. Tiada siapa yang lebih baik dari aku. Aku seringkali ego... kononnya aku sajalah yang betul, dan yang lainnya salah. Aku memandang rendah pada orang lain. Aku leka dalam kehidupan yang penuh keseronokan.
2. Kesenangan membuatkan aku terlupa. Sesungguhnya, semua ini hanyalah hiasan dunia. Yang kekal abadi adalah milik yang Maha Esa. Pengalaman aku melihat Abah menghadapi sakaratul maut membuatkan aku betul-betul tersedar. Sungguh besar kuasa Mu Ya Allah... Aku terfikir, besar sangatkah aku ini? Hebat sangatkah aku ini? Sekuat mana aku menghadapinya nanti? Sesungguhnya aku tahu, aku terlalu kecil jika dibandingkan dengan keesaanMu..
3. Pada hari Ahad 15.08.2010, salah seorang rakan sekolah aku, Mohd Ikhsan, telah kembali ke Rahmatullah. Ihsan bukan berumur 70 tahun, bukan 60 tahun, juga bukan 50 tahun. Arwah baru berusia 27 tahun. Kematian bukan hanya utk mereka yang sudah tua. Dalam sekelip mata, nikmat keseronokan hidup di Dunia ditarik. Sebulan yang lepas, arwah demam. Kemudian keadaan semakin buruk. Arwah dimasukkan ke wad. Menurut cerita rakan-rakan, arwah mempunyai masalah di bahagian perutnya. Selepas operation, Arwah koma dan dimasukkan ke ICU selama seminggu. Alhamdulillah, beliau sedar, keluar ke wad semula dan dibenarkan pulang. Pada hari Sabtu petang, kawan2 dtg menziarah. Arwah berbual macam biasa. Tapi Allah lebih menyayanginya, beliau meninggal dunia pada hari Ahad jam 10 malam.
4. Kalau kita diberi masa sebulan... cukupkah masa itu utk kita gunakan bagi mengumpul pahala dan menghapuskan segala dosa?
5. Kawan-kawan dan semua yang membaca. Kematian bukan semudah yang dijangka. Dulu aku jarang ambil kisah tentang rakan yang sakit, atau kemalangan mahupun jiran yang meninggal dunia. Aku selalu berfikir ia tidak berkaitan dengan aku, tidak berapa penting, dan ianya perkara biasa sahaja. Bila ia terjadi pada keluarga aku sendiri ...baru aku tahu, besarnya erti kita melawat rakan yang sakit. Melawat jenazah yang meninggal dunia, bacakan Al-Fatihah, bersedekah untuk meringankan beban keluarga dan bersama-sama datang ke kenduri membacakan tahlil utk disedekahkan kepada si mati...
Sesungguhnya kita tidak akan pernah tahu bila masa kita ...semoga kita sama-sama berubah ke arah kebaikan. Amin..
Akmal Adanan
0127655165
Tuesday, August 10, 2010
Selamat Menyambut Ramadhan 1431H
Aku bertemu Abang Johan kira-kira tiga minggu yang lepas semasa kematian Abah ...memang tak disangka kali ini giliran Abg Johan tiba. Dalam umur 41 tahun, Abg Johan meninggalkan anak-anak yang masih lagi kecil dan mungkin tak mengetahui apa. Astaqfirullahalazim, semoga segala urusan keluarganya dipermudahkan Allah s.w.t... Aku dapat rasakan kesedihan mereka apabila melihat anak-anak kecil ini menangis teresak-esak melihat jenazah ayah mereka perlahan-lahan dimasukkan ke dalam tiang lahat dan dikebumikan.
Masih lagi terngiang-ngiang bait-bait bacaan Talkin yang dibacakan kepada Allahyarham setelah selamat dikebumikan juga mengingatkan aku kepada arwah abah... Dengan keadaan yang sunyi di tengah-tengah tanah perkuburan, bunyi tangisan anak-anak, dan keluarga, bau kemenyan yang sungguh harum membuatkan aku sungguh tersentuh, menusuk kalbu, dan menginsafkan. Aku akui, dalam hati.. aku menangis ...Baru aku perasan, sesungguhnya Aku ini adalah hamba Mu yang hina dan sangat lemah..
"Bismillahhirrahmannirrahim.
Maha suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa.
Maha suci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.
Maha suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.
Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang maha besar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala."
Tinggallah segala keseronokan dan kesenangan di dunia yang sementara. Aku tahu, sesungguhnya alam akhirat adalah alam yang kekal selama-lamanya. Ya ALLAH, semoga dipermudahkan segala urusan hambamu di dunia dan di akhirat. Kasihanilah mereka-mereka yang telah pergi selamanya. Semoga mereka tenang dan aman di sana .. sesungguhnya hanya kepada Mu aku meminta pertolongan.. Semoga semua ini menginsafkan kami yang masih lagi lalai dengan keseronokan dunia.. Insyaallah..
Semoga segala dosa Allahyarham/mah diampunkan ...Amin
Selamat Menunaikan ibadah Puasa pada tahun ini. Sesungguhnya Ramadhan kali ini akan menjadi sesuatu yang sangat berbeza dari tahun-tahun sebelumnya. Sebuah kerusi yang selalu Abah duduk masa kita makan sahur dan berbuka sama-sama akan kosong. Tak ada lagi orang nak belikan kita lauk untuk dimasak dan kuih-muih untuk berbuka nanti Abah. Tak apa lahh, Mal akan ganti tempat Abah nanti. Abah jaga diri elok-elok di sana ...
Selamat berpuasa ...
Seorang rakan sekolah aku, Mohd Ikhsan sekarang terlantar di ICU HBP ...semoga kau kuat menghadapi semua ni Ikhsan. Aku akan datang lawat kau nanti Insyaallah!!! Kuatkan semangat dan terus hidup macam biasa. Doa aku sentiasa untuk kau... Amin.
Akmal Adanan
0127655165
Wednesday, August 4, 2010
Selamat Tinggal Abah
Abah... tanggal 19hb Julai 2010 akan menjadi salah satu tarikh yang amat bermakna buat hidup Mal. Hanya dua hari sebelum hari lahir Mal, Abah tinggalkan Mal buat selama-lamanya.. Mak, dan adik-beradik semua amat tersentak dengan pemergian Abah... Kenapa terlalu awal Abah pergi meninggalkan kami? Abah, puas Mal menangis masa abah nak pergi meninggalkan kami hari tu. Bunyi mesin-mesin di unit HWD pada subuh Isnin yang sunyi itu betul-betul menusuk ke telinga. Mal berdoa semoga semoga Allah senangkan segala urusan untuk Abah. Mal dah tak sanggup tengok keadaan Abah masa tu. Alhamdulillah, selepas beberapa jam, Abah pergi dengan tenang... Walaupun jauh di sudut hati Mal tak rela Abah pergi, Mal terpaksa lepaskan.
Rasanya baru je semalam Mal jaga Abah, hari ni Mal dah tak dapat melihat Abah lagi, apatah lagi untuk menyentuh, dan mencium Abah. Mal akui Mal kurang cium Abah masa Abah sihat dulu... Mal tak selalu menjenguk Abah kat kampung.. kononnya sibuk dengan tugas-tugas kat sini. Mal tak sempat belikan Abah apa-apa hadiah sebagai tanda terima kasih membesarkan Mal selama nie. Mal jarang tanya khabar Abah... Mal bukan anak yang baik untuk Abah. Mal rasa menyesal sangat tak buat segalanya untuk Abah dulu... sayang, semuanya dah terlambat sekarang. Mal minta maaf sangat kat Abah.
Abah...
Mal akan sentiasa ingat ciuman terakhir Mal untuk Abah selepas Abah dikafankan. Perasaan tu sangat mengharukan. Terasa dunia berhenti buat seketika, hanya Abah dan Mal berdua. Mal dapat rasa, tentu Abah suka Mal cium Abah masa tu kan... Dah beberapa malam Mal mimpi Abah datang melawat kita kat rumah. Kadang Abah senyum, kadang Abah macam nak sampaikan sesuatu ...tapi maaf bah, Mal tak faham. Mungkin Abah nak tengok keadaan kita macam mana. Insyaallah, Mal akan jaga family kita elok-elok.
Abah, alhamdulillah... semua urusan untuk Abah pada hari Isnin itu kami dah buat sebaiknya, dan berjalan lancar. Ramai kawan-kawan Abah datang. Meriah rumah kita masa tu. Abah... Mal dengan Ami ada tolong timbus Abah masa Abah dalam tiang lahat tengah hari tu. Mak, Nina, Pikah, Lia pun ada datang... Segala urusan berjalan cepat dan lancar. Alhamdulillah. Tiga malam berturut-turut dan hari ke tujuh kita buat tahlil untuk Abah. Ramai orang kampung dan kawan-kawan sekolah Abah datang. Rasa seronok sangat ramai orang datang bacakan tahlil untuk Abah. Terima kasih pada Embah, keluarga Cik Hamid & Cik Nuk, Cik Faizul & Cik Tai, Cik An & Cik Ani,Wak Yong & Wak Rohani dan semua keluarga yang tolong menyiapkan semuanya.
Sekarang kita semua dah sambung kerja, dan sambung hidup macam biasa ... Mal masih tak percaya Abah dah tak ada lagi ...Mal sempat minta maaf pada Abah sebelum Abah pergi hari tu. Mal harap Abah dengar dan sudi maafkan Mal...
Abah ...semoga abah aman di sana.
Akmal Adanan
0127655165
Saturday, July 17, 2010
Abah 3rd day in ICU
Semalam (16.07.2010) abah dah sedar di ICU. Bila mal masuk dengan Ami abah terus menangis. Masa tu aku betul-betul tersentuh ...dengan tiub-tiub dan wayar yang berserabut, abah cuba bercakap walaupun tersekat. Aku cuba kuatkan semangat. Aku tak nak menangis depan abah. Aku terus bagi abah kata-kata semangat pada Abah. Alhamdulillah, abah faham dan mengangguk. Tapi, abah dapat juga gerakkan bibir dia. Abah kata "sakit..." itu yang aku dapat faham. Dia sangat tidak selesa dengan keadaan itu agaknya. Sabar Abah ...
Semalam dan hari sebelumnya, ramai kawan-kawan abah dan jiran-jiran datang melawat. Mesti abah seronok kan ramai yang datang melawat memberi semangat. Ramai orang sayang Abah. Jadi abah kena kuatkan semangat!! Ramai juga yang keluar dengan linangan air mata... dulu abah kuat, cergas dan sihat, tapi tak sangka abah boleh seteruk ini. Atuk saudara aku dari kampung datang ..aku minta dia bagi kata-kata semangat untuk abah.. atuk aku kata "Nan, apa kabar? banyakkan bersabar Nan, ini semua cubaan dari Allah, kenapa aku di sini Ya Allah? Kenapa sungguh berat cubaanMu Ya Allah? apa salahku Ya Allah? maafkan semua salah silapku Ya Allah.. banyakkan beristifar, ingat kepada Allah... insyaallah semuanya selamat" abah mengangguk ...
Abah,
Dah 3 hari abah tak minum sebarang minuman melalui mulut. Mal tanya "Abah haus bah?" abah mengangguk, "Abah nak minum?" Abah mengangguk lagi. Minuman nurse masukkan air melalui tiub sahaja. Mungkin sebab itu tekak abah haus teramat. Abah minta Mal air... mal tanya nurse di situ, tapi mereka tak benarkan... tiub dalam mulut itu terus ke paru-paru, takut air masuk sana ..then keadaan akan bertambah teruk. Minta maaf Abah. Abah sabar banyak-banyak, untuk kebaikan Abah.
4. Melihat keadaan abah ...Mal juga terfikir, apa nasib aku nanti. Adakah nasib aku esok lebih baik atau lebih teruk? tak siapa pun tahu.. kalau perimeter manusia menjalani hidup yang sihat 50tahun, aku ada 23tahun sahaja lagi menjalani hidup yang sihat. Hidup kita sangat lah singkat. Tak apa la abah, ini semua cubaan Allah, setiap orang akan mempunyai bahagian masing-masing. Cuma kita belum tahu apa. Semoga semuanya adalah yang terbaik untuk kita.
Sabar banyak-banyak Abah ...
Akmal Adanan
from Intensive Care Unit (ICU)
Hospital Sultanah Fatimah, Muar, Johor
0127655165
Thursday, July 15, 2010
Abah
Semalam 13.07.2010 ..pukul 6.00 pagi mak telefon aku. Mak kata “Mal, tolong balik ke hospital batu pahat cepat, abah dah macam tak ingat, cakap macam-macam perkara pelik”. Mungkin abah dah tak tahan menahan kesakitan yang teramat. Aku pun bergegas pulang dari Melaka ke Hospital Batu Pahat (HBP). Antara apa yang abah cakap, dia tanya anak-anak dia “Mana pikah, kenapa tak lawat abah… kat hospital..abah dah lama kat hospital ni” …”Ami kenapa kau jauh, abah lama tak jumpa ami ..dtg la lawat abah mi, abah terseksa ni”. Dua orang adik aku ni belajar jauh …seorang di Bangi dan seorang di Kedah. Jadi mereka susah nak balik selalu. Ada juga abah sebut nama aku dan adik-adik aku yang lain. Sedih sgt bila mak aku cerita benda macam ni..
Abah aku sangat rapat dengan Ami, abah selalu pergi berubat kampung dengan Ami selepas Ami habis SPM. Memang sentiasa berdua. Aku ingat lagi semasa menghantar Ami ke UiTM Kedah, Abah mengadu pada aku dia tak dapat tidur “Kesian Ami kena belajar jauh, Abah tak boleh tidur Mal, ingat kat Ami malam tadi” Patut la walau abah sesak nafas, dan dalam kesihatan yang tentu pun dia teringin sangat nak menghantar Ami ke Kedah. Kesian Abah ..
Abah,
Sekarang Abah terlantar sakit di ICU. Baru semalam Mal jaga abah, bersihkan badan Abah, urut kaki & tangan abah yang bengkak teruk dan berbual-bual byk perkara. Sambil duduk abah berkata pada aku “Sakit Mal, abah tak tahan ni …bila dah baik ni memang Abah jaga elok-elok” Aku hanya dapat mendengar, dengan harapan kesakitan abah reda…
Abah memang seorang yang kuat. Dan berbulan-bulan dia menahan kesakitan, tidak pernah baring, hanya duduk sepanjang masa. Katanya dia akan sesak nafas kalau letakkan badan ke bawah. Namun sikit pun dia tak pernah telefon dan mengadu keadaan nya pada aku. Aku pun buat macam biasa assuming dia baik-baik sahaja.
Aku Tanya, “kenapa tak beritahu Mal”, Abah kata “Kau baru kerja Mal, kena kerja rajin-rajin, kerja elok-elok, abah tak mahu kacau”.. “Minta maaf yer Mal kau kena datang jaga Abah hari ni”. Sedih betul aku dengar Abah aku cakap macam ni. Malam sebelum abah masuk ICU, nafas abah makin sesak, abah kurang respons dan kurang bercakap dengan aku. Abah demam, 39deg Celsius. Mungkin abah semakin tidak selesa dengan keadaannya. Tapi, sebelum aku balik malam semalam, abah berkali-kali cakap, “Terima kasih banyak-banyak ye mal.. abah minta maaf susahkan kau, bawa kereta balik nanti baik-baik” …
Abah,
Pagi ni 15.07.2010, Mal datang lawat abah lagi. Doktor panggil Mal untuk tandatangan surat keizinan untuk doktor masukkan satu lagi saluran untuk mereka buat Dialisis Darah secepat yang mungkin. Mal minta maaf bah, mal yang bertanggungjawab memberi keizinan untuk doktor buat semua ini pada badan abah. Setakat ni mal dah sign 4 surat keizinan. Mal tau abah akan rasa sangat sakit, tapi Mal memang tak ada pilihan lain bah. Mal dah bincang dengan Mak dan adik-adik, hanya ini jalan terbaik untuk abah. Harap abah dapat maafkan Mal untuk semua ni. Minta maaf Abah…
Pagi ni juga, Mal sempat bisikkan pada abah, “abah, mal datang ni bah, mak ada, adik-adik ada, cik an ada, semua ada tengok abah, abah kena banyak sabar ye bah, kuatkan semangat.. kita semua nak abah cepat sembuh dan kita boleh hidup macam biasa. Abah kena lawan jangan mengalah” Abah gerakkan mata dia macam nak membalas kata-kata aku.. tak sampai hati aku tengok keadaan abah dengan semua tiub dan wayar seluruh badan, mesti abah tak selesa kan bah.. abah banyakkan sabar k
Abah, harap abah cepat sihat ye bah …Mal sentiasa doakan abah kuat menghadapi cabaran ini..

Tuesday, May 18, 2010
Selamat Hari Guru 2010
1. Assalamualaikum ...kepada semua yang dtg ke blog aku dan mendapati tidak kelihatan sebarang entry baru. Sepuluh jari aku menyusun maaf. Agak besar cabaran hidup sekarang ini, sungguh berat tanggungjawab yang dipikul, jugak agak tersepit dengan keadaan semasa. Itulah penyebab utama berlakunya permasalahan di atas.
2. Beberapa perkara telah pun berlalu tanpa sempat aku muatkan di sini. Pertamanya sekali... aku ingin mengucapkan SELAMAT HARI GURU 2010 kepada semua guru yg pernah berbakti mencurahkan ilmu pada aku... secara langsung juga tidak langsung. Sesungguhnya setiap apa yang telah diperolehi itu sangat bermakna dan berguna.
3. Cikgu-cikgu sekolah agama, sekolah khas, sekolah rendah & menengah, cikgu driving school, cikgu game badminton, cikgu photography, kawan-kawan yg mengajar dan semuanya. Terima kasih banyak2!!! tidak juga dilupakan cikgu renang aku yg baik hati mengajar aku mengapungkan badan ....
TERIMA KASIH CIKGU!!!!
Akmal Adanan,
0127655165
Wednesday, April 28, 2010
Announcement
Aku tidak dapat menghadirkan diri pada 4-6 May ini. So aku offer kepada sesiapa yang berminat untuk mencuba especially for those who is still fresh, utk kumpul portfolio etc. To make it clear, this conference is not a profit based event. Its like nature forum, untuk kebaikkan dunia. Jadi i have to inform awal, there is no payment allocated to you. Akan tetapi makanan akan disediakan. As per agreement with the organizer, kamu boleh menyediakan company profile dalam bentuk softcopy yang akan diletakkan dalam thumdrive dan akan diberikan kepada setiap participant. Juga, kamu boleh meletakkan banner company kamu as advertising. Mana tau dari situ kamu boleh dapat new business opprtunity. Itu je aku dapat bagi maklumat. Sekian, terima kasih.
Akmal Adanan
0127655165
Saturday, March 27, 2010
Earth Hour 2010
1. Sekejap je rasanya dah sampai Earth Hour 2010. Aku masih ingat last year... kami dari group c9 pakat beli and pakai baju earth hour 2009, plan nk pergi i-city shah alam, sekali meeting kat kelab golf lama laa pulak. Stuck kat situ lampu terang benderang. Tak jadi meraikan earth hour. ahahaha. Harap-harap earth hour hari nie menjadi laaa kan.
2. Hari nie aku akan bergerak ke Kelantan dan Terengganu atas urusan kerja. Plan nak bergerak pagi nie. Tapi syg kete aku rosak pulak semalam. Tengah repair and masih belum siap lagi. Water pump and thermostat dah out of date. Maklumlaa selalu speed kat jalan raya, rider memang kena experience all this. Nasib baik die rosak before bergerak ke Kelantan. Akibatnya aku kene balik Johor dulu tukar kete sebelum ke sana. Rasa cuak pulak nk drive kete aku utk perjalanan jauh melebihi 1000km. Destination aku kali nie adalah Kota Bharu, Besut, Setiu, Kenyir & Kuala Terengganu. Aku harap dapat la shoot sikit-sikit gambar cun di sana.
3. Okey... sampai sana nanti aku beritahu. Pada semua jom switch ur lights off 2030hrs-2130hrs tonite. Sejam je gelap. Kalau gelap sgt jalan la ke Jaya Jusco ke, tengok movie ke etc. Wait, aku syorkan kamu semua tonton movie "GREEN ZONE" ....sgt best movie nie lagi-lagi utk orang-orang lasak dan minat military tactics seperti aku. Two thumbs up!!!
Akmal Adanan
0127655165
Wednesday, March 24, 2010
Last weekend
Gambar diambil tanpa flash, jika kurang berkesan harap dimaafkan.
2. Banyak aktiviti yg ade di sekitar lokasi. Bicycle riding, go card, small bike, shopping booth dan macam-macam lagi. Letih berjalan. Tapi seronok sbb macam-macam kita boleh buat. Tapi sayang, kusangka panas hingga ke malam rupanya hujan pada pukul 6.45 petang. Balloon yang aku tunggu-tunggu untuk terbang terpaksa dibatalkan. Penat aku berlari dengan kamera berat aku tu. Yang lagi best sorang kawan nie, die marah bebenor sbb die dtg pagi tp sampai tgh hari belon Xberlepas. Aku tnye die "pukul bape ko sampai?" die pun menjawab dengan pantas "pukul 9 td, awal!" aku pon selamba maki die, "ape gila ko dtg pukul 9, 1st departure pukul 7.45am laaaa" ekekekee ....
3. Gambar-gambar aku share kemudian, aku sibuk nak gila nie ..... nk balik, kalau sempat jogging utk fit kan badan.
Akmal Adanan,
0127655165
Wednesday, March 10, 2010
FASHION & URBAN STREET SHOOTING !!
1. Kali nie aku nak tolong kawan-kawan aku yang organize satu course FASHION & URBAN STREET SHOOTING di area Kuala Lumpur Town Area. Kepada kawan-kawan yang teringin nak belajar dengan pakar-pakar photography, memperkasakan kehebatan, mengasah bakat, menguatkan mata dan meningkatkan keimanan... boleh sertakan diri anda bersama bayaran tunai yang telah ditetapkan.
2. Believe me, u will be very satisfied with all the info and skills that would be delivered through this course. Untuk melihat hasil karya Pevey sila click SINI. Atau jika berminat utk menanyakan soalan-soalan berkaitan sila email kepada admin@peveyhack.com.
3. Tapi saya ingin memberi AMARAN, sila dapatkan surat kebenaran daripada pihak isteri dan mertua yang berkenaan. Model-model yang terlibat mungkin sangat memikat hati. Ditakuti akan menyinggung perasaan isteri dan mak mertua anda di masa hadapan. Borang /surat kebenaran hanya akan diedarkan setelah bayaran dijelaskan ...
Akmal Adanan,
0127655165
Sunday, February 14, 2010
HAPPY CHINESE NEW YEAR 2010
1. Hari nie 14hb Feb, hari yg dikenali sebagai 'Valentine Day' bagi pasangan yg sedang hangat bercinta, yang Xberapa hangat dan tak lupa juga pasangan warga emas. Pada yang menyambut hari Valentine nie, selamat menyambut. Aku Xsambut hari nie sebab Xde pape nk celebrate pun. Cuma skrg aku relax-relax kan diri and buat kerja-kerja macam biasa.
2. Seriring dengan Valentine Day nie, Rakyat Malaysia juga meraikan sambutan Tahun Baru Cina. So, kesempatan ini izinkan aku mengucapkan Xin Nian Kuaile dan Gong Xi Fa Cai kepada kawan-kawan aku, lecturers, jiran-jiran dan semua rakyat Malaysia berbangsa Tiong Hua. Semoga tahun Harimau ini membawa seribu kebaikan dalam kehidupan bermasyarakat di Malaysia.

Saturday, January 23, 2010
Al-fatihah
Sebagai rakyat johor yang sejati. Aku mmg sangat sedih mendengar berita kemangkatan baginda Tuanku Sultan Johor, Sultan Iskandar 7.15mlm semalam 22.01.2010. Takziah kepada semua kaum keluarga, kerabat diraja dan kesemua rakyat Johor dan takluk jajahannya. Pada aku Baginda adalah seorang Sultan yang sungguh berkarisma, mempunyai pendirian dan gaya kepimpinan yang tinggi. Sesungguhnya kehilangan Almarhum sangat dirasai. Kepada Tunku Ibrahim Ismail Sultan Iskandar, tahniah atas pertabalan baginda sebagai Sultan Johor yang baru menggantikan Almarhum Ayahanda beliau. Semoga Negeri Johor terus maju di bawah naungan Tuanku. Amin.Sayang ada juga manusia yang sgt fanatik. Tak tentu pasal nak menunjukkan kehebatannya dalam hal rohaniah dan sebagainya. Jika anda ada masa, sila click SINI dan kemudian nilaikan ...
*maaf, link yg saya beri di atas sudah tidak exist. Mungkin dihapuskan, or has been deleted. Untuk melihat bagaimana brilliant nya penulis blog berkenaan sila click SINI.
Al-Fatihah Almarhum Tuanku Sultan Johor, Sultan Iskandar ...
Patik yang hina,
Akmal Adanan
Subscribe to:
Posts (Atom)