Tuesday, September 7, 2010

KEMBARA MAHKOTA JOHOR 2010

1. Pada awal bulan kemerdekaan tahun 2010 ini, atau lebih tepat lagi bulan lapan ...aku berkesempatan utk turun ke Muar utk satu coverage big event yang melibatkan Sultan Johor, DYAM Sultan Ibrahim Ismail dan rombongan Istana serta team bermotosikal bekuasa besar TMJ. Untuk pengetahuan, aku sgt gemar utk involve event-event seperti ini. Banyak tatacara & protokol yang dapat dipelajari daripada pengalaman sebegini.

2. Tuanku adalah seorang yang sangat mesra rakyat ...masih ingat lagi semasa Tuanku bersalaman dengan kakitangan Majlis Bandaran Pontian, Tuanku sempat berseloroh secara mesra berpesan, "Haa kerja rajin-rajin ....jangan malas-malas... buat yang paling baik"

3. Event kali ni sangat mencabar... kerana kami terpaksa bekerja dalam keadaan hujan yang lebat. Segala layout planning yang telah ditetapkan immediately berubah. Pening kepala aku, sebab flow event yang telah dijangkakan diubah pada masa itu juga... Apa pun, kerja tetap jalan, jom lihat gambar-gambar sekitar majlis ini berlangsung.

4. Habis basah kamera aku.. beraksi kononnya macam pakai weather proof body and lenses.. walhal bukan. Penat sungguh tak terkira, terkejar-kejar event yang kita tak berapa pasti flow nya bagaimana, harus juga mematuhi protokol dan sebagainya. Tetapi seronok tetap seronok.

5. Akhir sekali, terima kasih kepada official team photographer Izam (Leader), Fitri, Wan, & Along.. yang sudi menjemput Aku untuk secara langsung merakamkan Majlis Pelancaran Kembara Mahkota Johor 2010 di Majlis Bandaran Pontian, Johor. Jemputan kamu ke majlis tersebut sangat dihargai. Terima kasih. The hotel, food and everything was fantastic. Lain kali boleh jemput lagi...

Lain-lain gambar, click SINI





Akmal Adanan
0127655165

No comments: