Saturday, July 17, 2010

Abah 3rd day in ICU

Pikah di hadapan Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Sultanah Fatimah, Muar, Johor

Semalam (16.07.2010) abah dah sedar di ICU. Bila mal masuk dengan Ami abah terus menangis. Masa tu aku betul-betul tersentuh ...dengan tiub-tiub dan wayar yang berserabut, abah cuba bercakap walaupun tersekat. Aku cuba kuatkan semangat. Aku tak nak menangis depan abah. Aku terus bagi abah kata-kata semangat pada Abah. Alhamdulillah, abah faham dan mengangguk. Tapi, abah dapat juga gerakkan bibir dia. Abah kata "sakit..." itu yang aku dapat faham. Dia sangat tidak selesa dengan keadaan itu agaknya. Sabar Abah ...

Semalam dan hari sebelumnya, ramai kawan-kawan abah dan jiran-jiran datang melawat. Mesti abah seronok kan ramai yang datang melawat memberi semangat. Ramai orang sayang Abah. Jadi abah kena kuatkan semangat!! Ramai juga yang keluar dengan linangan air mata... dulu abah kuat, cergas dan sihat, tapi tak sangka abah boleh seteruk ini. Atuk saudara aku dari kampung datang ..aku minta dia bagi kata-kata semangat untuk abah.. atuk aku kata "Nan, apa kabar? banyakkan bersabar Nan, ini semua cubaan dari Allah, kenapa aku di sini Ya Allah? Kenapa sungguh berat cubaanMu Ya Allah? apa salahku Ya Allah? maafkan semua salah silapku Ya Allah.. banyakkan beristifar, ingat kepada Allah... insyaallah semuanya selamat" abah mengangguk ...

Abah,

Dah 3 hari abah tak minum sebarang minuman melalui mulut. Mal tanya "Abah haus bah?" abah mengangguk, "Abah nak minum?" Abah mengangguk lagi. Minuman nurse masukkan air melalui tiub sahaja. Mungkin sebab itu tekak abah haus teramat. Abah minta Mal air... mal tanya nurse di situ, tapi mereka tak benarkan... tiub dalam mulut itu terus ke paru-paru, takut air masuk sana ..then keadaan akan bertambah teruk. Minta maaf Abah. Abah sabar banyak-banyak, untuk kebaikan Abah.

4. Melihat keadaan abah ...Mal juga terfikir, apa nasib aku nanti. Adakah nasib aku esok lebih baik atau lebih teruk? tak siapa pun tahu.. kalau perimeter manusia menjalani hidup yang sihat 50tahun, aku ada 23tahun sahaja lagi menjalani hidup yang sihat. Hidup kita sangat lah singkat. Tak apa la abah, ini semua cubaan Allah, setiap orang akan mempunyai bahagian masing-masing. Cuma kita belum tahu apa. Semoga semuanya adalah yang terbaik untuk kita.

Sabar banyak-banyak Abah ...




Akmal Adanan
from Intensive Care Unit (ICU)
Hospital Sultanah Fatimah, Muar, Johor
0127655165

3 comments:

Lutfi Lokman a.k.a kamitaken said...

salam akmal,

first aku baca, aku dah macam sedih sangat2 mengenangkan ayah aku yang jauh nun di terengganu. sedangkan aku di sini.

Insya allah, aku doakan abah akmal di hadapan kaabah, agar cepat sembuh dan dapat menghadapi hari yang mendatang dengan keadaan yang sihat wal afiat. jangan putus semangat bro.

itu salah satu dugaan yang Allah berikan pada kita. Aku pun diduga baru2 ini dengan ayah kena stroke. kita jangan putus semangat dengan doa dan doa. itu salah satu senjata kita. Allah nak lihat setakat mana keimananan dan kesabaran kita.

sampaikan salam kepada abah dari kami sekeluarga di Makkah alMukarramah. semoga cepat sembuh.. amin ya rabb.

-lutfi lokman,
makkah.

zenn said...

Salam akmal..

Aku doakan abah ko cepat sembuh, byk2 bersabar & berdoa..

AKMAL PHOTOGRAPHY said...

Lotfi ...Assalamualaiukm ...

Aku saja bukak2 entry lama tentang arwah ayah aku, aku terperasan komen kau di sini

Apa pun ayah aku telah pergi selamanya ...terima kasih lutfi sudi mendoakan ayah aku masa tu, harap diringankan seksaannya kepada arwah ...

Aku juga doakan semoga ayah lutfi juga sihat ...amin


Zenn ...tq so much, ada masa kita ketemu. Kau selalu berikan aku sokongan dalam blog ini. Tq sgt2 :)