Friday, May 18, 2012

Jalan2: Pasar Karat, Batu Pahat

Iklan-iklan produk tahun 70'an

1. Kebelakangan ini, ramai orang berpusu-pusu ke pasaraya besar terutamanya bila ade SALE sehingga 30%, 50%, 70% atau pon 100%. Jualan murah itu dinamakan Jualan MEGA, atau Jualan Akhir Tahun dan sebagainya. Berplastik-plastik dan ber 'paper2 bag' lah rakyat membeli belah, kerana harga yang murah dan worth to buy katanya. Lepas penat window + door shopping, singgah pulak ke kedai2 fastfood dan kedai kopi seperti DOME, Starbuck & Burger King utk mengatasi perut yang lapar.

2. Masa tu semua dah terlupa, baru semalam kita update status fb, tentang kenaikan harga barang, taraf hidup sangat tinggi, gaji kecik dan macam2 keluhan. Tapi kelakuan macam orang kaya ...ahahaa


3. Dah beberapa tahun hidup kat muka bumi nie, aku jarang sekali bernafsu walau bagaimanapun SALE yang ditawarkan. Pada aku, benda tu sama jer, cuma sedikit lebih murah. Entah apa penyakit aku, dari zaman aku belajar di Shah Alam, & kerja di KL lagi aku gemar ke 'flea market' yang menjual barang2 terpakai ...pada aku ianya sngat unik dan menarik. Spot menarik yang aku tahu flea market di Malaysia ni: Section 13 Shah Alam, Rengit Batu Pahat, Bazaar Karat JB, Pasar Loken, Ipoh ...yang lain2 aku tak pernah sampai lagi.


*** Pasar Karat, Batu Pahat ***


Patung & basikal pun ada dijual

Macam pergi flea market di Oklahoma, US

Sesak jalan di satu sini Pasar Karat

Barang-barang elektrik & kasut

Anda boleh test barang-barang ni kalau ade elektrik

4. Okay, Pasar Karat BP ni terletak di area Pasar Basah BP. Nama jalan aku tak ingat ...tp kalau tanya orang2 batu pahat mesti tau. Tak jauh dari Stand Bus BP. Barang2 dijual kebanyakkannya diambil dari Singapura dan dijual di sini. Apa sahaja jenis barang ada dijual ...semua barang yang dijual unpredictable, ikut luck, ada bag pack, ada barang dapur, barang elektrik, barang sukan dan sebagainya. Pada peminat pakaian bundle, berbelas2 kedai bundle juga ada di sebalah area yang lain. Memang puas kalau nk mencari. Harga murah2, dan mesti padai bargain.

So, pada siapa2 yang ingin melihat ..boleh laa datang.

5. Rutin aku kalau datang biasanya, lepas Subuh aku standby ...pukul 7 aku mesti dah ada di sini. Sebab barang baik selalunya kena kebas awal, thats why kita kena cepat. Selalunya kita tunggu sebelah van bila mereka turunkan barang. Kalau nampak barang rare dan bagus, cepat2 laa grab sebelum orang lain ambil. Biasanya aku akan ambil masa 2-3 jam, lepas tu akan sarapan pagi di Kopitiam Lama di area pasar BP, Kedai Minum Tong Ah. Sapa yang pernah rasa Lontong kat situ, pasti meleleh ...kopi & teh + roti bakarnya original kopitiam, bukan kopitiam yg byk kat shopping mall tu.

Lontong & Teh, Harga tak ingat, tp yang penting murah

Apa barang aku dapat last week?

Last week 13th May '12: Dapat grab satu gambar & frame for RM25.00

Last week 13th May '12: Best buy, Original POLO Hard Case Travel Luggage for RM35.00

Esok pagi aku pasti menjejakkan kaki ke sana ...kalau jumpa aku, tegur2lah yer ...boleh minum sama :)


Terima kasih sudi baca ...






Akmal Adanan
0137793993

3 comments:

Anonymous said...

iklan kat atas tu macam pernah kulihat tapi dimana yah.......he aku punya beb

AKMAL PHOTOGRAPHY said...

Biar betul?? ahahaha keciknya dunia :)

Unknown said...

pasar ni hari ape ?