Tuesday, August 17, 2010

Ikhsan, semoga kamu aman di sana ...

Al-Fatihah buat saudaraku Mohd Ikhsan (berbaju hitam), semoga roh mu ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Insyaallah..

1. Ramadhan kali ini betul-betul mengajar aku... tentang erti sebuah kehidupan. Aku selalu fikir aku ni hebat, aku yang terpandai, dan aku adalah yang terbaik. Aku ada kerjaya yang baik, Aku ada kereta besar, Aku ada gadget yang canggih, Aku ada semuanya di dunia. Tiada siapa yang lebih baik dari aku. Aku seringkali ego... kononnya aku sajalah yang betul, dan yang lainnya salah. Aku memandang rendah pada orang lain. Aku leka dalam kehidupan yang penuh keseronokan.

2. Kesenangan membuatkan aku terlupa. Sesungguhnya, semua ini hanyalah hiasan dunia. Yang kekal abadi adalah milik yang Maha Esa. Pengalaman aku melihat Abah menghadapi sakaratul maut membuatkan aku betul-betul tersedar. Sungguh besar kuasa Mu Ya Allah... Aku terfikir, besar sangatkah aku ini? Hebat sangatkah aku ini? Sekuat mana aku menghadapinya nanti? Sesungguhnya aku tahu, aku terlalu kecil jika dibandingkan dengan keesaanMu..

3. Pada hari Ahad 15.08.2010, salah seorang rakan sekolah aku, Mohd Ikhsan, telah kembali ke Rahmatullah. Ihsan bukan berumur 70 tahun, bukan 60 tahun, juga bukan 50 tahun. Arwah baru berusia 27 tahun. Kematian bukan hanya utk mereka yang sudah tua. Dalam sekelip mata, nikmat keseronokan hidup di Dunia ditarik. Sebulan yang lepas, arwah demam. Kemudian keadaan semakin buruk. Arwah dimasukkan ke wad. Menurut cerita rakan-rakan, arwah mempunyai masalah di bahagian perutnya. Selepas operation, Arwah koma dan dimasukkan ke ICU selama seminggu. Alhamdulillah, beliau sedar, keluar ke wad semula dan dibenarkan pulang. Pada hari Sabtu petang, kawan2 dtg menziarah. Arwah berbual macam biasa. Tapi Allah lebih menyayanginya, beliau meninggal dunia pada hari Ahad jam 10 malam.

4. Kalau kita diberi masa sebulan... cukupkah masa itu utk kita gunakan bagi mengumpul pahala dan menghapuskan segala dosa?

5. Kawan-kawan dan semua yang membaca. Kematian bukan semudah yang dijangka. Dulu aku jarang ambil kisah tentang rakan yang sakit, atau kemalangan mahupun jiran yang meninggal dunia. Aku selalu berfikir ia tidak berkaitan dengan aku, tidak berapa penting, dan ianya perkara biasa sahaja. Bila ia terjadi pada keluarga aku sendiri ...baru aku tahu, besarnya erti kita melawat rakan yang sakit. Melawat jenazah yang meninggal dunia, bacakan Al-Fatihah, bersedekah untuk meringankan beban keluarga dan bersama-sama datang ke kenduri membacakan tahlil utk disedekahkan kepada si mati...

Sesungguhnya kita tidak akan pernah tahu bila masa kita ...semoga kita sama-sama berubah ke arah kebaikan. Amin..



Hari ini blog aku reach 40000 viewers.. thanks




Akmal Adanan
0127655165

3 comments:

Shahrul Shaharuddin said...

Salam Bro akmal,

Turut bersimpati dengan apa yang menimpa kat bro dan kawan bro. Sesungguhnya allah lebih menyanyangi mereka.

Anggaplah ni sebagai hidayah Allah kepada bro untuk kembali ke pada jalan yg diredhai. =)

yours
SH

shasha said...

TURUT SIMPATI...HUHUHU TUE LA NAMANYA KEHIDUPAN..INGAT TUE KEMAL.. ORG YG HIDUP LAMA TK SEMESTINYA HIDUP DIA PENUH DENGAN BARAQAH...KLU KO TK TAU KO BUKA BUKU...KO KAN SIR..KIKIKIKI

BuLaN said...

. AL-FATIHAH .
. semoga aruah di tempatkan .
. di tempat2 org yg beriman .
. AMIN .