Tuesday, August 10, 2010

Selamat Menyambut Ramadhan 1431H

Dalam tak diam tiba sudah masanya kita menyambut Ramadhan 1431 Hijrah. Kalau saudara dan saudari fikir sedalam-dalamnya, mesti terdetik dalam hati kita yang perjalanan hidup kita ini sangatlah pendek bukan? Begitu juga yang terjadi kepada sepupu aku Allahyarham Johan B. Ngadimin yang baru sahaja pergi dari alam yang penuh dengan suka dan duka ke sebuah alam barzakh yang sangat misteri. Dalam tempoh seratus hari yang lepas, aku kehilangan aunty aku(5.2.2010), Abah aku sendiri (19.7.2010) dan seorang cousin aku (8.8.2010)... sesungguhnya terlalu besar ujian Mu untuk hambamu ini Ya ALLAH ...

Aku bertemu Abang Johan kira-kira tiga minggu yang lepas semasa kematian Abah ...memang tak disangka kali ini giliran Abg Johan tiba. Dalam umur 41 tahun, Abg Johan meninggalkan anak-anak yang masih lagi kecil dan mungkin tak mengetahui apa. Astaqfirullahalazim, semoga segala urusan keluarganya dipermudahkan Allah s.w.t... Aku dapat rasakan kesedihan mereka apabila melihat anak-anak kecil ini menangis teresak-esak melihat jenazah ayah mereka perlahan-lahan dimasukkan ke dalam tiang lahat dan dikebumikan.

Masih lagi terngiang-ngiang bait-bait bacaan Talkin yang dibacakan kepada Allahyarham setelah selamat dikebumikan juga mengingatkan aku kepada arwah abah... Dengan keadaan yang sunyi di tengah-tengah tanah perkuburan, bunyi tangisan anak-anak, dan keluarga, bau kemenyan yang sungguh harum membuatkan aku sungguh tersentuh, menusuk kalbu, dan menginsafkan. Aku akui, dalam hati.. aku menangis ...Baru aku perasan, sesungguhnya Aku ini adalah hamba Mu yang hina dan sangat lemah..

"Bismillahhirrahmannirrahim.

Maha suci Tuhan yang Engkau bersifat dengan Baqa’ dan Qidam, Tuhan yang berkuasa mematikan sekalian yang bernyawa.

Maha suci Tuhan yang menjadikan mati dan hidup untuk menguji siapa yang baik dan siapa yang kecewa.

Maha suci Tuhan yang menjadikan lubang kubur sebesar-besar pengajaran untuk menjadi iktibar kepada orang yang lalai, dan sebesar-besar amaran kepada orang yang masih hidup.

Ingatlah! Bahawa sekalian mahluk Allah akan jahanam dan binasa, melainkan zat Allah Taala. Ialah Tuhan yang maha besar kuasa menghukum, manakala kita sekalian akan kembali menghadap hadirat Allah Taala."

Tinggallah segala keseronokan dan kesenangan di dunia yang sementara. Aku tahu, sesungguhnya alam akhirat adalah alam yang kekal selama-lamanya. Ya ALLAH, semoga dipermudahkan segala urusan hambamu di dunia dan di akhirat. Kasihanilah mereka-mereka yang telah pergi selamanya. Semoga mereka tenang dan aman di sana .. sesungguhnya hanya kepada Mu aku meminta pertolongan.. Semoga semua ini menginsafkan kami yang masih lagi lalai dengan keseronokan dunia.. Insyaallah..

Semoga segala dosa Allahyarham/mah diampunkan ...Amin


Selamat Menunaikan ibadah Puasa pada tahun ini. Sesungguhnya Ramadhan kali ini akan menjadi sesuatu yang sangat berbeza dari tahun-tahun sebelumnya. Sebuah kerusi yang selalu Abah duduk masa kita makan sahur dan berbuka sama-sama akan kosong. Tak ada lagi orang nak belikan kita lauk untuk dimasak dan kuih-muih untuk berbuka nanti Abah. Tak apa lahh, Mal akan ganti tempat Abah nanti. Abah jaga diri elok-elok di sana ...

Selamat berpuasa ...

Seorang rakan sekolah aku, Mohd Ikhsan sekarang terlantar di ICU HBP ...semoga kau kuat menghadapi semua ni Ikhsan. Aku akan datang lawat kau nanti Insyaallah!!! Kuatkan semangat dan terus hidup macam biasa. Doa aku sentiasa untuk kau... Amin.





Akmal Adanan
0127655165

No comments: