Sunday, February 10, 2013

Pasar Karat Batu Pahat, Revisited

1. Seperti yang aku katakan dlm entry yang lepas, aku memang gemar menghabiskan hujung minggu aku berjalan-jalan ke Bazaar Karat, Batu Pahat. Kalau orang lain suka ke shopping mall berhawa dingin sebagai terapi minda, aku pula suka berpeluh-peluh cari barang-barang terpakai di sini.


Jalan masuk ke pasar karat BP,  jangan nak harap air cond di sini
Jee
Teknik mencari barang di Pasar karat... selongkar jer sesuka hati
Permainan kanak-kanak bermutu tinggi
Pemandangan biasa Pasar Karat
Cuaca panas, kalau haus, banyak kedai jual minuman dan makanan ringan
Tudung pun ade 2nd hand ....tp tak pasti nama tudung ni, mona fendy ker, aishah ker etc
Panas gila hari ni ...
Rak aku dapat hari ni
Lawa juga tingkap ni pada sesiapa yang minat rumah style vintage
Barang-barang lama
Dapat sambar A4 paper rack, untuk kemas paper aku yg berserabut

2. Hari ni aku berjaya rangkul 2 barang sahaja. Tak sampai RM50 pun habis. Satu aku dapat beli tray kertaa bertutup (RM18) dan belikan wife aku tempat letak pinggan & barang dapur (RM25) sahaja. Okaylah utk org yang baru nak belajar hidup macam aku ...nak buat kabinet dapur pelbagai masih belum mampu.

3. Apa pun, lawatan ke bazaar karat hari ni tak puas sbb aku tak masuk explore ke dalam pun. Si pikah sibuk ajak balik. Tq to my lovely mom belikan kami periuk comel with lid (RM9) sahaja.

4. Sebenarnya hari ni aku saja layan mak dan adik-adik aku ingin makan satay + lonting + soto + nasi ayam merah + roti bakar + teh panas Chong Tong Ah kopitian pagi tadi. Aku berjaya juga beli pen yg Tun Mahathir suka pakai RM2.50/piece,

5. Balik dr batupahat terua jumpa mbah dan sepupu utk borak2 bersama sambil baring atas simen dan makan rempeyek. Sungguh seronok bersama family hari ni...



Regards,
Akmal Adanan +6013.779.3993
Sent from my Sony Xperia™ smartphone

3 comments:

Mohd Khairi Khadzir said...

fuhh~~ sya org btu pahat pn blom pernh jejakkn kaki kt sini ehehehe >_< insyaallh nnt sya smpai

AKMAL PHOTOGRAPHY said...

Hi khairi.... Esok cuba la dtg sana. Kalau free sy pun nak dtg lagi. Mana tau still open raya2 ni kan ehehheeee

AKMAL PHOTOGRAPHY said...

Hi khairi.... Esok cuba la dtg sana. Kalau free sy pun nak dtg lagi. Mana tau still open raya2 ni kan ehehheeee