Friday, February 12, 2010

PILIHAN DALAM HIDUP

Gambar sebagai hiasan. Taken in Alor Gajah Town, Malacca. Credit to Rasfan for the picture.

1. Dalam kehidupan kita nie, terlalu banyak pilihan yg perlu kita fikirkan. Dulu masa sekolah, after amek PMR dan mendapat keputusan yang membuatkan aku sendiri tersenyum, aku membuat pilihan mengikuti kelas 'science stream'. Walaupun aku kurang minat science, aku tetap memilihnya kerana beranggapan berada di kelas science adalah sangat cool, dan kita nampak smart (pandai). Akibat terlalu mengejar status, dan image, dalam hampir setiap peperiksaan, aku selalu berada di rank 10 terakhir dalam kelas. Cool bukan? aku selalu fail dalam subject-subject science dan matematik tambahan. Aku kurang senyum sebab selalu sgt stress dengan keadaan-keadaan di atas. Padan muka aku ..

2. Perasaan menjadi seorang yang gagal dalam kelas bukan sesuatu yang membanggakan. Plus, masyarakat sekeliling memandang serong pada mereka yang tidak berjaya. Tp aku buat Xtau jer. Kalau aku berjaya pun, bukan dieorg nk bagi aku kereta sport atau duit voucher RM2k. So, persetankan dieorg. Just buat ape yang bagus untuk diri kita sendiri. Itu lebih baik dari memikirkan orang lain.

3. Lepas SPM, aku mohon masuk Universiti. Sembilan (9) tahun aku berada dalam institusi pendidikan dan akhirnya bekerja. Sesuatu yang memberi impak yg besar dalam hidup aku. Satu keputusan yg paling baik aku lakukan adalah masuk dan belajar di UiTM. UiTM byk berjasa pada aku. Aku nie agak nakal sikit. Kalau X, mungkin aku skrg menjadi kutu rayau, atau sampah masyarakat di Malaysia nie. Tp lelaki kena la jahat sikit kan? kalau tak Xkreatif laa hidup.

4. Selain itu, keputusan menjadikan Photography sebagai hobi & kerjaya juga memberi benefits yg banyak. Aku sangat happy dengan hidup aku sekarang. Mempunyai hobi yang sihat, mempunyai ramai kawan, dan kadang-kadang seronok mempunyai ramai teman-teman wanita yang cantik ....So far, alhamdulillah, aku bersyukur dengan ape yang aku ada. Kepada yg masih tercari-cari jalan hidup sendiri. Fikir laa dgn sedalamnya. Pilihan anda sekarang mungkin mempengaruhi hidup anda pada masa akan datang. Baik atau buruknya keputusan anda itu akan anda ketahui kemudian ...







Akmal Adanan,
0127655165

4 comments:

cik yuyu said...

teman2 wanita yg ctik..
play bOy kah kamu..heeee.. =)

Picfave Studio said...

bro, kite same la..seronok ramai teman-teman wanita yg cantik2..hahaha

Chaireel Azizee Mohamed @ Ayub said...

woho..aku terharu bro..memang hidup sentiasa kena memilih...

bro mungkin da dapat capai sikit2 dari kesemua yang ditakdirkan untuk bro....tahniah2..

aku plak baru nak mengorak langkah..hehe

AKMAL PHOTOGRAPHY said...

cik yuyu,
hehehe teman wanita yg Xtahan kan
padahal sorang pun Xde ...

Farhan,
kenalkan laa lagi kawan2 ko kat aku

Khairil,
ye laaa hidup nie mmg begitu
silap pilih buruk laa padahnya