Thursday, October 8, 2009

SUSAH SANGATKAH KERJA ANDA?

Gambar diambil semasa berada di Belakang Padang, Indonesia, 2009.
1. Lately nie hidup aku sikit pusing terbalik natijah daripada kerja-kerja study aku yg byk dan tak siap-siap. Rasa sungguh terbeban dengan all the responsibility yg ada di bahu. Nak mengeluh je rasanya. Tp, adakah bile byk aku mengeluh, akan menyenangkan aku menyiapkan kerja-kerja yang ada sekarang?

2. Kalau nak kira, masa kerja kat KL last time lebih memeritkan hidup. Keluar seawal jam 6pagi. Kene tukar 2 biji bus. Satu dr seksyen 7 ke seksyen 2. Kemudian dr Seksyen 2 ke KL.Last sekali naik Putra ke KLCC. Hari-hari berasak-asak dalam bus, berebut-rebut, berlari-lari kejar masa, relax je... kenapa sekarang bila aku lbh byk masa, ianya menjadi sukar?



Gambar nie diambil semasa dalam bus U80, (masa tu pakai hp baru beli [gaji pertama] heading back to Shah Alam. Walau opis kata abes keje kul 5pm, setiap hari aku akan balik malam, sampai rumah at 10pm. Esok kul 5pagi bgn, 6pagi dah kene keluar. What a great life.. Aku percaya ramai yg melalui sama, atau lbh teruk dr aku. Sebulan berasak2 begini, dpt laa duit isi perut yg lapar. Aku sungguh teringat mcm mana mak ayah kita besar kan anak2 yg ramai. Mcm mana susahnya hendak menyediakan segalanya.

3. Ape pun, aku tetap bersyukur, walau mcm mana susah pun hidup aku, aku rasa lebih ramai di luar sana yg melalui kehidupan lebih mencabar. Benda nie laa aku jadikan motivasi. Aku susah, beribu kat luar lagi susah. Kesempatan nie jugak aku nk ucapkan takziah kepada saudara sejagat yg terkorban dalam gempa bumi di Indonesia, taufan di Philiphina dan lain2. Aku sgt bersyukur Malaysia begitu aman. Amin.



Akmal Adanan, Photographer
+6012.7655.165
official website http://www.akmaladanan.com/
email address akmaladanan@yahoo.com
YM akmaladanan@yahoo.com
my ex-blog http://akmaladanan.fotopages.com/
personal http://www.facebook.com/akmaladanan?ref=profile