Saturday, August 22, 2009

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 1430H

1. Pertama sekali, aku nk ucapkan ribuan terima kasih kepada client2, x-client, dan rakan-rakan yang sudi mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan.

2. Rata-rata semua happy dengan kehadiran bulan yang penuh berkat ini.

3. Bulan Ramadhan adalah bulan yang ditunggu-tunggu oleh semua umat Islam. Banyak pahala yang kita boleh perolehi dari ibadat-ibadat wajib dan juga sunat. Bersama-sama kita menunaikan ibadah puasa ini dan diharapkan kita semua diberkati oleh Allah.

4. Dalam keadaan yang getir bagi semua umat manusia di muka bumi ini, (penyakit H1N1, bencana alam dsb nya) marilah kita semua berdoa agar semuanya selamat dan sihat walafiat. Semoga segala kesukaran yang dihadapi oleh kita semua memberi hikmah dan petunjuk untuk meneruskan hidup.

5. Mereka yang sedang berpolitik di Permatang Pasir and di seluruh Malaysia, relax-relax laa sikit. Bulan puasa nie Xpayah kalut nk berpolitik sahaja. Baik tumpukan mcm mana nk jaga and kawal penyakit, nak menyatupadukan masyarakat etc. Bukan asik sibuk hendak mengekalkan kuasa, atau mabukkan kuasa. Sama-sama lah memajukan negara ok.

6. Aku pun nak keluar sekejap lagi, masa berbuka dah dekat. Jadi, untuk hari pertama nie, aku ucapkan juga selamat berbuka puasa. Ingat, makan ikut keperluan, bukan kepuasan. eehehe =)



Akmal Adanan, Photographer
+6012.7655.165
official website http://www.akmaladanan.com/
email address akmaladanan@yahoo.com
YM akmaladanan@yahoo.com
my ex-blog http://akmaladanan.fotopages.com/
personal http://profiles.friendster.com/akmaladanan

2 comments:

Unknown said...

slmt berpuasa tuk kamoo

zenn said...

Selamat Menyambut Ramadan utk ko juge..semoga ramadan ini membawa keberkatan untuk kita dan semua umat islam..Amin