Tuesday, June 9, 2009

SAKIT

Semalam seharian aku kat Ward 7, Hospital Muar – Jaga Atuk aku yg sedang sakit. Abes tugas sebagai seorang cucu. Hari nie aku kene siapkan kerja2 yg tertangguh. Semalam ayah & mak aku yg tido kat hospital nie. Jadi, waktu siang, aku ngan pak cik la yang turn up ganti tempat tue. Alhamdulillah, sempat jugalah rase pengalaman dan cabaran menjaga org yg sakit nie. Dapat juga membuka mata yang selama nie asyik diselimuti kesenangan dan kenikmatan dunia. Bila melihat keadaan di dalam ward nie, terasa sgt kecil diri ini… kiri dan kanan org sakit, yg berjuang utk hidup. Ia membuat aku teringat mutiara kata “Kita hanya akan mensyukuri waktu sihat bila kita sakit”. Lama juga berborak ngan atuk smlm Mendengar dan melihat keadaannya. Terus terfikir, ape akan jadi pada diri kita bile tua nanti. Sekarang mmg lah kita sihat, masih muda, kuat, hebat dan sebagainya. Tp bila kita sakit/tua nanti kita akan tau tinggi rendahnya dunia nie.

Sangat padat jadual aku kat kampung kali nie. Sampai BP Jumaat 050609 ptg utk cover satu assignment nikah, persandingan di BP pada hari Sabtu 060609, dan satu lagi assignment Bertandang 070609 di Tangkak, Johor. Betul exhausted dgn pack schedule kali nie, tapi Xpe.. itulah cabaran. Semalam Xdpt buat byk perkara. Xde wireless pulak kat hospital nie. Sempat jugak laa siapkan sikit2 kerja admin sebelum aku siapkan kerja2 editing and research aku yg tertangguh lps nie. Ok sampai sini dulu. Will update the pictures once I reach Shah Alam soon. Tqvm sudi membaca.

Akmal Adanan, Photographer
Live from Hospital Muar, Johor

________________________________________________________________________________________

2 comments:

Shahrul Shaharuddin said...

Kirim salam aku kat atuk ko ye Bro.. mkn ubat selalu.. dan jaga baik2 atuk ye..

Bro cucu yang baik.. :)

Rubah Terbang said...

erm bagus tol cucu atuk ni..
mesti atuk syg abis ni
semoga atuk awk dh sihat
amin