Thursday, January 3, 2013

My Life 2013

All pictures were taken from www.google.com

1. Diam tak diam, sekarang dah pun tahun 2013 ...Ya Allah, tanpa aku perasan, masa begitu pantas berlalu. Tanpa disedari, umur aku dah hampir mencecah 30 tahun, pada tahun ini. Perasaan aku kini agak bercampur-campur ...gembira, sedih, kesal, suka dan sebagainya. Aku masih ingat lagi suatu masa dahulu (masuk ke umur 20 tahun), exactly 10 tahun yang lepas, aku sedang belajar peringkat diploma di UiTM Melaka. Tak sangka orang kampung macam aku boleh masuk universiti, belajar di menara gading... bangga rasanya.

2. Tuan-tuan dan puan-puan, jarak 30 tahun yang aku lalui telah pun menjadi sejarah. Sikit pun tak dapat aku ubah. Umur 0-10 tahun yang lalu, aku adalah seorang yang cerdas, selalu score 100% dalam peperiksaan akhir sekolah rendah. Bangga parents aku ada anak yang cerdik ketika itu. Aku selalu naik ke pentas menjadi pelajar terbaik, terhebat, semua "ter" yang wujud di muka bumi ni aku rangkul ketika itu.

3. Era umur 11-20 tahun, aku di sekolah menengah masa dan awal diploma ...Zaman sekolah menengah boleh dikatakan sebagai era kegelapan. Aku menjadi remaja yang nakal, suka melepak di tembok-tembok taman, berborak kisah remeh temeh sehingga tengah malam. Malas belajar, tak suka buat kerja sekolah dsbnya. Hasil usaha gigih aku, kerap aku mendapat tempat antara yang terakhir di dalam kelas. Mak aku kerap mengancam untuk menukarkan aku ke sekolah lain kerana malu dengan perangai & keputusan peperiksaan aku ..

4. Astaqfirullahalazim ....nasib aku baik mempunyai parents yang sangat sabar dengan aku. Terima kasih mak & arwah abah yang tak jemu-jemu marah-marah aku pada ketika itu. Secara realitinya, masa tu aku bengang betul dengan mak & abah. Semua aku buat salah ...ini tak kena, itu tak kena. Naik rimas dan pening kepala dibuatnya. Tak bosan pulak Mak & Abah ni pukul aku bila aku tak ikut cakap mereka, kunci pintu rumah dan biar aku tidur kesejukan bila aku balik rumah lewat malam, & lempang pipi aku bila aku melawan cakap mak & abah.


4. Terima kasih banyak-banyak ....Mak & Abah-lah yang paling setia tak mengalah berusaha untuk jadikan aku sebagai manusia. Skrg bila aku dah besar, aku tahu apa perlunya semua itu ...

5. Pada aku ...umur 20-30 tahun adalah tempoh masa yang paling pantas pernah aku lalui. Macam-macam perkara berlaku. Aku berjaya sambung belajar ...degree+master, masuk bidang photography, konvokesyen, kehilangan abah, mbah, berkahwin, dan macam-macam lagi pengalaman. Tempoh masa ini sangat penting. setiap apa tindakan dan pilihan kita akan menentukan menentukan siapa kita di masa hadapan ...

6. Dari segi kehidupan, Alhamdulillah ...jalan aku dipermudahkan. Walaupun jahat, aku dikurniakan kerjaya yang pada aku cukup baik yang tidak pernah aku fikirkan. Harapan aku agar semuanya dipermudahkan buat aku dan seluruh keluarga ...amin.




* Love our parents ...


Akmal Adanan
013.779.3993
* In my lovely office 2002/ Jan 3, 2013

No comments: