Oversized futsal player |
1. Last time aku bersenam mungkin September tahun 2012 yang lepas. Kesalahan kelakuan tidak aktif bersukan ini aku tujukan kepada tiga ekor kucing yang selalu datang rumah dan mengiau, menyebabkan rumput rumah aku selalu panjang dan disaman penguatkuasa bandaraya alor gajah.
2. Oleh yang demikian, malam ni aku menerima cabaran Budris and the geng (Part5) utk pecahkan tradisi dengan tidak menghadap laptop menjadi jaguh keyboard setiap malam ...macam haram.
3. Okay, selain futsal .... aku terpanggil untuk share pendapat sikit. Memang celaka ...kebelakangan ini, aku bingit betul dengan fanatik-fanatik politik yang sibuk melalak update status di dalam facebook. Satu pihak kononnya merekalah sahaja yang Islam. Satu pihak lagi tak abes2 mintak rakyat bersyukur kerana pelbagai pertolongan & kononnya janji ditepati. Tak semena-mena nama Allah pun dipolitikkan sekali. Apa pendek akal semua Melayu di Malaysia ni ....
4. Kenapa suka sangat bergaduh dan berpecah belah? Apa dah jadi? ...cuba lihat di mana-mana, kalau surroundingnya ramai sangat org Melayu, mesti bermasalah ...hasad dengki, mengata di belakang, menunjuk2, sibuk hal orang lain dsbnya. Perangai mcm lahanat. Sebab tu aku kawen orang puteh.
5. Mana sopan santunnya kita orang Melayu? Mana kelembutan kita org Melayu? Cuba ko tenang sekejap, buang segala benci & hasad dengki dalam hati ... Kita ni tak habis-habis bercakaran, kaum-kaum lain relax jer bekerja dengan rajin seperti biasa dan berjaya menaikkan taraf ekonomi masing-masing. Apa yang kita dapat?
6. Ingat, kalau kawan-kawan yg suka sangat berpolitik tu, its okay ..berpolitiklah sampai mampus. Xde masalah. Cuma nasihat aku, Xpayah lah fanatik sangat tak tentu pasal jika perkara-perkara asas seperti tidak membuang sampah merata-rata dan tidak memotong barisan semasa memandu pun kamu tak dapat lakukan ..
Suasana futsal pada waktu malam |
7. Okay enough ..let's talk about the futsal game played just now. The match is very amazing. We played a very fast game, with a lot of short passes, and tries. I fortunately managed to score 3 goals in my first game. Not bad for an amature player like me ...
Akmal Adanan
+60137793993
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
1 comment:
TERBAIK SIR~~~~ ^_^ -nahar
Post a Comment