Sunday, January 6, 2013

Food: Mee Bandung Muar, Kg. Melayu Majidee, JB

Kami-kami

1. Rutin hidup perantau seperti aku mmg jarang masak di rumah. Oleh kerana itulah, dapur gas yang aku beli tahun 2010 dulu masuk tahun 2013 ni tak habis-habis lagi. Really economical.

2. Seperti biasa, sebelum balik ke Melaka aku akan makan di warung Mee Bandung Muar, Kampung Melayu Majidee. Turun temurun sejak aku berkenalan dgn wife lagi tahun 1972 aku makan kat sini. Boleh dikatakan ia sama hebat dengan mee bandung di muar sana ...

3. Selain makanan spesial warung ini iaitu mee bandung muar atau mee bandung muar spesial, makanan goreng-goreng a la carte yg lain juga ada dijual disini. Tidak kurang juga dengan satay yang sentiasa menjadi pujaan aku bila jalan ke mana-mana daerah di Malaysia.

Nama kedai diberi

Kami-kami lagi
Yang ditunggu-tunggu
Our favourite drinks ...Fresh orange (hers sgt sedsp!) and air suam (mine)
View from depan kedai
Emis & sam
Kedai satay
Suasana di sekitar warung
Kalau boleh licin mcm ni.. anda decide

4. Malam ni ada Anugerah Juara Lagu 2012 (AJL'12). Utk pengetahuan tuan puan ...walaupun aku jurugambar cabok, ilmu pengetahuan aku tentang muzik juga tidak kurang hebatnya. Penyanyi kegemaran aku, Amelina ah ah ...pun dah lama bersara dari bidang nyanyian. Cuma aku masih tak reti petik gitar yg aku blajar since 2001 di uitm lagi.

5. Okay, kalau nak tahu direction kedai nie. Kamu cari jer ESSO Kg. Melayu. Lokasinya betul2 sebelah tu(menyeberang jalan). Juga tak jauh dari Pasar Kg. Melayu. Okay ...tq

Before & after



* Cuma satu jer, byk kali dtg sini, satu je kurang ..iaitu kurang senyuman di kalangan pekerjanya. Oleh kerana food yg sedap, aku pekakkan telinga + buat tak faham jer.

Akmal Adanan
0137793993
from the warung... Mal, Jee, Asul, Emis
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2 comments:

Acaii Jawe said...

Pagi2 aku masuk blog ko tiba2 lapar gila mal:) Lama sungguh tak pi JB. Aku pernah makan sini dulu masa blaja. Lama dah tak jumpa mee bandung yg sedap2 kat sini.

AKMAL PHOTOGRAPHY said...

Acaii, sorry sgt2 buat ko lapar pagi2 td ...tu laa aku mmg suka makan mee bandung sini.. terbaik rasanya ...lama tak jumpe ko kat mcd shah alam acaii ...rindu zaman dulu2 lahhhh!!