Thursday, January 24, 2013

Food: Kedai Punyik, Pt. Sulong

Bungkusan sarapan hari ini

1. Sejak kecik, aku bernasib baik dan terhutang budi dengan Kedai Cik Punyik di area Simpang Tiga, Parit Sulong, Batu Pahat. Jarak dari rumah aku Xjauh, lebih kurang 300-400 meter sahaja. Kalau keluar tol Yong Peng (Utara) ke arah Bakri, Muar kamu akan lalu pekan Pt. Sulong. Kedai ni 1.5km dari pekan belah kiri.

2. Oleh kerana terlalu kerap ke kedai ni, aku lupa nak amek gambar kedai. Ahhaaa tp senang jer indicator'nya. Kalau jumpa banyak lori-lori berhenti tepi jalan sebelum Simpang Tiga, tu lah kedainya.

3. Kedai ni menyediakan sarapan pagi dan lunch. Makanan terhebat di sini mee kari, nasi lemak, mee / kew tiaw / mee hoon goreng etc, Lauk pilihan jangan ambil ringan kesedapan rendang daging / sotong sambal / telur puyuh dan sayur-sayuran. Meleleh ...

Nasi putih tak ingat lauk apa ntah

Mee goreng Sotong

Nasi putih ayam + sayur

Kuew Tiaw Goreng + Sambal Telur Puyuh

4. Tq pada arwah abah yg kenalkan kedai ni. Setiap pagi abah bungkuskan ke sekolah. Kalau cuti sekolah abah akan bungkus.

5. Terus terang cerita, org kurang berada mcm aku mmg sangat berselera kalau makanan dalam bungkusan surat khabar + plastik ..feel die mmg semacam. Xperlu pinggan jenama Arcopal, atau di-import dari luar negara ...tq mak abah ajar aku apa yang ada ...

Byk membebel ...bye

* Semua ni hanya RM12 sahaja ....pada aku sangatlah murah!!! nak beli sotong pon tak lepas adek oiiii ....




Akmal Adanan
013.779.3993
Sambil borak dgn sam @Jb
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

No comments: