Monday, January 7, 2013

How much do you love your job?

Bagaimana pula dengan anda?

1. Acap kali aku terpandang status kawan-kawan di facebook yang merungut tentang rutin & mungkin masalah-masalah mereka di tempat kerja. Boss bodoh lah, kerja terlalu banyaklah, komputer rosaklah, customer lahanat-lah, aku celaka-lah (ehh, aku pun kena?), kamera jammed lah dan pelbagai luahan hati yang kasar sbg cara utk melepaskan kemarahan.

2. Dulu, Aku juga salah seorang individu yang kadangkala merungut akan kesibukan dan kesukaran dalam menjalankan sesuatu pekerjaan.

3. Persoalannya, perlukah kita asyik menyalahkan orang lain? Perlukah kita bermasam muka dengan pelanggan-pelanggan kita? Perlukah kita menyusahkan rakan sekerja kita bila kita tidak suka akan pekerjaan kita itu? Perlukah kita moody dengan semua orang di sekeliling kita?

4. Byk kali aku terkena ...Apalah bangang org yg selalu bermasam muka di kaunter, marah-marah customer yg perlukan bantuan, dan tidak mendapat layanan mesra spt sepatutnya .. Jahanam betul orang2 mcm ni. Kalau Xsuka pekerjaan itu, dengan segala hormatnya ko berhenti lah kerja! Cari lain-lain kerjaya yang tak melibatkan manusia, seperti mengangkat tahi manusia dsbnya.

5. To be honest, aku sbnrnya tak gemar org yg suka merungut tak tentu pasal ni. Aku kerja dulu tiap2 hari bersesak2 naik bas, lrt dan lift. Keluar rumah gelap, balik rumah pun gelap. Tak cukup dengan tu, penderitaan aku ditambah dengan customer yg kadang-kadang maki aku atas kesilapan atuk atau mak sedara mereka sendiri.
* Selain itu, aku pernah kerja warung berpeluh2 dapat RM15 sehari, kerja Petronas, hari-hari short duit sebab aku selalu salah pulangkan baki, kerja kontrak bancuh simen time gila panas matahari, kejer hotel-pakai kot pelbagai sambil ketiak berpeluh ...ada juga pengalaman kerja susah. Terima kasih mak+abah dan bekas2 majikan aku yg ajar aku hidup susah zaman dulu-dulu.

6. Cukup lah , pesan aku ...Apa pun pekerjaan yang kita ada, bersyukurlah. Jangan banyak soal. Buat je kerja tu. Pada yang tak pernah kerja susah tu, jgn nak byk merungut sangat. Aku tampar mulut kau nanti.

7. Sesungguhnya orang yang gembira itu bukan kerana kerjaya yang dimiliki semata-mata. Tetapi, bagaimana anda menyesuaikan diri dan menggunakan sumber yang ada untuk kebahagiaan diri anda sendiri. Tidak akan ada orang akan memberikan anda kegembiraan selain anda sendiri yang mencarinya.

Sekian ...mood monday blues.





Akma Adanan
013.779.3993
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

2 comments:

Niezam said...

Betul, kalu asyik dok merungut je, semua orang pun naik meluat nak layan :)

AKMAL PHOTOGRAPHY said...

Ape kabar Niezam ....yess setuju 100%. Ko kat mana skrg? lama tak dgr berita